Wednesday, 11 November 2009

088.SURAH AL-GASHIYA

PERISTIWA DAHSYAT

088. SURAH AL-GASHIYA


































BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


088. SURAH AL-GASHIYA

(Peristiwa Dahsyat)


1. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka orang yang kafir pada hari itu tunduk kerana merasa hina. Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah. Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas membakar. . Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya. Tiada makanan bagi mereka di situ selain dari pokok yang berduri. Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

2. Sebaliknya muka orang beriman pada hari itu berseri2. Berpuas hati dengan balasan amal usahanya yang baik yang telah dikerjakannya di dunia. Mereka tinggal menetap di dalam Syurga tinggi tempat kedudukannya darjatnya. Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia2.

3. Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir. Di situ juga ada pelamin2 berhias yang tinggi tempatnya. Dan piala minuman yang disediakan untuk mereka. Dan bantal yang teratur untuk mereka berbaring atau bersandar. Serta hamparan yang terbentang.

4. Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

5. Oleh itu berikanlah sahaja peringatan wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.

6. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu. Akan tetapi sesiapa yang berpaling dari kebenaran serta ia kufur ingkar.

7. Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar2nya.

8. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka. Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.


TAMAT

Tags: Al-Gashiya, Mekah


No comments:

Post a Comment