Tuesday, 10 November 2009

082.SURAH AL-INFITAR

TERBELAH

082. SURAH AL-INFITAR

















KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/82-al-infitar/







RENGKASAN SURAH


Intisari Surah

Apabila langit terbelah, bintang2 gugur bertaburan, lautan pecah bercampur-baur dan kubur dibongkarkan. Setelah semuanya itu berlaku, setiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Apakah yang memperdayakan manusia derhaka kepada Tuhanmu? Allah lah mencipta dan menyusun atur kejadianmu. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan mereka. Mereka sendiri yang tidak percayakan adanya hari pembalasan. Padahal ada malaikat makluk mulia Allah, yang menjaga dan mengawas segala bawaan mereka. Malaikat ini ditugaskan menulis amal2 manusia. Catitan ini ialah untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah, kerana mereka yang berbakti dengan taat dan amal kebajikan, akan tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat.

Dan mereka yang bersalah bertempat kekal dalam neraka yang menjulang bagi dibalas dengan derita bakaran neraka.

Hari itu ialah hari dimana seseorang itu tidak dapat memberi apa2 pertolongannya kepada orang lain. Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. . . . . . . TAMAT.



A.























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



082. SURAH AL-INFITAR

Terbelah



1. Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang2 gugur bertaburan. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Dan apabila kubur dibongkarkan.

2. Setelah semuanya itu berlaku, setiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

3. Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu berlaku derhaka kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan, serta menjadikan binaan tubuh badanmu sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

4. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu hai golongan yang ingkar! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Padahal sesungguhnya, ada malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. Mereka adalah makhluk yang mulia di sisi Allah, lagi ditugaskan menulis amal2 kamu. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

5. Gunanya catitan malaikat itu ialah untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah, kerana sesungguhnya: orang2 yang berbakti dengan taat dan amal kebajikan, tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Dan sesungguhnya orang2 yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang. Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan. Dan mereka sentiasa berada dalam azab seksanya, tidak ghaib daripadanya.

6. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

7. Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

8. Hari itu ialah hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

TAMAT


Tags: Al-Infitar, Mekah

082. SURAH AL-INFITAR

No comments:

Post a Comment