Tuesday, 10 November 2009

083.SURAH AL-MUTAFFIFEEN


ORANG YANG CURANG


083. SURAH AL-MUTAFFIFEEN













KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/83-al-mutaffifeen/





RENGKASAN SURAH




























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



083. SURAH AL- MUTAFFIFEEN

Orang yang Curang - Intisari Surah


1. Kecelakaan besar bagi orang yang curang dalam timbangan dan sukatan. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan gantang cupak dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

2. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan hidup semula sesudah mati? Pada hari kiamat yang amat besar huru-haranya iaitu hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

3. Tidak sepatutnya mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang yang berdosa itu didaftarkan dalam “Sijjiin”.

4. Apa dia “Sijjiin” itu: Ialah tempat simpanan kitab catitan yang jelas nyata, yang menghimpunkan amalan orang yang berdosa.

5. Kecelakaan besarlah pada hari itu, bagi orang yang mendustakan hari pembalasan. Dan tiada yang mendustakannya melainkan ialah orang yang melampaui batas kebenaran, lagi amat derhaka! Sehingga apabila ia dibacakan kepadanya ayat2 Kami, ia berkata:” Ini ialah dongeng orang dahulu kala!”

6. Sebenarnya! Ayat2 Kami itu tidak ada cacatnya bahkan mata hati merekalah yang telah diselaputi kekotoran dosa, dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.

7. Janganlah lagi mereka berlaku demikian! Kalau tidak, mereka pada hari itu, akan terdinding dari rahmat Tuhannya. Kemudian, mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya akan dikatakan kepada mereka: “Inilah dia azab seksa yang kamu dustakan dahulu.”

8. Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang yang berbakti dengan taat dan amal kebajikan adalah didaftarkan dalam” Illiyiin”. Apa dia “Illiyiin” itu? Ialahnya ialah tempat simpanan kitab catitan yang jelas nyata yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.

9. Sesungguhnya orang yang berbakti dengan taat dan amal kebajikan tetap akan berada di dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin yang berhias, sambil melihat segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ.

10. Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya. Meterainya kasturi.

11. Untuk memperolehi nikmat kesenangan itu hendaknya berlumba2 manusia yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan.

12. Mereka diberi campuran minuman dari “Tasnim”, iaitu matair yang diminum daripadanya oleh orang yang di dampingkan Tuhan di sisiNya.

13. Sesungguhnya orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang yang beriman. Dan apabila orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri mencemuhnya. Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira. Dan apabila mereka melihat orang yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang itu adalah golongan yang sesat!” Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang yang beriman itu!

14. Maka pada hari ini, orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin yang berhias, serta melihat hal yang berlaku kepada musuhnya.

15. Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya: “Bukankah orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?”



Surah 083. Al-Mutaffifeen

TAMAT

Tags: Al-Mutaffifeen, Mekah

No comments:

Post a Comment