Friday, 13 November 2009

103. Al-’Asr dan 104. Al-Humazah dan 105. Al-Fiil

SURAH: MASA, MENGUMPAT DAN GAJAH








103. SURAH AL-‘ASR

Klik segitiga untuk dengar




104. SURAH AL-KUMAZAH






05. SURAH AL-FIIL





TERJEMAHAN SURAH:

103. SURAH AL-‘ASR

(Masa)


1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

3. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan2 dengan kebenaran serta berpesan2 dengan sabar.

103. Al-’Asr




104. SURAH AL-KUMAZAH

(Pengumpat)


1. Kecelakaan besar bagi setiap pencaci, pengeji.

2. Yang mengumpulkan harta dan berulang2 menghitung kekayaannya.

3. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya dalam dunia ini!

4. Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

6. Al-Hutamah ialah api Allah yang dinyalakan dengan perintahNya.

7. Yang naik menjulang ke hati.

8. Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

9. Mereka terikat di situ pada batang-batang palang yang melintang panjang.

104. Al-Humazah

Mekah



105. SURAH AL-FIIL

(Gajah)


1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah?

2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

3. Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka rombongan burung berpasuk2an.

4. Yang melontar mereka dengan batu2 dari sejenis tanah yang dibakar keras.

5. Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun2 kayu yang dimakan ulat.

105. Al-Fiil

Mekah

TAMAT . . . .
DD








No comments:

Post a Comment