SURAH INI DISARANKAN UNTUK DIBACA SETIAP MALAM SEBELUM TIDOR. AMALKANNLAH
KERAJAAN
067. SURAH AL - MULK
KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/67-al-mulk/
RENGKASAN SURAH:
a
b
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
067. SURAH AL - MULK
Rengkasan Surah
1. Maha Berkat serta Maha Tinggilah kelebihan Tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat dan memanglah Ia Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
2. Dia lah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Ia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun bagi orang2 yang bertaubat.
3. Dia lah yang mengatur kejadian tujuh petala langit yang berlapis2. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Jika engkau ragu2, ulangilah pandangan mu. Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
4. Kemudian ulangilah pandanganmu berkali2, nescaya engkau akan hampa untuk melihat sebarang kecacatan, sedang engkau akan merasa lemah lesu kerana habis tenagamu dengan sia2.
5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat pada penglihatan penduduk bumi dengan bintang2 dan Kami jadikan bintang2 itu punca rejaman terhadap Syaitan. Dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang2.
6. Dan bagi orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam dan itulah seburuk2 tempat kembali. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung2, sedang ia menggelegak.
7. Hampir2 ia pecah berkecai kerana kuat marahnya. Setiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar orang kafir, bertanyalah penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran di dunia dahulu?”
8, Mereka menjawab: “
9. Akhirnya mereka mengakui dosa mereka sebagai orang yang kufur ingkar, maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
10. Sesungguhnya orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
11. Tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, sama sahaja keadaannya kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di dalam dada.
12. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui segala2nya? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
13. Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah. Dan ingatlah, kepada Allah jualah tempat kembali kamu sesudah dibangkitkan hidup semula. Maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya.
14. Patutkah kamu merasa aman kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta melenyapkan kamu di bawahnya? atau Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
15. Dan demi sesungguhnya! orang kafir yang terdahulu telah mendustakan rasul2nya lalu mereka dibinasakan. Dengan demikian, perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
16. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan kekuasaan Allah pada burung yang terbang di atas mereka. Siapakah yang menjaganya ketika burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya daripada jatuh melainkan kekuasaan Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan setiap sesuatu.
17. Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? Sebenarnya orang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? Tidak ada sesiapapun. Bahkan mereka yang musyrik itu kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri dari kebenaran.
18. Siapakah yang boleh mendapah hidayah? Orang yang berjalan melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh tersungkur di atas mukanya atau orang yang berjalan tegak betul melalui jalan yang lurus rata?
19. Katakanlah: “Allah yang menciptakan kamu dari tiada kepada ada dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur. Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
20. Mereka yang ingkar berkata: “Bilakah datangnya hari kiamat yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? Katakanlah: “Sesungguhnya ilmu pengetahuan tentang masa kedatangannya hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
21. Kemudian apabila datang kiamat dan mereka melihat azab yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang kafir itu, serta dikatakan kepada mereka: “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.
22. Tanyalah kepada mereka: “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang2 yang bersama denganku sebagaimana yang kamu harapkan, atau Ia memberi rahmat kepada kami sehingga kami dapat mengalahkan kamu, maka siapakah yang dapat melindungi orang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
23. Tegaskan kepada mereka: “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri. Oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
24. Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap di telan bumi, maka siapakah selain Allah yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.
TAMAT
No comments:
Post a Comment