KEMULIAAN dan BUKTI
097. Al-Qadr dan 098. Al-Baiyina
a
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
097. SURAH AL-QADR
(Kemuliaan)
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut;
5. Sejahteralah Malam yang berkat itu hingga terbit fajar!
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
098. SURAH AL-BAIYINA
(Bukti)
1. Orang kafir dari Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani serta orang musyrik, tidak akan terlepas dari kepercayaan dan amalan masing2 sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata
2. Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan kepada mereka Lembaran2 Suci.,
3. Terkandung di dalamnya pelajaran dan hukum yang benar.
4. Dan orang Yahudi dan Nasrani yang diberi Kitab Taurat dan Injil itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
5. Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid. Dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
6. Sesungguhnya orang kafir dari Ahli Kitab dan orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam. Kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat2makhluk.
7. Seungguhnya orang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik2 makhluk.
8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn tempat tinggal yang tetap, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Kekallah mereka di dalamnya selama2nya. Allah reda akan mereka dan merekapun reda serta bersyukur akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang2 yang takut melanggar perintah Tuhannya.
098. Surah Al-Baiyina
Tags: Al-Baiyina, Madinah
No comments:
Post a Comment