o61. SURAH AS - SAFF
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAT SURAHNYA
http://www.alquran-melayu.com/61-as-saff/
RENGKASAN SURAH
a
b
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
061. SURAH AS - SAFF
Barisan
[1]
Segala yang ada di langit dan di bumi, tetap bertasbih kepada Allah. Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[2]
Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[3]
Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[4]
Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah2 mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
[5]
Ingatlah peristiwa ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?” Maka ketika mereka menyeleweng dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya, Allah selewengkan hati mereka dari mendapat hidayah petunjuk dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik derhaka.
[6]
Dan ingatlah juga peristiwa ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan2 yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”
[7]
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada2kan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam. Dan ingatlah, Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang2 yang zalim.
[8]
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang2 kafir tidak suka akan yang demikian.
[9]
Dia lah yang telah mengutus RasulNya Muhammad s.a.w, dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang2 musyrik tidak menyukainya.
[10]
Wahai orang2 yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[11]
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui hakikat yang sebenarnya.
[12]
Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa2 kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman2 yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Serta ditempatkan kamu di tempat tinggal yang baik dalam Syurga ”Adn“. Itulah kemenangan yang besar.
[13]
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat masa berlakunya. Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang2 yang beriman.
[14]
Wahai orang2 yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela2 ugama Allah sebagaimana keadaan penyokong2 Nabi Isa ibni Maryam ketika ia berkata kepada penyokong2 itu: “Siapakah penolong2ku dalam perjalananku kepada Allah dengan menegakkan ugamaNya?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela2 ugama Allah!” Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi tetap kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang2 yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang2 yang menang.
TAMAT
CC
No comments:
Post a Comment