063. SURAH AL - MUNAFIQUN
KLIK UNTUK BACA DAN DENGAR SURAHNYA: 063. SURAH AL - MUNAFIQUN
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
063. SURAH AL - MUNAFIQUN
Rengkasan
1. Apabila orang2 munafik datang kepadamu Muhammad, mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar2nya Rasul Allah”. Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta semata2.
2. Mereka menjadikan sumpahnya atau akuannya itu sebagai perisai untuk menyelamatkan diri mereka dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas. Mereka menghalang dirinya dan diri rang lain dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
3. Perbuatan buruk yang demikian ialah mereka mengaku beriman di hadapan orang Islam tetapi mereka tetap kafir krtika sesama sendiri. Dengan sebab itu Allah meteraikan hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami mana yang benar dan mana yang salah.
4. Kalau dilihat mereka, engkau tertarik hati kepada dengan tubuh badan mereka dan kelalukan mereka. Dan apabila mereka berkata2, engkau juga tertarik hati mendengar tutur katanya kerana manis dan fasih. Dalam pada itu mereka adalah seperti batang2 kayu tersandar tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki.
5. Oleh kerana ada perasaan salah pada mereka, mereka sentiasa dalam keadaan cemas sehingga menyangka setiap jeritan atau riuh rendah yang mereka dengar adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar2nya. Maka berjaga2lah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. Pelik sungguh! Bagaimana mereka dipalingkan oleh hawa nafsunya dari kebenaran.
6. Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah bertaubat supaya Rasulullah meminta ampun kepada Allah untuk kamu”, mereka enggan sambil menggeleng2kan kepalanya. Mereka berpaling dari bertaubat serta mereka berlaku sombong angkuh.
7. Tidak ada faedahnya kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun. Allah tidak sesekali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
8. Merekalah yang mengatakan kepada orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang2 Muhajirin, katanya: “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang yang ada bersama Rasulullah supaya mereka bersurai meninggalkannya”. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya. Akan tetapi orang2 yang munafik itu tidak memahami hakikat yang sebenarnya.
9. Mereka berkata lagi: “Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah dari
10. Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah dengan menjalankan perintahNya. Dan ingatlah, sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang2 yang rugi.
11. Dan belanja dan dermakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut kepadamu. Kalau tidak maka ia pada saat maut itu akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh “. Ingatlah, Allah tidak sesekali akan melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa, apabila sampai masa ajalnya. Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
Tags: Al-Munafiqun, Madinah
Surah2 sebelum dan selepas 063. Al - Munafiqun:
(Klik jika nak lihat terjemahannya)TAMAT
No comments:
Post a Comment