Sunday, 8 November 2009

074 SURAH AL MUDDATHTHIR


YANG BERSELUMBUNG



074. SURAH AL-MUDDATHTHIR













KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/74-al-muddaththir/




RENGKASAN SURAH;

a





















b


BismillahirRahmanirRahim -
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani




074. SURAH AL-MUDDATHTHIR

Yang Berselubung




1. Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat manusia. Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi sesuatu, dengan tujuan hendak mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi menjalankan perintah Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar terhadap tentangan musuh!

2. Kerana apabila telah ditiup sangkakala. Maka saat yang demikian adalah saat berlakunya hari yang sukar. Kepada orang2 kafir, lagi tidak mudah mengelak azabnya.

3. Jangan engkau bimbang wahai Muhammad biarkanlah Aku sahaja membalas orang yang menentangmu yang Aku ciptakan dia dalam keadaan seorang diri tidak berharta dan anak pinak, Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, Serta anak pinak yang ramai, yang sentiasa ada di sisinya.

4. Dan Aku mudahkan baginya mendapat kekayaan dan kekuasaan dengan semudah2nya. Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;

5. Tidak sekali-kali akan ditambahi! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat2 Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami.

6. Aku akan menyeksanya dengan azab yang memuncak beratnya. Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka2 berbagai tuduhan terhadap Al-Quran. Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka2 yang demikian?

7. Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka2 tuduhan2 itu? Kemudian ia merenung dan memikirkan berkali2: jalan2 mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal.

8. Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut. Kemudian ia berpaling dari kebenaran dan berlaku sombong angkuh. Serta ia berkata: ”Al-Quran ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari dari ahlinya. Ini tidak lain hanyalah kata2 rekaan manusia!”

9. Disebabkan kekufurannya itu Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya binasa terus. Ia terus-menerus membakar kulit manusia!

10. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas malaikat.

11. Kketahuilah bahawa hikmat Kami tidak menjadikan pengawal2 neraka itu melainkan dari kalangan malaikat, kerana merekalah sekuat dan sebenar makhluk yang menjalankan perintah Kami.

12. Dan hikmat Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang2 kafir itu, supaya orang2 yang diberi Kitab Yahudi dan Nasrani boleh percaya dengan yakin akan kebenaran Al-Quran.

13. Dan supaya orang2 yang beriman bertambah imannya. Dan juga supaya orang2 yang diberi Kitab dan orang2 yang beriman itu tidak ragu2 tentang kebenaran keterangan itu.

14. Dan sebaliknya supaya orang2 munafik yang ada penyakit ragu2 dalam hatinya dan orang2 kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?”

15. Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya menurut undang2 peraturanNya, dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

16. Sebenarnya! Demi bulan. Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri. Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang. Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu malapetaka yang amat besar.

17. Yang menjadi amaran bagi umat manusia. Iaitu bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju dalam mengerjakan kebaikan atau yang mahu mundur daripada mengerjakannya.

18. Setiap diri terikat, tidak terlepas daripada balasan buruk bagi amal jahat yang dikerjakannya.

19. Kecuali puak Kanan. Mereka ditempatkan di dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka bertanya2, tentang tempat tinggal orang2 yang bersalah.

20. Setelah melihat orang2 yang bersalah itu, mereka berkata: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar?” Orang2 bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang. Dan kami tidak pernah memberi makan orang miskin. Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama orang2 yang memperkatakannya. Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan. Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”.

21. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan kalaulah ditakdirkan ada sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.

22. Kalau demikianlah halnya orang yang bersalah, maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan Al-Quran? Seolah2 mereka sekawan keldai liar yang lari, melarikan diri ketakutan dari singa!

23. Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu bahkan setiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri.

24. Sebenarnya! Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil, bahkan mereka tidak percaya dan tidak takut akan hari akhirat.

25. Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan yang sangat besar pengajarannya. Oleh itu sesiapa yang mahu beringat dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Dan dalam pada itu tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah. Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan kepada orang yang beriman dan taat.


TAMAT

Tags: Al-Muddaththir, Mekah



Sini















No comments:

Post a Comment