Wednesday, 4 November 2009

066 SURAH AT TAHRIM

MENGHARAMKAN

066. SURAH AT - TAHRIM















KLIK SINI UNTUK BACA DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/66-at-tahrim/





RENGKASAN SURAH:


a


































b



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX




Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkahwin dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.

1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a

2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a

3. Aisyah bt Abi Bakr r.a

4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a

5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a

6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a

7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith

8. Safiyah bt. Huyay

9. Zainab bt. Jansyin

10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah

11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah

12. Zainab bin Khuzaimah

13. Maria al-Qibtiyyah (Maria The Copt)




MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM



BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


066. SURAH AT - TAHRIM

Mengharamkan


Rengkasan


1. Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, kerana engkau hendak mencari keredaan isteri2mu? Allah ampunkan kesilapanmu itu kerana IaNya sememangnya Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

2. Allah telah menetapkan bahawa bagi melepaskan diri dari sumpah kamu hendaklah dengan membayar denda kaffarah. Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Ia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

3. Ingatlah, ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri2nya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia tersebut kepada seorang madunya dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi. Nabi pun menegur isterinya itu lalu menerangkan kepadanya sebahagian dari rahsia yang telah dibukanya dan mendiamkan yang sebahagian lagi supaya isterinya itu tidak banyak malunya. Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: “Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan?” Nabi menjawab: “Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi“.

4, Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah wahai isteri2 Nabi, maka itulah yang sewajibnya, kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung kepada perkara yang menyusahkan Nabi. Jika kamu berdua saling membantu untuk melakukan sesuatu yang menyusahkannya, kamu tidak akan berjaya kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya. Selain dari itu Jibril serta orang2 yang soleh dari kalangan orang2 yang beriman dan malaikat juga menjadi penolongnya.

5. Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, meliputi yang janda dan yang anak dara.

6. Wahai orang2 yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya ialah manusia dan batu berhala. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras kasar layanannya. Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

7. Malaikat itu akan berkata kepada orang2 yang dimasukkan ke dalam neraka: “Hai orang2 yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur dengan meminta ampun pada hari ini, kerana masanya telah terlambat. Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan”.

8. Wahai orang2 yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ”Taubat Nasuha”, mudah2an Tuhan akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang2 yang beriman bersama dengannya; cahaya iman dan amal soleh mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka semasa mereka berjalan sementara orang2 munafik meraba2 dalam gelap-gelita. Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu”.

9. Wahai Nabi! Berjihadlah menentang orang kafir dan orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan sebenarnya tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk2 tempat kembali.

10. Allah mengemukakan satu perbandingan yang menyatakan tidak ada manfaatnya bagi orang kafir berhubung rapat dengan orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar2nya. Iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut. Mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba2 Kami. Dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing2, maka kedua2 suami mereka yang berpangkat Nabi itu tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Sebaliknya dikatakan kepada mereka berdua pada hari pembalasan: “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama orang2 yang masuk ke situ”.

11 Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan yang menyatakan tidak ada mudaratnya kepada orang2 mukmin berhubung rapat dengan orang2 kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya. Iaitu, perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya yang kufur dan buas, serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.

12. Satu lagi misal perbandingan ialah tentang Maryam binti Imran ibu Nabi Isa seorang perempuan yang memelihara kehormatan dan kesuciannya dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh ciptaan Kami. Sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir ia mengakui kebenaran Kalimah2 Tuhannya serta Kitab2Nya. Dan ia menjadi dari orang yang tetap taat.


TAMAT


Tags: At-Tahrim, Madinah

Ada











No comments:

Post a Comment