Wednesday 30 September 2009

018 SURAH MARYAM








019. SURAH MARYAM

















RENGKASAN PENDEK



































___________________



RENGKASAN PANJANG



































aaa








Baginikah Sungainya dan Kurmanya (ayat 24, 25 dan 26 Surah Maryam




























Terjemahan Surah direngkaskan:


1 Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad

2 Ini ialah perihal limpahan rahmat Tuhanmu kepada hambaNya Zakaria.

3 Ingatkanlah peristiwa Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan perlahan.

4 Ia merayu: “Dah lemahlah tulangku. Dah putih ubanku. Tapi tak pernah meras hampa berdoa”.

6 ”Aku bimbang kaum kerabatku cuaikan ugama bila aku mati. Isteri aku mandul dan aku tiada anak. Kurniakanlah daku seorang anak lelaki”.

6 ”Yang layak mewarisi daku, juga keluarga Nabi Yaakub. Dan jadikanlah dia diredhai dan disukai”.

7 Nabi Zakaria diseru: “Kami memberikan khabar yang engkau akan dapat anak lelaki, Yahya.”.

8 Nabi Zakaria bertanya: “Bagaimana! Isteriku mandul dan aku sendiri pula telah tua?”

9 Penyeru itu menjawab: “Tak jadi hal. Semasa kami dicipta kamu pun masih tak ada pun”.

10 Nabi Zakaria merayu lagi: “Apa tandanya isteriku mengandung? Dijawab: “Tandanya kamu tak akan boleh berkata2 walaupun kamu sihat”.

11 Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrabnya lalu ia memberi isyarat kepada mereka: “Hendaklah kamu bertasbih pagi dan petang”.

12 “Yahya, terimalah Kitab itu serta amalkanlah bersungguh2!. Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak2.

13 Dan Kami mengurniakannya rahmat dari sisi Kami serta kelebihan yang kembang manfaatnya dan ia seorang yang bertaqwa.

14 Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan tidak pula sombong angkuh atau derhaka.

15 Dan Kami limpahkan kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (hari kiamat).

16 Dan bacakanlah (Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

17 Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya maka Kami hantarkan kepadanya Roh dari kami menyamar diri sebagai seorang lelaki.

18 Maryam berkata: “Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah daripada gangguan mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa”.

19 Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”.

20 Maryam bertanya dengan cemas: “Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki padahal aku tidak pernah disentuh oleh lelaki pun dan aku pula bukan perempuan jahat?”

21 Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan. Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda membuktikan kekuasaan Kami untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami. Hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya”.

22 Maryam hamil lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

23 Ketika hendak bersalin sakitnya memaksanya bersandar dipangkal sebatang pohon tamar sambil ia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang!”

24 Lalu ia diseru: “Janganlah engkau berdukacita Maryam, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

25 Dan gegarlah batang pohon tamar itu supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

26 “Makanlah dan minumlah serta bertenanglah dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah Ar-Rahman”.

27 Kemudian baliklah ia kepada kaumnya mendokong anaknya. Mereka menempelaknya dengan

28 ”Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”

29 Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata dengan hairannya: “Bagaimana kami boleh berkata dengan seorang yang masih kanak2 dalam buaian?”

30 Ia (anaknya) menjawab: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil, dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

31 Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

32 ”Serta diperintahkan daku taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

33 Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat”.

34 Yang demikian sifat2nya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar2nya, yang mereka ragu2 dan berselisihan padanya.

35 Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia

36 Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul lurus “.

37 Kemudian, golongan2 dari kaumnya itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang kafir yang berselisihan itu dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.

38 Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. Tetapi orang2 zalim dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata

39 Berilah amaran kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing2 pada masa mereka yang ingkar di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.

40 Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

41 Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Nabi Ibrahim. Sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.

42 Ketika ia berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?”

43 ”Wahai ayahku, telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu, oleh itu ikutlah daku. Aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.

44 ”Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah, yang melimpah-limpah rahmatNya”.

45 ”Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari Allah Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya. Maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka”.

46 Bapanya menjawab: “Patutkah engkau bencikan tuhan2ku, wahai Ibrahim? Jika engkau tidak berhenti menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu. Dan ingatlah lebih baik engkau tinggalkan daku sepanjang masa”.

47 Nabi Ibrahim berkata: “Selamat tinggalah ayah. Aku akan memohon kepada Tuhanku 48 Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah selain Allah itu; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah2han aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa dan derhaka seperti kamu”.

49 Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain dari Allah kami kurniakan kepadanya Ishak dan Yaakub dan kedua2nya Kami jadikan Nabi.

50 Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.

51 Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Quran perihal Nabi Musa. Ia adalah orang pilihan dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.

52 Kami menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.

53 Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun, yang juga berpangkat Nabi.

54 Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Nabi Ismail. Ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul lagi berpangkat Nabi.

55 Ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!

56 Dan bacakanlah di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Nabi Idris. Ia amat benar tutur katanya dan imannya serta ia seorang Nabi.

57 Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.

58 Mereka itulah sebahagian dari Nabi2 yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah2 kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang yang Kami bawa dalam bahtera bersama Nabi Nuh dan keturunan Nabi Ibrahim, dan Israil dan mereka itu adalah dari orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat2 Allah Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

59 Kemudian mereka digantikan oleh keturunan2 yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat. Maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka.

