Tuesday, 10 November 2009

080. SURAH ‘ABASA

BERMUKA MASAM

080. SURAH ‘ABASA















KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/80-abasa/






RENGKASAN SURAH


080. SURAH ‘ABASA

Bermuka Masam – Intisari Surah

1. Nabi ditegur kerana kelihatan bermasam muka dan berpaling ketika ia didatangi orang buta yang bertujuan barangkali ia mahu membersihkan hatinya dengan pelajaran ugama dari nabi. Ataupun ia mahu mendapat peringatan yang memberi manfaat kepadanya.

2. Adapun orang kaya, berpangkat dan berpengaruh, yang merasa telah cukup tidak berhajat lagi kepada ajaran Al-Quran tapi nabi melayaninya dengan harapan mereka masuk Islam (dan menguatkan Islam). Padahal nabi tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya dari keingkarannya. Adapun manusia buta tadi dengan perasaan takutnya untuk melanggar perintah Allah nabi berlengah melayaninya.

4. Sebenarnya ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan yang mencukupi untuk sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya.

5. Ayat2nya tersimpan dalam naskhah2 yang dimuliakan, yang tinggi darjatnya, lagi suci dari segala gangguan, terpelihara di tangan malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz.

6. Manusia yang engkar akan binasa. Dia diciptakan Allah dari air mani dan dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian jalan baik dan jahat dimudahkan untuknya menimbang dan memilihnnya. Kemudian dia mati dan dihidupkan semula.

7. Lihatlah pesediaan makananya, bagaimana ditadbirkan: Dari air hujan ke atas belahkan bumi yang sesuai untuk tumbuh2an ditumbuhkan biji2an, anggur serta sayuran, Zaitun serta pohon kurma dan berbagai tamanan yang menghijau subur juga berbagai buah2an serta rumput. Untuk kamu dan binatang ternak kamu.

8. Kemudian datang suara jeritan yang dahsyat dimana seseorang itu lari dari saudaranya, ibunya, bapanya, isterinya serta anak2nya. Kerana sibuk dengan hal dirinya.

9. Muka orang akan berseri2, tertawa bersuka ria. Muka orang kufur ingkar berdebu diliputi warna hitam legam dan gelap-gelita. Mereka itu ialah orang kafir derhaka.

Sekian.



























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


080. SURAH ‘ABASA

(Bermuka Masam)



Kandungan Surah

1. Ia memasamkan muka dan berpaling. Kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tujuannya, wahai Muhammad? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu! Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

2. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi kepada ajaran Al-Quran.
Maka engkau bersungguh2 melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya dari keingkarannya.

3. Adapun orang yang segera datang kepadamu, dengan perasaan takutnya melanggar perintah Allah, maka engkau berlengah2 melayaninya.

4. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan yang mencukupi. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. Ayat2 Suci itu tersimpan dalam naskhah2 yang dimuliakan. Yang tinggi darjatnya, lagi suci dari segala gangguan. Terpelihara di tangan malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz. Malaikat yang mulia, lagi yang berbakti.

5. Binasalah hendaknya manusia yang ingkar itu, betapa besar kekufurannya? Tidakkah ia memikirkan dari apakah ia diciptakan oleh Allah? Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab.

6. Kemudian jalan baik dan jahat, dimudahkan Tuhan kepadanya untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih.

7. Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan. Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya hidup semula.

8. Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya. Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya, maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya bagaimana kami mentadbirkannya.

9. Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh2an. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji2an. Dan buah anggur serta sayuran. Dan Zaitun serta pohon kurma. Dan taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah2an serta bermacam2 rumput.

10. Untuk kegunaan kamu dan binatang ternak kamu.

11. Kemudian ingatlah keadaan yang berlaku apabila datang suara jeritan yang dahsyat. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. Dan ibunya serta bapanya. Dan isterinya serta anak2nya.

12. Kerana setiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

13. Muka orang yang beriman pada hari itu berseri2. Tertawa, lagi bersuka ria.

14. Dan muka orang yang ingkar pada hari itu penuh berdebu. Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. Mereka itu ialah orang yang kafir, yang derhaka.


TAMAT

Tags: 'Abasa, Mekah

No comments:

Post a Comment