101. Al-Qaariah dan 102. At-Takaathur
a
101. SURAH AL-QAARIAH
(Hari Kiamat)
1. Hari yang menggemparkan.
2. Apa dia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. Hari itu ialah hari kiamat, hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
6. Setelah berlaku demikian, maka manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing2. Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,
7. Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,
9. Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?
11. Haawiyah itu ialah api yang panas membakar.
TAMAT
101. Al-Qaariah
Tags: Al-Qaariah, Mekah
102. SURAH AT-TAKAATHUR
(Bermegah)
1. Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba2 untuk mendapat dengan sebanyak2 harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh.
2. Sehingga kamu masuk kubur.
3. Jangan sesekali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati!
4 Sekali lagi diingatkan. Jangan sesekali kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat!
5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui apa yang kamu akan hadapi dengan pengetahuan yang yakin, tentulah kamu akan mengerjakan perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat.
6. Ingatlah. Demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
7. Selepas itu. Demi sesungguhnya! kamu wahai orang yang derhaka akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin semasa kamu dilemparkan ke dalamnya!
8. Selain dari itu. Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu tentang segala nikmat yang kamu telah menikmatinya!
TAMAT
102. At-Takaathur
Tags: At-Takaathur, Mekah
No comments:
Post a Comment