084. SURAH AL-INSYIQAQ
KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/84-al-insyiqaq/
RENGKASAN SURAH
a
b
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi .aha Mengasihani
84. Al-Insyiqaq
(Terbelah)
Intisari Surah
1. Apabila langit terbelah. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh.
2. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh. Maka pada saat itu setiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya.
3. Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah menjalankan keadaan hidupmu dengan sedaya upayamu hinggalah semasa engkau kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu tercatit semuanya. Kemudian sesiapa yang diberi menerima
4. Dan sesiapa yang diberi menerima
5. Sangkaannya itu tidak betul bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
6. Maka Aku bersumpah, demi mega. Dan malam serta segala yang dihimpunkannya. Dan bulan apabila penuh cahayanya menjadi purnama. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat2 baik buruknya, sebelum kamu menemui Tuhan menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya.
7. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? Dan apakah pula alasannya apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
8. Tidak ada satu alasan pun bahkan orang yang kafir, semata2 mendustakannya. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
9. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
10. Tetapi orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus2.
84. Al-Insyiqaq
TAMAT
Tags: Al-Insyiqaq, Mekah
No comments:
Post a Comment