Friday, 13 November 2009

99. Az-Zalzalah dan 100. Al-’Adiyat

KEGONCANGAN DAN
KUDA PERANG BERLARI KENCANG


099. Az-Zalzalah dan

100. Al-’Adiyat














a


b








099. SURAH AZ-ZALZALAH

(Kegoncangan)


1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyatnya.

2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya.

3. Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerund: “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya.

5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya berlaku demikian.

6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing2 untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amal mereka.

7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya!


8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya!

TAMAT 99. Az-Zalzalah

Tags: Az-Zalzalah, Madinah









100. SURAH AL-ADIYAAT

(Kuda Berlari kencang)


1. Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya.

2. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya.

3. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh.

4. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu.

5. Lalu menggempur ketika itu di tengah2 kumpulan musuh.

6. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

7. Dan sesungguhnya ia dengan bawaannya menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.

8. Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta secara tamak haloba.

9. Patutkah ia bersikap demikian? Tidakkah ia mengetahui bagaimana keadaan ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

10. Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

11. Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang balasan yang diberikanNya kepada mereka pada hari itu.


TAMAT 100. Surah Al-’Adiyat

Tags: Al-'Adiyat, Mekah

Ada Lagi . . . . .c

No comments:

Post a Comment