Friday, 13 November 2009

095.SURAH AT-TIN DAN 096 SURAH AL-ALAQ

Gambar buah tin yang ditaman di Surau Ittihadiah, Taman Melor, Ampang, Selangor.
Jurukamera: TokKiDi















BUAT TIN DAN SEGUMPAL DARAH



095. SURAH AT-TIIN &

096. SURAH AL-'ALAQ
























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



095. SURAH AT-TIIN

(Buah Tin)


1. Demi buah Tiin dan Zaitun.

2. Dan Gunung Tursina.

3. Serta negeri Makkah yang aman ini.

4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya.

5. Kemudian jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu, Kami kembalikan dia ke serendah2 peringkat orang yang rendah.

6. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh maka mereka beroleh pahala yang tidak putus2.

7. Jika demikian kekuasaanKu, maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, berkata tidak
benar mengenai hari pembalasan, sesudah ternyata dalil2 yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan itu?

8. Bukankah Allah yang demikian kekuasaanNya, seadil2 Hakim?

TAMAT Surah 095. At-Tiin

Tags: At-Tiin, Mekah



=======================================================




BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


096. SURAH AL-‘ALAQ

(Segumpul Darah)







1. Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk.

2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.

5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas yang sepatutnya atau yang sewajibnya.

7. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

8. Ingatlah, sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali untuk menerima balasan.

9. Adakah engkau nampak baiknya orang yang melarang dan menghalang.

10. Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

11. Adakah engkau nampak buruknya jika ia berada di atas jalan yang betul?

12. Atau ia menyuruh orang bertaqwa jangan melakukan syirik?

13. Adakah engkau nampak terlepasnya dari azab jika ia mendustakan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya serta ia berpaling ingkar?

14. Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala amal perbuatannya dan membalasnya?

15. Jangan sesekali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti dari perbuatannya yang buruk itu, nescaya Kami akan menyentap ubun2nya dan menyeretnya ke dalam neraka.

16. Ubun2 orang yang berdusta, yang bersalah.

17. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya untuk menyelamatkannya.

18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah untuk menyeksanya!

19. Ingatlah! Janganlah engkau wahai Muhammad menurut kehendaknya, dan sebaliknya sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah dengan taat dan beramal soleh!


TAMAT 96. Al-’Alaq

Tags: Al-'Alaq, Mekah



No comments:

Post a Comment