Wednesday, 16 September 2009

011 SURAH HUD


BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


011. SURAH HUD






Rengkasan terjemahan surah di bawah ini:



























011 SURAH HUD

Rengkasan Surah


Ayat Al-Quran adalah tersusun dengan kandungannya yang jelas nyata. Ia bertujuan supaya manusia tidak menyembah selain Allah. Nabi diutuskan untuk memberi amaran pada yang ingkar dan membawa berita gembira kepada yang beriman.


Manusia diminta memohon ampun atas perbuatan syirik dan untuk kembali taat kepadaNya, supaya ia mendapat nikmat kesenangan ketika hidup di dunia dan di akhirat nanti mereka yang beramal memperolehi hasil pahalanya. Jika kamu berpaling kamu akan beroleh azab hari kiamat yang ketika itu besar huru-haranya. Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas setiap sesuatu.


Mereka yang kufur cuba sembunyikan perasaan buruk mereka daripada Allah. Tapi Allah tahu apa yang disembunyikan atau yang dizahirkan. Ia tahu isi hati.


Rezeki makluk di dunia ini Allahlah yang menanggungnya. Ia tahu kediaman dan tempat mereka disimpan. Semuanya itu tercatat di kitab (Lauh mahfuz).

Dia menjadikan langit dan bumi dalam enam masa. Dijadikan semua itu untuk menguji siapakah lebih baik amalannya. Jika dikatakan bahawa manusia akan dibangkit semula lepas mati tentu mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir".


Jika kami tangguhkan azab tentulah mereka akan mengejek: "Apakah yang menghalangnya?" Ketahuilah! Bila azab menimpa mereka mereka tak akan dapat menolaknya .


Jika Kami tarik balik pemberian rahmat daripada mereka tentu mereka berputus asa dan tidak bersyukur. Kalau Kami beri mereka kesenangan sesudah menderita kesusahan, tentulah mereka berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Mereka riang dan bermegah2h kepada orang ramai. Kecualilah mereka yang sabar dan beramal soleh yang Allah ampunkan dosa mereka dan beroleh pahala yang besar.


Janganlah engkau tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu.


Mereka yang engkar berkata: "Mengapa Muhammad tak dikayakan atau ditemankan malaikat semasa menyiarkan Islam?" Kerana, Allah jualah Pentadbir yang menguruskan setiap sesuatu. Engkau hanyalah Rasul pemberi amaran.


Mereka juga menuduh Muhammad mereka2 Al Quran. Katakanlah: "Jika demikian cubalah datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran jika betul kamu orang-orang yang benar". Jika tak boleh walaupun dengan pertolongan, maka sudah pastilah Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan. Maka ikutlah ajarannya.


Mereka yang usahanya berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami sempurnakan hasil usaha mereka di dunia tanpa kurang. Tetapi merekalah tidaklah ada bahagiannya di akhirat kelak selain azab neraka. Dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.


Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang yang sentiasa menurut Tuhannya dan Kitab Suci Al-Quran. Kenyataan yang serupa dinyatakan dalam Kitab Nabi Musa. Sesiapa yang engkar akan Al-Quran dijanjikan neraka sebagai tempatnya. Janganlah engkau ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu. Tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.


Tidak ada yang lebih zalim daripada mereka yang mereka2 perkara dusta terhadap Allah! Orang sedemikian akan mengadap Tuhan bersaksikan malaikat, nabi dan anggota tubuh mereka sendiri yang berkata: "Inilah orang-orang yang dusta terhadap Tuhan mereka". Laknat Allah tertimpa kepada mereka yang zalim!


Mereka menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah dan berusaha menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka ingkarkan hari akhirat;


Mereka ini tidak dapat melemahkan kuasa Allah yang menimpakan mereka azab di dunia. Tiada selain Allah, yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab ke atas mereka digandakan kerana mereka bencikan jalan ugama Allah, sehingga mereka tidak lagi tahan mendengarnya dan tidak suka melihat tanda2 kebenarannya. Mereka merugikan diri sendiri dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada2kan. Tidak syak lagi bahawa merekalah yang paling rugi pada hari akhirat kelak.


Mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan dengan khusyuk itulah ahli Syurga dan mereka kekal di dalamnya.


