089. SURAH AL- FAJR
089. SURAH AL- FAJR
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
089. SURAH AL- FAJR
1. Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh yang mempunyai kelebihan di sisi Allah. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil. Dan malam, apabila ia berlalu.
2. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah yang diakui kebenarannya oleh orang yang berakal sempurna? Kami tetap akan membinasakan orang yang menentangmu wahai Muhammad. Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad yang kufur derhaka. Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan2 yang tinggi tiangnya, sesuai dengan penduduknya. Yang belum pernah diciptakan sepertinya tentang besar dan kukuhnya di segala negeri pada zamannya?
3. Dan terhadap kaum Thamud yang memahat batu besar di lembah Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya?
4. Dan terhadap Firaun yang menguasai bangunan2 yang handal kukuh?
5. Semuanya itu ialah orang2 yang telah bermaharajalela di negeri masing2. Mereka melakukan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri2 itu.
6. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab.
7. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, terutama balasan akhirat. Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat. Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”.
8. Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”.
9. Jangan demikian. Sebenarnya kata2 kamu itu salah. Bahkan perbuatan kamu wahai orang2 yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana kamu tidak memuliakan anak yatim, malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya.
10. Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus dengan tidak membezakan halal haramnya. Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
21. Jangan sesekali bersikap demikian! Sebenarnya apabila bumi dihancurkan segala yang ada di atasnya dan diratakan serata2nya. Dan perintah Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris siap sedia menjalankan perintah. Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, maka pada saat itu manusia akan ingat hendak berlaku baik dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
22. Ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal2 baik untuk hidupku di sini!” Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab yang ditimpakan oleh Allah. Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
23. Setelah menerangkan akibat orang2 yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang2 yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata2: “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan lagi diredhai di sisi Tuhanmu)!
25. “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “
TAMAT
89. Al-Fajr
0911120955
FFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF
No comments:
Post a Comment