MENGGULUNG
081. SURAH AT-TAKWIR
KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/81-at-takwir/
RENGKASAN SURAH
b
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
081. SURAH AT-TAKWIR
Menggulung
Rengkasan Surah
1. Apabila matahari dilingkari cahayanya dan hilang lenyap. Dan apabila bintang2 gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa setelah dihancurkan menjadi debu. Dan apabila unta yang bunting terbiar. Dan apabila binatang liar dihimpunkan. Dan apabila lautan meluap2 bercampur-baur.
2. Dan apabila setiap diri disatukan dengan pasangannya. Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup2: ditanya. Dengan dosa apakah ia dibunuh?
3. Dan apabila
4. Setelah semuanya itu berlaku, setiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
5. Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang2 yang tenggelam timbul. Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya. Dan malam, apabila ia hampir habis. Dan siang, apabila ia mulai terang.
6. Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh2 Kalamullah yang disampaikan oleh Jibril, Utusan yang mulia. Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy. Yang ditaati di
7. Dan sebenarnya sahabat kamu Nabi Muhammad itu wahai golongan yang menentang Islam, bukanlah ia seorang gila seperti yang kamu tuduh. Dan Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
8. Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara yang ghaib.
9. Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
10. Dengan yang demikian maka ke manakah kamu hendak pergi kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran? Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.
11. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan Islam yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu mengenai sesuatupun, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
TAMAT
No comments:
Post a Comment