059. SURAH AL - HASYR
KLIK SINI
UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
059. SURAH AL - HASYR
RENGKASAN SURAH:
a
b
059[19]
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang2 yang telah melupakan perintah2 Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan amal2 yang baik untuk menyelamatkan diri mereka. Mereka itulah orang2 yang fasik - derhaka.
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
59. Al-Hasyr
Pengusiran
Rengkasan
1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah. Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Dia lah yang telah mengeluarkan orang2 kafir Ahli Kitab dari kampung halaman mereka pada julung2 kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu umat Islam, tidak menyangka bahawa mereka akan keluar disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat, dan mereka pula menyangka bahawa benteng2 mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka dari azab Allah. Maka Allah menimpakan azabNya kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, lalu mereka membinasakan rumah2 mereka dengan tangan mereka sendiri sambil tangan orang2 yang beriman mengepung mereka dari luar. Maka insaflah dan ambilah pelajaran dari peristiwa itu wahai orang2 yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
3. Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran yang demikian buruknya terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.
4. Mereka ditimpakan azab yang demikian kerana mereka menentang perintah Allah dan RasulNya. Ingatlah, sesiapa yang menentang perintah Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.
5. Mana2 jua pohon kurma kepunyaan musuh yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang mukmin, dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang2 yang fasik.
6. Dan apajua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya, kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun untuk berperang mengalahkan mereka; tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada RasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak payah berperang. Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
7. Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), anak yatim dan orang miskin, serta orang musafir yang keputusan. Ketetapan yang demikian supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang2 kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan. Dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya, maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya bagi orang yang melanggar perintahNya.
8. Pemberian itu hendaklah diuntukkan kepada orang2 fakir yang berhijrah yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam, untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong ugama Allah dan RasulNya; mereka itulah orang2 yang benar imannya dan amalnya.
9. Dan orang Ansar yang mendiami negeri Madinah serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang2 yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang2 yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang2 yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang2 yang berjaya.
10. Dan orang2 islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara2 kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang2 yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.
11. Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap sikap orang2 munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara2 mereka yang kafir dari kalangan kaum Yahudi ahli Kitab: “Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selamanya. Kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!” Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.
12. Demi sesungguhnya! Jika orang2 Yahudi itu dihalau keluar dari Madinah mereka yang munafik ini tidak akan keluar bersamanya dan jika orang2 Yahudi itu diperangi, mereka yang munafik ini tidak akan membelanya. Jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka semuanya Yahudi dan munafik, akan melarikan diri. Kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan.
13. Kerana sesungguhnya kamu di dalam hati mereka, sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak memgerti akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya.
14. Orang2 Yahudi dan munafik dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung2 yang berbenteng kukuh atau dari sebalik tembok. Sebabnya: permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras. Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah disebabkan berlainan kepercayaan mereka. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka.
15. Keadaan kaum Yahudi itu samalah seperti orang2 dari suku Yahudi yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk di dunia dengan sebab bawaan kufur mereka. Mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya pada hari akhirat kelak.
16. Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi itu samalah seperti sikap Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Berlaku kufurlah engkau!” Setelah orang itu berlaku kufur dan tetap terkena azab, berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!”
17. Kesudahannya, mereka akan ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk2 yang zalim.
18. Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan dari amal2 mereka untuk hari akhiratnya. Sekali lagi diingatkan: Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
19. Janganlah kamu menjadi seperti orang2 yang telah melupakan perintah2 Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan amal2 yang baik untuk menyelamatkan diri mereka. Mereka itulah orang2 yang fasik - derhaka.
20. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang2 yang beroleh kemenangan mendapat segala yang diingini.
21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ingatlah, misal2 perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai sekalian alam; Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera dari segala kekurangan; Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat menundukkan segala2nya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
24. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan dari tiada kepada ada; Yang Membentuk rupa makhluk2kNya menurut yang dikehendakiNya; bagiNyalah nama2 yang sebaik2nya dan semulia2nya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
TAMAT
No comments:
Post a Comment