PERTOLONGAN dan GEJOLAK API
109. SURAH AL-KAFIRUN
110. SURAH AN-NASR
111. SURAH AL-MASAD
109. SURAH AL-KAFIRUN
(Orang Kafir)
1. Katakanlah wahai Muhammad: “Hai orang2 kafir!
2. “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
4. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
6. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
109. Al-Kafirun
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
110. SURAH AN-NASR
(Petolongan)
1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
2. Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai2, -
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
110. An-Nasr
111. SURAH AL-MASAD
(Gejolak Api)
1. Binasalah kedua2 tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
2. Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
4. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.
5. Di lehernya sejenis tali, dari tali2 yang dipintal.
No comments:
Post a Comment