Friday, 6 November 2009

071 SURAH NUH

KESAH NABI NUH

Nabi Nuh telah diutus Allah kepada kaumnya supaya mereka beriman kepada Allah dan meninggalkan sembahan kepada berhala. Nabi Nuh telah berusaha untuk melakukan dakwahnya tetapi kaumnya sangat degil dan tidak ramai yang menurut katanya. Akhirnya kaumnya yang degil ditengellamkan di dalam banjir besar sementara Nabi Nuh dan pengikutnya diselamatkan menggunakan bahtera yang mereka bena (atas arahan Allah). Yang mati tengelam termasuklah anak Nabi Nuh yang enggan menurut ajakannya menaiki bahtera tersebut.



071. SURAH NUH














KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/71-nuh/









RENGKASAN SURAH:




















BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



071. SURAH NUH

Rengkasan



1. Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, dengan berfirman kepadanya: “Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya”.

2. Dia pun menyeru mereka dengan berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata. Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku. Supaya Allah mengampunkan
bagi kamu sebahagian dari dosa2 kamu, dan memberi kamu hidup dengan tidak terkena azab hingga ke suatu masa yang tertentu. Segeralah beribadat dan bertaqwa kerana sesungguhnya ajal yang telah ditetapkan Allah apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan. Kalaulah kamu mengetahui hakikat ini tentulah kamu segera beriman”.

3, Setelah puas menyeru mereka, Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam supaya mereka beriman. Seruanku itu tidak memberikan mereka sesuatu faedah pun selain daripada menambahi mereka melarikan diri dari kebenaran.

4. “Dan sesungguhnya aku, setiap kali menyeru mereka beriman supaya Engkau mengampunkan dosa2 mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing2 dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.

5. “Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang2.

6. “Selain dari itu, aku berulang2 menyeru mereka secara beramai2 dengan berterus-terang dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan2. Sehingga aku berkata kepada mereka: `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah2 kepada kamu;

7. “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun2 tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai yang mengalir di dalamnya.

8. “Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah dan kekuasaanNya. Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?

9. “Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat2. Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu yang terang-benderang.

10. “Dan Allah telah menumbuhkan kamu hidup dari benda2 yang berasal dari bumi dengan pertumbuhan yang sungguh2 sempurna. Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi sesudah mati dan mengeluarkan kamu daripadanya sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan dengan pengeluaran yang sesungguh2?

11. “Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan. Supaya kamu melalui jalan2 yang luas padanya”.

12. Nabi Nuh merayu lagi dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian di akhirat kelak. Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya untuk menentang seruanku.

13 “Dan ketua2 mereka menghasut dengan berkata: `Jangan kamu meninggalkan penyembahan tuhan2 kamu, terutama penyembahan Wadd dan Suwaa’ dan Yaghuth, dan Ya’uuq serta Nasr.

14. “Dan sesungguhnya ketua2 itu telah menyesatkan kebanyakan dari umat manusia dan dengan yang demikian janganlah Engkau wahai Tuhanku menambahi orang2 yang zalim itu melainkan kesesatan jua”.

15. Disebabkan dosa2 dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan dengan banjir dan taufan. Pada hari akhirat mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah yang dapat memberikan pertolongan.

16. Dan Nabi Nuh merayu lagi dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang2 kafir itu hidup di atas muka bumi! Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka hidup, nescaya mereka akan menyesatkan hamba2Mu dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.

17. “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan ampunkanlah bagi sekalian orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan dalam segala zaman dan janganlah Engkau tambahi orang2 yang zalim melainkan kebinasaan!”


TAMAT

Tags: Mekah, Nuh

GAMBAR "BERKAITAN" BAHTERA NABI NUH











qq

No comments:

Post a Comment