Bandingan dua golongan ini (kafir dengan beriman) samalah seperti orang buta-pekak dengan orang yang celik-mendengar; kedua-duanya tak sama keadaannya. Tidakkah kamu darinya, mengambil peringatan dan insaf?


NABI NUH:

Kami utuskan Nabi Nuh memberitahu kaumnya bahawa ianya adalah Rasul pemberi amaran kepada kaumnya memberitahu supaya jangan mereka menyembah selain Allah. Dia bimbang jika mereka berbuat demikian mereka akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan.


Ketua kafir kaumnya berkata bahawa mereka tidak memandang Nuh melainkan sebagai seorang manusia seperti mereka dan mereka tidak nampak golongan yang mengikut Nuh melainkan orang2 miskin hina lagi berfikiran singkat. Mereka juga tidak memandang kumpulan Nuh mempunyai sebarang kelebihan mengatasi mereka, mereka menganggap kumpulan Nuh sebagai pendusta".


Nabi Nuh berkata bahawa berdasarkan bukti dari Tuhan serta kurnian pangkat Nabi kepadanya di sisi Tuhannya dan oleh kerana kekaburan pandangan kafir (disebabkan keingkaran mereka yang sebati itu), adakah kamu kaum kafir, nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?


Nuh menjelaskan bahawa ia tidak meminta sebarang upah menyampaikan ugama Allah. Upahnya hanya dari Allah sahaja. Nuh juga tidak akan menghalau orang yang beriman bersamanya sapertimana kaum kafir mahukan, kerana pengikutnya akan menemui Tuhan dan menuntut dan menerima hak masing2 nanti. Kaum kafir dilihatnya tidak tahu apa yang mereka mesti tahu. Siapakah yang akan menolongnya dari azab Allah jika dia (Nuh) menghalau mereka? Maka mengapa kamu, kaum kafir tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?


Nuh menambah bahawa dia tidak pernah berkata di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah juga mengetahui perkara yang ghaib dan dia bukanlah malaikat dan dia juga tidak berkata kepada orang beriman (yang kaum kafir pandang hina itu) bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui hati mereka.


Kaum kafir itu membalas bahawa Nuh telah bertikam lidah membantah mereka dan Nuh banyak sangat berhujjah semasa mengemukakan bantahannya. Oleh itu, mereka sarankan Nuh datangkanlah azab, jika betul ianya benar.


Nabi Nuh menjawab bahawa Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu jika Allah kehendakinya dan jika ianya berlaku kaum kafir tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah! Tambahnya lagi bahawa tak ada guna nasihatnya kepada kaum kafir kalau Allah hendak menyesatkan mereka berdasarka kedegilan mereka. KepadaNya manusia akan kembali.


Mereka terus berdegil, bahkan menuduh Nabi Nuh sengaja berdusta mengatakan Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh pula diperintahkan menjawab dengan berkata bahawa kalau ia mereka2 wahyu tersebut maka dialah yang menanggung dosanya.


Diwahyukan Allah kepada Nabi Nuh bahawa kaumnya tidak akan beriman lagi melainkan mereka yang tersedia beriman dengannya. Jadi Nuh tak perlu berdukacita tentang apa yang mereka lakukan.


Nuh diarahkan membuat bahtera dengan pengawasan, kawalan dan panduan Allah. Kaun kafir akan ditengelamkan di dengan taufan".


Ketika membuat bahtera itu kaumnya yang melaluinya mengejek Nabi Nuh, yang menjawab bahawa jika mereka memandangnya bodoh membuat bahtera, ia pula memandang mereka bodoh kerana keingkaran mereka. Mereka akan tahu nantu siapa akan diazab nanti.


Nabi Nuh terus bekerja membuat bahtera sehingga air memancut dari muka bumi menandakan kedatangan taufan. Allah mewahyukannya membawa ke (dalam bahtera itu dua dari setiap sejenis haiwan (jantan-betina) dan ahlinya (kecuali orang yang kufur), juga bawalah orang beriman. Hanya sedikit yang beriman yang turut bersamanya. Pengikutnya di suruh naik ke bahtera sambil menyucapkan rangkapan kata: “Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.


Mereka naik dan bahtera pun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang. Sebelum itu Nabi Nuh memanggil anaknya yang terpisah: "Wahai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang yang kafir".


