Sunday 8 November 2009

076 SURAH AL-INSAN

MANUSIA




76. Al-Insan








KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/76-al-insan/












RENGKASAN SURAH

A






















BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani




076. SURAH AL-INSAN

Manusia


1. Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar, sedang ia masih belum wujud lagi, dan tidak menjadi sesuatu benda yang disebut2, maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat?

2. Sesungguhnya Kami aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur dari pati benih lelaki dan perempuan serta Kami tetap mengujinya dengan kewajipan2. Maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

3. Kerana keadaan itu tidak mencukupi, Kami menunjukkan kepadanya melalui akal dan Rasul akan jalan yang benar dan juga jalan yang salah. Terserahlah kepadanya sama ada ia bersyukur dengan beriman dan taat, ataupun ia menjadi kufur, dengan mengingkari kebenaran dan menderhaka.

4. Dalam pada itu, Kami sediakan bagi sesiapa yang kufur atau menderhaka beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang2.

5. Sesungguhnya orang yang berbakti dengan taat dan kebajikan akan meminum dari piala sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”. Iaitu sebuah matair di Syurga yang diminum daripadanya oleh hamba2 Allah yang taat. Mereka boleh mengalirkannya di tempat tinggal mereka dengan aliran yang semudah2nya dan menurut kemahuannya.

6. Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana mereka menyempurnakan nazarnya apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya, serta mereka takutkan hari akhirat yang azab seksanya merebak di sana sini. Mereka juga memberi makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati: “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata2. Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih. Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami. Takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang yang bersalah masam berkerut-kerut”.

7. Dengan sebab mereka menjaga diri dari kesalahan, maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri2 di muka dan perasaan ria gembira di hati.

8. Dan kerana kesabaran mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan persalinan dari sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin yang berhias. Mereka tidak nampak di situ adanya matahari, usahkan hawa panasnya. Dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk.

9. Sedang naungan pohon2 Syurga itu dekat kepada mereka. Dan buah2annya pula dimudahkan untuk mereka memetiknya dengan semudahnya. Dan selain itu diedarkan kepada mereka oleh pelayan2nya: bijana dari perak dan piala minuman yang keadaannya laksana kaca nampak jelas isinya. Keadaannya laksana kaca, sedang ia dari perak; pelayan2 itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

10. Dan mereka dalam Syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”. Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.

11. Dan mereka dilayani oleh anak muda lelaki yang tetap kekal dalam keadaan mudanya, yang sentiasa beredar di sekitar mereka. Apabila engkau melihat anak2 muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

12. Dan apabila engkau melihat di Syurga itu, engkau melihat nikmat yang melimpah2 dan kerajaan yang besar yang tidak ada bandingannya.

13. Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal yang bertekat, serta mereka dihiasi dengan gelang2 tangan dari perak. Dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang bersih suci.

14. Serta dikatakan kepada mereka: “Sesungguhnya segala pemberian ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu di dunia dahulu diterima dan dihargai oleh Allah”.

15. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad dengan beransur2.

16. Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu, dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

17. Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu di dalam dan di luar sembahyang, pada waktu pagi dan petang. Dan dengan apa keadaan pun maka pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan dengan mengerjakan sembahyang, dan seboleh2nya bertasbihlah memujiNya dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

18. Sesungguhnya orang2 yang menentangmu itu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan tidak menghiraukan bekalan untuk hari akhirat yang amat berat penderitaannya kepada orang2 yang tidak bertaqwa.

19. Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka. Kami berkuasa membinasakan mereka dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan mereka dengan orang2 yang serupa dengan mereka dengan penggantian yang sebaik2nya.

20. Sesungguhnya segala keterangan yang disebutkan ini, menjadi peringatan. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah dengan iman dan taat.

21. Dan tiadalah kamu berkemahuan melakukan sesuatu perkara melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya.

22. Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya menurut aturan yang ditetapkan ke dalam rahmatNya dengan ditempatkannya di dalam Syurga dan orang2 yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


TAMAT

Tags: Al-Insan, Madinah

Dipetikolah dari: 76. Al-Insan


Senarai Surah:


No comments:

Post a Comment