075. SURAH AL-QIAMAT
KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/75-al-qiamat/
RENGKASAN SURAH
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
075. SURAH AL-QIAMAT
Hari Kiamat
1. Aku bersumpah dengan Hari Kiamat. Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati!
2. Patutkah manusia yang kafir menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang2nya dan menghidupkannya semula? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang jarinya, tulang yang lebih halus dari yang lain.
3. Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya, bahkan manusia yang ingkar sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat di sepanjang hayatnya. Sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat.
4. Dia bertanya secara mengejek: “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka jawabnya: hari kiamat akan datang apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar kerana gerun takut. Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.
5. Maka pada hari itu, berkatalah manusia yang ingkarkan hari kiamat: “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
6. Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
7. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri. Walaupun ia memberikan alasan2nya untuk membela diri.
8. Janganlah engkau wahai Muhammad kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya sebelum selesai dibacakan kepadamu.
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu dalam dadamu dan menetapkan bacaannya pada lidahmu.
9. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya kepadamu, dengan perantaraan Jibril, maka bacalah menurut bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya yang memerlukan penjelasan.
10. Sedarlah wahai orang2 yang lalai. Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu bahkan kamu sentiasa mencintai Kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan bekalan untuk hari akhirat yang kekal abadi kehidupannya.
11. Pada hari akhirat itu, muka orang2 yang beriman berseri2. Melihat kepada Tuhannya.
12. Dan pada hari itu, muka orang2 kafir muram hodoh. Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka azab seksa yang membinasakan.
13. Sedarlah. Janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong. Dan orang2 yang hadir di sisinya heboh berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi dan mengubatnya?” Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan. Serta kedahsyatan bertindih2;
14. Maka kepada Tuhanmu lah pada waktu itu. engkau dibawa untuk menerima balasan.
15. Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat maka ia tidak mengakui kebenaran yang diwajibkan meyakininya dan ia tidak mengerjakan sembahyang yang difardhukan mengerjakannya! Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar! Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
16. Wahai orang yang kufur ingkar! sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
17. Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan? Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan ke dalam rahim? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya sebagai manusia?
18. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
19. Adakah Tuhan yang menjadikan semuanya itu tidak berkuasa menghidupkan orang2 yang mati? Tentulah berkuasa!
TAMAT
No comments:
Post a Comment