Anaknya enggan dan menjawab bahawa ia akan berlindung ke gunung yang dapat menyelamatkannya. Nabi Nuh berkata lagi bahawa pada hari itu tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindunginya dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya. Dengan serta-merta ombak pun memisahkan antara keduanya dan anak derhaka itu tenggelam dalam taufan.


Apabila selesai semuanya Allah mengarahkan bumi menelan air yang ada dan langit untuk berhenti hujan. Air pun surut dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi". Binasalah akhirnya mereka yang zalim.


Nabi Nuh merayu kepada Tuhan menyatakan yang anaknya itu adalah dari keluarganya sendiri dan bahawa janji Allah itu adalah benar, dan Allah adalah sebijak Hakim yang menghukum dengan seadilnya.


Allah pula berfirman bahawa anak Nuh bukan dari keluarganya kerana ia telah terputus hubungan dengannya disebabkan kekufuran anaknya. Bawaan anaknya bukanlah suatu amal soleh. Nuh dilarang memohon kepadaNya sesuatu yang Nuh tidak ada pengetahuan mengenainya. Allah melarang Nuh dari menjadi orang yang jahil.


Nabi Nuh berkata bahawa dia berlindung kepada Allah daripada memohon sesuatu yang ia tidak mempunyai pengetahuan dan jika Allah tidak mengampunkan dosanya dan memberi rahmat kepadanya nescaya menjadilah ia dari orang yang rugi.


Allah mengarah Nuh turun dari bahtera dengan selamat dan berkat dariNya. Allah juga manyatakan bahawa akan ada diantara umat keturunan mereka yang selamat itu diberi kesenangan kehidupan dunia tetapi kemudiannya mereka akan diazab.


Kisah Nabi Nuh adalah perkara ghaib yang tidak diketahui sebelum ini. Oleh itu hendaklah kamu bersabar. Kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat adalah bagi orang yang bertaqwa.


NABI HUD:

Kami utuskan Nabi Hud kepada kaun Aad. Nabi Hud menyuruh kaumnya menyembah Allah, tiada Tuhan selain dariNya. Kaumnya ketika itu hanyalah orang yang mengada2kan perkara yang dusta terhadap Allah.


Kata Nabi Hud: “Wahai kaumku! Aku tak meminta upah bagi ajaran yang aku sampaikan ini. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku. Mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal untuk mengetahui kebenaran? Mintalah ampun kepada Tuhan dan taat kepadaNya supaya Ia menghantarkan hujan serta menambahkan kamu kekuatanmu. Janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!”


Mereka menjawab: "Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu/ Kami tak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami. Kami tidak percayamu. Kami berkata bahawa tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu penyakit gila disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami".


Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya Allah menjadi saksi tentang kebenaranku dan kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu. Kamu menyembah yang lain dari Allah. Rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku, kemudian jalankannya, janganlah kamu beri tempoh kepadaku mempertahankan diri. Aku berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Allah menguasai semua makhluk di bumi. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus”.


Tambah Hud lagi bahawa jika mereka tak ikut seruannya tak ada menjadi masaalah padanya kerana dia telah menyampaikan apa yang telah diutus oleh Allah untuk disampaikannya. Ketahuilah Tuhan akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain setelah kamu dibinasakan nanti dan kamu tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun.


Apabila datang azab Allah, Allah selamatkan Nabi Hud beserta pengikutnya yang beriman. Kaum Aad telah mengingkari ayat keterangan Tuhan mereka, serta menderhakan rasulnya. Mereka hanya menurut perintah ketua mereka yang bermaharajalela lagi degil dalam keingkarannya. Mereka ditimpa laknat tidak putus2 di dunia ini dan pada hari kiamat nanti. Kerana mereka kufur mereka telah dibinasakan.


NABI SOLEH:

Kepada kaum Thamud pula Allah utuskan Nabi Soleh yang berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah Allah tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia menjadikan kamu dari bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Mintalah ampunlah kepada Allah dari perbuatan syirik, kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".


Mereka menjawab: "Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap menjadi memimpin kami. Patutkah engkau melarang kami daripada menyembah sembahan sejak datuk nenek kami? Kami ragu yang runsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya".


