Wednesday, 4 November 2009

064 SURAH AT-TAGABUN

HARI DILIHATKAN KESALAHAN2



064. SURAH AT - TAGABUN















KLIK UNTUK BACA DAN DENGAR SURAHNYA

http://www.alquran-melayu.com/64-at-tagabun/





BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



064. SURAH AT-TAQABUN

Rengkasan


1. Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah. BagiNyalah kuasa pemerintahan. BagiNyalah segala pujian. Ia Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

2. Dia mengatur kejadian kamu; ada sebahagian kamu yang kafir dan ada sebahagian kamu yang beriman. Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan serta membalasNya masing2.

3. Ia menciptakan langit dan bumi dengan secara yang sungguh layak dan berhikmat. Ia tentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupanya. KepadaNyalah tempat kembali.

4. Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan. Allah sentiasa Mengetahui segala isi hati yang terkandung di dalam dada.

5. Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang kafir terdahulu? Mereka merasai kesan buruk hasil perbuatan kufur mereka. Di hari akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

6. Balasan sedemikian itu adalah kerana mereka pernah didatangi Rasul yang diutus membawa keterangan2 yang jelas nyata, akan tetapi mereka berkata:” Patutkah manusia yang seperti kami - menjadi Rasul untuk memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling dari kebenaran. Allah pun menyatakan bahawa Ia tidak berhajatNya kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka. Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.

7. Di antara sebab kufurnya orang yang kafir ialah kerana mereka mengatakan bahawa mereka tidak sesekali akan di bangkitkan sesudah mati. Katakanlah: Demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

8. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya, serta kepada penerangan cahaya Al-Quran yang Kami turunkan. Ingatlah, Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

9 Ingatkanlah masa Allah menghimpunkan kamu untuk menerima balasan. Masing2 nampak kerugiannya. Dan ingatlah, sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa2nya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama2nya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

10. Orang kafir serta mendustakan ayat2 keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekalah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk2 tempat kembali.

11. Tidak adanya kesusahan atau bala bencana yang menimpa seseorang itu melainkan ianya berlaku dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

12. Taatlah kepada Allah serta kepada Rasulullah. Jika kamu berpaling enggan taat, kamulah yang akan menderita balasan buruknya. Kewajipan Rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan perintah2 dengan jelas nyata.

13. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Kepada Allah jualah orang2 yang beriman wajib berserah diri.

14. Wahai orang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri2 dan anak2 kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka maka Allah akan berbuat demikian juga kepada kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

15. Sesungguhnya harta benda dan anak2 kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

16. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah akan pengajaranNya serta taatlah akan perintahNya. Belanjakanlah harta kamu serta buatlah kebajikan untuk diri kamu. Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.

17. Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik ikhlas, nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa2 kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat.

19. Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


TAMAT

Tags: At-Tagabun, Madinah

Ada

No comments:

Post a Comment