060. Al-Mumtahana
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA
http://www.alquran-melayu.com/60-al-mumtahana/
RENGKASAN SURAH
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
http://www.alquran-melayu.com/60-al-mumtahana/
060. SURAH AL - MUNTAHANA
Perempuan yang diuji
Rengkasan Surah
1. Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka berita2 rahsia orang2 mukmin dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran Islam yang sampai kepada kamu.
2. Mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu dari Tanah Suci Makkah disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu.
3. Janganlah kamu berbuat demikian jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. Tidak ada sebarang faedahnya kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan ingatlah, sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.
4. Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan. Mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir seperti mereka.
5. Kaum kerabat dan anak2 kamu yang tidak menurut kamu beriman tidak sekali2 akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat. Allah akan memisahkan kamu semua pada hari itu. Dan ingatlah, Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.
6. Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut2nya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya yang kufur ingkar: “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah. Kami kufur ingkarkan segala penyembahan kamu dan dengan ini nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama2nya, sehingga kamu menyembah Allah semata2”.
7. Tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya: “Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu dan aku tidak berkuasa menahan azab seksa dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu”.
8. Berdoalah wahai orang2 yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut2nya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
9. “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang2 kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
10. Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut2nya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
11. Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang2 yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam. Dan ingatlah, Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
12. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang2 yang tidak memerangi kamu kerana ugama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berlaku adil.
13. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang2 yang memerangi kamu kerana ugama kamu dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu orang lain untuk mengusir kamu. Ingatlah, sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang2 yang zalim.
14. Wahai orang2 yang beriman! Apabila orang2 perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah iman mereka. Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang2 yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang2 kafir itu sebagai isteri dan orang2 kafir itu pula tidak halal bagi mereka sebagai suami.
15. Dan berilah kepada suami2 yang kafir itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka perempuan yang berhijrah itu, apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya.
16. Dan janganlah kamu wahai orang2 Islam tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan2 yang kekal dalam keadaan kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami2 yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah. Ia hukumkan di antara kamu dengan adil. Dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
17. Sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri2 kamu yang menjadi murtad serta melarikan diri ke pihak orang2 kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang2 Islam yang lari isterinya itu ganti maskahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.
18. Wahai Nabi! Apabila orang2 perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, mereka tidak akan mencuri, mereka tidak akan berzina, mereka tidak akan membunuh anak2nya, mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada2kan dari kemahuan hati mereka2, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
19. Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana2 kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang2 kafir yang ada di dalam kubur.
TAMAT
Tags: Al-Mumtahana, Madinah
MASJID NABAWI (Penerangan)
http://www.youtube.com/watch?v=zSpHmZlSe8A&feature=related
MASJID NABAWI
http://www.youtube.com/watch?v=_Dz2V9vklfE
MASJID MADINAH
(Penjelasan Lokasi)
http://www.youtube.com/watch?v=QnSwYW17lSc
No comments:
Post a Comment