Nabi Soleh menjawab: "Bagaimana jika aku berada dalam kebenaran berdasarkan bukti mukjzat dari Tuhanku, dan Ia kurniakan rahmat pangkat Nabi kepadaku. Maka siapakah yang akan menolongku dari azab Allah kalau aku menderhaka kepadaNya? Dan ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai mukjizat membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyakitinya, bagi mengelak kamu ditimpa azab".


Kaumnya menyembelih unta tersebut. Nabi Soleh berkata kepada mereka supaya bersenang2lah mereka selama tiga hari. Selepas itu Allah datangkan azab dan diselamatkan Nabi Soleh beserta umatnya yang beriman. Mereka dibinasakan oleh suara yang menggempakan bumi dan jadilah mereka mayat2 yang tersungkur. Mereka punah saperti tidak pernah mereka tinggal hidup di situ (kesan kesudahannya). Kebinasaanlah bagi kaum Thamud.


NABI IBRAHIM:

Pula datang malaikat utusan Allah kepada Nabi Ibrahim membawa berita yang mengembirakan. Mereka memberi salam kepada Nabi Ibrahim dan dijawabnya salam tersebut. Dan Ibrahim membawa jamuan seekor anak lembu dipanggang yang tidak dijamah oleh mereka. Ibrahim merasa pelik dan cemas dan ketika melihat keadaan itu malaikat tersebut berkata: "Janganlah engkau takut, sebenarnya kami diutus membinasakan kaum Lut".


Isterinya Sarah, yang ketawa apabila hilang perasaan takutnya. Ibrahim diberitahu oleh malaikat yang ia akan mendapat seorang anak, Ishak dan sesudah itu akan mendapat seorang cucu, Yaakub.


Sarah berkata: "Sungguh ajaib padahal aku dan suamiku dah tua. Ini menghairankan". Malaikat menjawab bahawa Sarah tak patut hairan dengan ketetapan Allah. Juga Rahmat Allah dan berkatNya melimpah2 kepada ahli rumah Ibrahim ini.


Nabi Ibrahim kemudian mulailah membantah tentang azab yang akan menimpa kaum saudaranya, Nabi Lut. Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah penyabar, lembut hati bertimbang rasa lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.


Malaikat membalas bahawa Ibrahim tak perlu menghiraikan perkara tersebut. Perkara itu adalah perintah Allah menghukum mereka dan azab tersebut tidak akan dapat ditolak oleh bantahan atau doa permohonan.


NABI LUT:

Apabila utusan Kami menemui Nabi Lut, Lut merasa dukacita dan merasa tidak terdaya untuk mengawal tetamunya itu dari gangguan kaumnya, sambil ia berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".


Kaumnya pun datang meluru kepadanya bertujuan mengganggu tetamunya. Nabi Lut berkata bahawa beliau ada anak2 perempuan yang mereka boleh kahwin dengannya. Takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku. Tidakkah ada di antara kamu lelaki yang bijak dapat memberi nasihat?"


Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."


Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan menentang kamu atau aku dapat bertahan dengan penyokong2ku, tentulah aku akan membinasakan kamu".


Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sesekali akan dapat melakukan sebarang bencana. Pergilah berundur dari sini bersama keluargamu pada tengah malam ini, dan janganlah kamu menoleh ke belakang. (kecuali isterimu yang akan tinggal untuk diazab kerana memihak kepada mereka). Azab akan ditimpakan di waktu subuh, dah dekat pun masanya”.


Allah kemudian jadikan negeri kaum Lut itu diterbalik tertimbus dan dihujaninya dengan batu2 tanah yang dibakar, menimpa mereka bertalu2. Batu2 itu ditandakan untuk membinasakan mereka.



NABI SHUAIB:

Bagi penduduk "Madyan" pula Allah utuskan Nabi Syuaib (bapa mertua Nabi Musa) yang berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Aku melihat kamu berada dalam kemewahan dan aku bimbang kamu akan ditimpa azab. Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi. Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik daripada yang kamu ambil secara haram itu jika betul kamu orang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu".


Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu menyuruhmu perintahkan kami meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami jangan lakukannya apa kesukaan kami dalam menguruskan harta kami? Engkau Syuaib adalah seorang penyabar lagi bijak, maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami?"


Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku ini berdasarkan bukti dari Tuhanku yang mengurniakan pangkat nabi kepadaku dariNya, patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu berbuat perkara salah yang kamu lakukan? Wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Soleh. Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu dan kembalilah taat kepadaNya”.