60 Kecuali orang2 yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh. Maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.

61 Iaitu Syurga ”Adn” yang telah dijanjikan oleh Allah Ar-Rahman kepada hamba2Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara2 yang ghaib. Sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.

62 Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia2 tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik2. Makan minum mereka disediakan pagi dan petang sepanjang masa.

63 Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang. yang bertaqwa dari hamba2 Kami.

64 Dan berkatalah malaikat: “Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu. Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan dan di belakang kita serta yang di antaranya. Dan tiadalah Tuhanmu itu lupa.

65 “Tuhan mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala di antaranya. Oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya. Adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?”

66 Manusia kafir berkata: “Apa! Apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?”

67 Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?

68 Oleh itu, demi Tuhanmu! Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu bersama syaitan di Padang Mahsyar. Kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.

69 Sesudah itu, Kami akan cabut dari setiap golongan, mana2 orang yang sangat derhaka kepada Allah Ar-Rahman, di antara mereka.

70 Kemudian, Kami akan mengetahui orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dangan api neraka.

71 Semua kamu akan sampai kepadanya. Yang demikian adalah satu perkara yang mesti berlaku dan telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

72 Kemudian Kami akan selamatkan orang yang bertaqwa dan biarkan orang yang zalim dengan kekufurannya dan maksiatnya tinggal berlutut di dalam neraka itu

73 Apabila dibacakan kepada mereka ayat2 Kami, berkatalah orang kafir kepada yang beriman: “Puak yang manakah dari kita yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?”

74 Berapa banyak kaum yang ingkar sebelum mereka kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat kesenangannya dan lebih elok keadaannya.

75 Katakanlah: “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah Allah Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka (sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat) maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong2nya.

76 Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang yang menurut jalan petunjuk, dan amal yang baik tetap kekal faedahnya itu lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik

77 Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan orang yang kufur ingkar kepada ayat keterangan Kami berkata: “Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?”

78 Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib atau adakah ia telah membuat perjanjian dengan Allah Ar-Rahman mengenainya?

79 Tidak sekali! Kami akan menulis apa yang dikatanya dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda2.

80 Kami akan warisi harta benda dan anak-pinak yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada

81 Mereka yang kafir menyembah benda yang selain dari Allah sebagai tuhan supaya benda yang mereka sembah itu menjadi penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.

82 Tidak sekali! Bahkan benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.

83 Tidakkah engkau mengetahui bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan kepada orang kafir untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh2?

84 Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu kerana Kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja untuk mereka.

85 Ingatlah hari Kami himpunkan orang yang bertaqwa untuk mengadap Allah Ar-Rahman dengan berpasuk2an.

86 Dan Kami akan menghalau orang yang bersalah ke neraka Jahannam dalam keadaan dahaga.

87 Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat kecuali orang yang telah mengikat perjanjian dengan iman dan amal yang soleh di sisi Allah yang melimpah rahmatNya!.

88 Dan mereka yang kafir berkata: “Allah Ar-Rahman, mempunyai anak.”

89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!

90 Langit nyaris pecah disebabkan anggapan mereka yang demikian dan bumi pula nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris runtuh ranap, -

91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: Allah Ar-Rahman mempunyai anak.

92 Padahal tiadalah layak bagi Allah Ar-Rahman mempunyai anak.

93 Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada Allah Ar-Rahman, sebagai hamba.

94 Allah telah mengira mereka dengan pengetahuanNya serta menghitung mereka satu persatu.

95 Dan mereka masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.

96 Sesungguhnya orang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpahkan rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.

97 Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu, ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang yang bertaqwa dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.

98 Dan amatlah banyaknya kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka. Engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi mereka yang di dibinasakan itu.



TAMAT

019. Surah Maryam

Kandungan surah inilah bila dibaca oleh Jaafar kepada Raja Nagasi, beliau menangis kerana penerangannya adalah lebih jelas dari Injil yang ada padanya. Nagasi adalah Raja Habshah yang memberi pelindungan kepada sahabat Rasulallah yang berhijrah ke sana pada zaman awal Islam.












Dah Proses
2KD


Tuesday 29 September 2009

018 SURAH AL KAHFI


BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


018. SURAH AL-KAHFI




Rengkasan terjemahan surah di bawah ini:


TERJEMAHAN PENDEK (Ayatnya rengkas):

2KD . . . .


T
ERJEMAHAN PANJANG:
(Penerangannya lebih panjang)
Alhamdulillah



Sunday 27 September 2009

017 SURAH AL ISRAAQ




BismillahirRahmanirRahim

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


017. SURAH AL-ISRAAQ




Rengkasan terjemahan surah di bawah ini:


TERJEMAHAN PENDEK:


























TERJEMAHAN PANJANG:


Al-Aqsa Mosque
Masjid al-Aqsa
Coordinates: 31°27′49″N 35°08′53″E / 31.4635°N 35.148°E


TAMAT



016 SURAH AL NAHL

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


016. SURAH AL-NAHL






KLIK SINI UNTUK BACA RENGKASAN
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/16-al-nahl/




Rengkasan dan terjemahan surah di bawah ini:

(A) RENGKASAN PENDEK:
















































(B) RENGKASAN PANJANG: