073. SURAH AL- MUZZAMIL
KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/73-al-muzzammil/
RENGKASAN SURAH:
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
073. SURAH AL MUZZAMMIL
1. Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa yang tak dapat tidak untuk berehat.
2. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan sedikit daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
3. Sayugialah engkau dan pengikutmu membiasakan diri masing2 dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu Al-Quran yang mengandungi perintah2 yang berat kepada orang2 yang tidak bersedia menyempurnakannya.
4. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya kepada jiwa dan lebih tetap betul bacaannya.
5. Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan yang panjang kira bicaranya;
6. Dan sebutlah dengan lidah dan hati akan nama Tuhanmu terus menerus siang dan malam serta tumpukanlah amal ibadatmu kepadaNya dengan sebulat2 tumpuan. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
7. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka yang menentangmu dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang2 yang mendustakan bawaanmu itu, orang2 yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa; Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan untuk mereka belenggu dan neraka yang menjulang2. Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
8. Azab itu tetap berlaku pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang serta hancur lebur dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
9. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu wahai umat Muhammad, seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya, sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat2nya.
10. Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia, maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar dari azab hari yang huru-haranya menyebabkan kanak2 menjadi tua beruban?
11. Langit yang demikian besarnya akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. Ingatlah, janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
12. Keterangan2 yang mengandungi amaran ini menjadi peringatan. Oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya dengan iman dan taat.
13. Tuhanmu mengetahui bahawasanya engkau bangun sembahyang Tahajjud selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya. Demikian juga dilakukan oleh segolongan yang bersamamu kerana hendak menepati perintah yang terdahulu padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali2 akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu dengan memberi kemudahan kepada kamu.
14. Oleh itu bacalah dalam sembahyang, mana2 bahagian Al Quran yang mudah kamu dapat membacanya.
15. Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang yang sakit, dan yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang berjuang pada jalan Allah membela ugamaNya. Maka bacalah mana2 yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran.
16. Dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik ikhlas.
17, Ingatlah, apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik2nya dan yang amat besar pahalanya.
18. Dan mintalah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
TAMAT Rengkasan Surah 20 ayat
Tags: Al-Muzzammil, Mekah
No comments:
Post a Comment