Mereka berkata: "Kami tidak mengerti apa yang engkau katakan itu dan kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah melemparmu dengan batu hingga mati. Engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia!"


Nabi Syuaib berkata: "Mengapa kamu bersikap demikian? Patutkah kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia dari pada Allah. Dan kamu jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan dilupakan? Wahai kaumku, buatlah seupaya kamu menentang ugama yang aku sampaikan itu, Aku pula tetap berusaha mengembangkannya. Kamu tahu siapakah yang berdusta dan akan diazab. Sama2lah kita menunggu".


Dan ketika datang azab Allah, Allah selamatkan Nabi Syuaib beserta mereka yang beriman dan mereka yang zalim itu dibinasakan oleh suara yang menggempakan bumi, menjadilah mereka mayat2 yang tersungkur. Mereka punah-ranah seolah tidak pernah tinggal di situ. Binasalah akhirnya penduduk Madyan.


Nabi Musa:

Kami pula mengutuskan Nabi Musa dengan ayat keterangan Kami dan mukjizatnya kepada Firaun dan kaumnya. Pemerintah Firaun bukanlah pemerentah yang betul. Pada hari kiamat nanti Firaun akan mengetuai kaumnya masuk ke neraka, terburuk tempat dimasuki. Mereka dilaknat tidak putus2 di dunia dan juga pada hari kiamat. Laknat adalah seburuk2 pemberian.


Demikianlah sebahagian berita penduduk negeri yang telah dibinasakan. Ada yang masih wujud sisanya dan dapat disaksikan, dan ada pula yang telah hancur lebur dan hilang lenyap.


Kami tidak menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Berhala2 yang mereka sembah tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu. Ianya hanya menambahkan kerugian mereka. Azab yang menimpa itu tidaklah terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya.


Kejadian sedemikian harus menjadi iktibar bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari dihimpunkan manusia dan hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk. Tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu melainkan untuk suatu tempoh yang tertentu.


Semasa datangnya hari kiamat itu, tiadalah seorangpun dapat berkata2 membela dirinya atau memohon pertolongan tanpa dengan izin Allah. Di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia.


Yang celaka itu disebabkan keingkaran dan maksiat mereka dan di dalam nerakalah ditempatkan mereka, mendengar hanyalah suara memekik2 dan mendayu2 seperti suara keldai. Mereka kekal di dalamnya kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu.


Mereka yang berbahagia, disebabkan iman dan taatnya pula ditempatkan di dalam Syurga, kekal di dalamnya kecuali jika dikehendaki Tuhanmu. Pemberian nikmatNya tidak putus2.


Maka janganlah engkau ragu2 tentang sia2nya apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu. Mereka tidak menyembah melainkan sembahan datuk nenek mereka yang juga musyrik dahulu kala.


Janganlah engkau bimbang keingkaran kaummu kerana Kami dahulu ketika memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat,beliau juga ditentang oleh kaumnya. Kalau tidaklah kerana ketetapan Kami menangguhkan hukuman (hingga ke suatu masa yang tertentu), sudah tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta ke atas mereka.


Dan sesungguhnya setiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka. Oleh itu, sentiasalah engkau tetap teguh di jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan, dan hendaklah orang yang merujuk kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian. Janganlah kamu melampaui batas hukum Allah. Allah Melihat apa yang kamu kerjakan.


Janganlah kamu cenderung kepada mereka yang zalim kerana api neraka akan membakar kamu, sedangkan ketika itu kamu tidak ada penolong selain Allah (Allah pula tak menolong kamu kerana cenderongan kamu itu).


Dirikanlah sembahyang, pada dua bahagian siang, dan pada waktu2 berhampiran dengannya dari waktu malam. Amal kebajikan, terutamanya sembahyang itu menghapuskan kejahatan.


Bersabarlah dalam mengerjakan suruhan Allah, kerana Allah tidak akan menghilangkan pahala mereka yang berbuat kebaikan.


Sepatutnya ada di antara umat yang dibinasakan terdahulu itu, mereka yang berakal yang melarang kaumnya dari perbuatan jahat di muka bumi. Tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu mereka yang Allah telah selamatkan. Mereka yang tidak melarang hanya menitik beratkan kemewahan dan menjadilah mereka orang yang berdosa.


Tuhanmu tidak sesekali mahu membinasakan mana2 negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi ada mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.


Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. Tetapi Ia tidak berbuat demikian dan kerana itulah manusia terus menerus berselisihan.


Tetapi mereka yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, bersatu dalam ugama Allah. Akan tetapi manusia tetap berselisih. Dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhan yang berfirman: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia yang berdosa".


Setiap berita Rasul-rasul yang di ceritakan kepadamu adalah untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.


Kakanlah kepada mereka yang tidak beriman: "Buatlah perbuatan ingkar yang kamu sanggup melakukannya itu. Kami juga tetap memberi nasihat pengajaran yang Tuhan perturunkan kepada kami”.


“Dan tunggulah akibat buruk yang akan menimpa kamu! Kami juga menunggu kemenangan dan kejayaan kami yang dijanjikan oleh Allah kepada kami".


Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Ingatlah, Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.



Buah Tinn Taman Melur














011 SURAH HUD

Rengkasan Tajuk


Ayat Al-Quran adalah

# - tersusun dengan kandungannya yang jelas nyata. Ia bertujuan supaya

# - manusia tidak menyembah selain Allah. Nabi diutuskan untuk

# - memberi amaran pada yang ingkar dan membawa

# - berita gembira kepada yang beriman.


Manusia diminta

# - memohon ampun atas perbuatan syirik dan untuk

# - kembali taat kepadaNya, supaya ia

# - mendapat nikmat kesenangan ketika

# - hidup di dunia dan di akhirat nanti mereka yang

# - beramal memperolehi hasil pahalanya.

Jika kamu berpaling kamu akan

# - beroleh azab hari kiamat yang ketika itu besar huru-haranya.

Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan

Ia Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

Mereka yang kufur cuba

# - sembunyikan perasaan buruk mereka daripada Allah.

Tapi Allah tahu

# - apa yang disembunyikan atau

# - yang dizahirkan. Ia tahu isi hati.


Rezeki makluk di dunia ini

# - Allahlah yang menanggungnya.

Ia tahu kediaman dan tempat mereka disimpan.

Semuanya itu tercatat di kitab (Lauh mahfuz).

Dia menjadikan langit dan bumi dalam enam masa.

Dijadikan semua itu untuk menguji siapakah lebih baik amalannya.

Jika dikatakan bahawa manusia

# - akan dibangkit semula lepas mati

# - tentu mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir".


Jika kami tangguhkan azab

# - tentulah mereka akan mengejek:

# - "Apakah yang menghalangnya?"

Ketahuilah! Bila azab menimpa mereka mereka tak akan dapat menolaknya .


Jika Kami tarik balik pemberian rahmat daripada mereka

# - tentu mereka berputus asa dan tidak bersyukur.

Kalau Kami beri mereka kesenangan sesudah menderita kesusahan,

# - tentulah mereka berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku

segala kesusahan yang menimpaku".

Mereka riang dan bermegah2h kepada orang ramai.

Kecualilah mereka yang

# - sabar dan

# - beramal soleh yang Allah

# - ampunkan dosa mereka dan

# - beroleh pahala yang besar.


Janganlah engkau tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu.

Mereka yang engkar berkata:

# - "Mengapa Muhammad tak dikayakan atau

# - ditemankan malaikat semasa menyiarkan Islam?"

Kerana. . . . Allah jualah Pentadbir yang menguruskan setiap sesuatu.

Engkau (Muhammad) hanyalah Rasul pemberi amaran.


Mereka juga menuduh Muhammad mereka2 Al Quran.

Katakanlah: "Jika demikian

# - cubalah datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding

dengan Al-Quran jika betul kamu orang-orang yang benar".

Jika tak boleh walaupun dengan pertolongan, maka

# - sudah pastilah Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan.

Maka ikutlah ajarannya.


Mereka yang usahanya berkehendakkan

# - kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami

# - sempurnakan hasil usaha mereka di dunia tanpa kurang.

Tetapi merekalah tidaklah ada bahagiannya

# - di akhirat kelak selain azab neraka.

Dan pada hari itu

# - gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan

# - batallah apa yang mereka telah kerjakan.


Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan

# - orang yang sentiasa menurut (taatkan) Tuhannya dan Kitab Suci Al-Quran.

Kenyataan yang serupa dinyatakan dalam Kitab Nabi Musa.

Sesiapa yang engkar akan Al-Quran

# - dijanjikan neraka sebagai tempatnya.

Janganlah engkau ragu terhadap Al-Quran,

# - kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah

# - perkara yang benar dari Tuhanmu.

Tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.


Tidak ada yang lebih zalim daripada mereka yang

# - mereka2 perkara dusta terhadap Allah!

Orang sedemikian akan mengadap Tuhan bersaksikan

# - malaikat,

# - nabi dan

# - anggota tubuh mereka sendiri yang berkata:

"Inilah orang-orang yang dusta terhadap Tuhan mereka".

Laknat Allah tertimpa kepada mereka yang zalim!

Mereka menghalang dirinya dan orang lain

# - dari jalan ugama Allah dan

# - berusaha menjadikan jalan itu bengkok terpesong,

sedang mereka ingkarkan hari akhirat;


Mereka ini tidak dapat melemahkan kuasa Allah yang menimpakan mereka azab di dunia.

Tiada selain Allah, yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya.

Azab ke atas mereka digandakan kerana mereka

# - bencikan jalan ugama Allah, sehingga mereka tidak lagi tahan

# - mendengarnya dan tidak suka

# - melihat tanda2 kebenarannya.

Mereka merugikan diri sendiri dan

# - hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada2kan.

Tidak syak lagi bahawa merekalah yang paling rugi pada hari akhirat kelak.


Mereka yang beriman dan

# - mengerjakan amal soleh serta

# - tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan

# - dengan khusyuk itulah ahli Syurga dan

# - mereka kekal di dalamnya.


Bandingan dua golongan ini (kafir dengan yang beriman) samalah seperti orang

# - buta-pekak dengan orang yang

# - celik-mendengar;

Kedua2nya tak sama keadaannya.

Tidakkah kamu darinya, mengambil peringatan dan insaf?


NABI NUH:

Allah utuskan Nabi Nuh memberitahu kaumnya bahawa ianya adalah

# - Rasul pemberi amaran kepada kaumnya supaya

# - jangan mereka menyembah selain Allah.

Dia bimbang jika mereka berbuat demikian mereka akan

# - ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan.


Ketua kafir kaumnya berkata bahawa

# - mereka tidak memandang Nuh melainkan

# - sebagai seorang manusia seperti mereka dan

# - mereka tidak nampak golongan yang mengikut Nuh melainkan

# - orang2 miskin hina lagi berfikiran singkat.

Mereka juga tidak memandang kumpulan Nuh

# - mempunyai sebarang kelebihan mengatasi mereka, mereka menganggap

# - kumpulan Nuh sebagai pendusta".


Nabi Nuh berkata bahawa berdasarkan bukti dari Tuhan serta

# - kurnian pangkat Nabi kepadanya di sisi Tuhannya dan

# - oleh kerana kekaburan pandangan kafir

(disebabkan keingkaran mereka yang sebati itu),

adakah kamu kaum kafir, nampak ada gunanya Kami

# - memaksa kamu menerima bukti itu

# - sedang kamu tidak suka kepadanya?


Nuh menjelaskan bahawa ia

# - tidak meminta sebarang upah menyampaikan ugama Allah.

Upahnya hanya dari Allah sahaja.

Nuh juga tidak akan

# - menghalau orang yang beriman bersamanya sapertimana kaum kafir mahukan,

kerana pengikutnya akan

# - menemui Tuhan dan

# - menuntut dan menerima hak masing2 nanti.

Kaum kafir dilihatnya tidak tahu apa yang mereka mesti tahu.

Siapakah yang akan menolongnya dari azab Allah jika dia (Nuh) menghalau mereka?

Maka mengapa kamu, kaum kafir tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?


Nuh menambah bahawa dia

# - tidak pernah berkata di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan

# - tidaklah juga mengetahui perkara yang ghaib dan dia

# - bukanlah malaikat dan dia juga

tidak berkata kepada orang beriman (yang kaum kafir pandang hina itu) bahawa

# - Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka.

Allah lebih mengetahui hati mereka.


Kaum kafir itu membalas bahawa Nuh telah

# - bertikam lidah membantah mereka dan Nuh

# - banyak sangat berhujjah semasa mengemukakan bantahannya.

Oleh itu, mereka sarankan Nuh

# - datangkanlah azab, jika betul ianya benar.


Nabi Nuh menjawab bahawa

# - Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu

# - jika Allah kehendakinya dan jika ianya

# - berlaku kaum kafir tidak akan dapat

# - melemahkan kuasa Allah!

Tambahnya lagi bahawa tak ada guna nasihatnya

# - kepada kaum kafir kalau

# - Allah hendak menyesatkan mereka

berdasarkan kedegilan mereka.

KepadaNya manusia akan kembali.


Mereka terus berdegil, bahkan

menuduh Nabi Nuh sengaja berdusta mengatakan Tuhan

# - mengurniakan pangkat Nabi kepadanya.

Nabi Nuh pula diperintahkan menjawab dengan berkata bahawa

# - kalau ia mereka2 wahyu tersebut maka

# - dialah yang menanggung dosanya.


Diwahyukan Allah kepada Nabi Nuh bahawa

# - kaumnya tidak akan beriman lagi melainkan

# - mereka yang tersedia beriman dengannya.

Jadi Nuh tak perlu berdukacita tentang apa yang mereka lakukan.


Nuh diarahkan membuat bahtera dengan

# - pengawasan,

# - kawalan dan

# - panduan Allah.

Kaum kafir akan ditengelamkan di dengan taufan".


Ketika membuat bahtera itu kaumnya yang melaluinya

# - mengejek Nabi Nuh, yang menjawab bahawa jika

# - mereka memandangnya bodoh membuat bahtera, ia pula

# - memandang mereka bodoh kerana keingkaran mereka.

Mereka akan tahu nantu siapa akan diazab nanti.


Nabi Nuh terus bekerja membuat bahtera

# - sehingga air memancut dari muka bumi

# - menandakan kedatangan taufan.

Allah mewahyukannya

# - membawa ke dalam bahtera itu

# - dua dari setiap sejenis haiwan (jantan-betina) dan

# - ahlinya (kecuali orang yang kufur),

# - juga bawalah orang beriman.

Hanya sedikit yang beriman yang turut bersamanya.

Pengikutnya di suruh naik ke bahtera sambil menyucapkan rangkapan kata:

“Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya.

Sesungguhnya Tuhanku # - Maha Pengampun, lagi # - Maha Mengasihani”.


Mereka naik dan bahtera pun bergerak laju

# - membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang.

Sebelum itu Nabi Nuh memanggil anaknya yang terpisah:

# - "Wahai anakku, naiklah bersama kami dan

# - janganlah engkau tinggal dengan orang yang kafir".


Anaknya enggan dan menjawab bahawa ia
# -

akan berlindung ke gunung yang dapat menyelamatkannya.

Nabi Nuh berkata lagi bahawa pada hari itu

# - tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindunginya dari azab Allah,

# - kecuali orang yang dikasihani olehNya.

Dengan serta-merta ombak pun

# - memisahkan antara keduanya dan

# - anak derhaka itu tenggelam dalam taufan.


Apabila selesai semuanya Allah mengarahkan

# - bumi menelan air yang ada dan

# - langit untuk berhenti hujan.

Air pun surut dan

# - bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi".

Binasalah akhirnya mereka yang zalim.


Nabi Nuh merayu kepada Tuhan menyatakan yang

# - anaknya itu adalah dari keluarganya sendiri dan bahawa

# - janji Allah itu adalah benar, dan Allah adalah

# - sebijak Hakim yang menghukum dengan seadilnya.


Allah pula berfirman bahawa

# - anak Nuh bukan dari keluarganya kerana ia

# - telah terputus hubungan dengannya

# - disebabkan kekufuran anaknya.

Bawaan anaknya bukanlah suatu amal soleh.

Nuh dilarang memohon kepadaNya sesuatu yang Nuh

# - tidak ada pengetahuan mengenainya.

Allah melarang Nuh dari menjadi orang yang jahil.


Nabi Nuh berkata bahawa dia

# - berlindung kepada Allah daripada memohon sesuatu yang ia

# - tidak mempunyai pengetahuan dan jika

# - Allah tidak mengampunkan dosanya dan

# - memberi rahmat kepadanya nescaya

# - menjadilah ia dari orang yang rugi.


Allah mengarah Nuh turun dari bahtera dengan selamat dan berkat dariNya.

Allah juga manyatakan bahawa akan ada

# - diantara umat keturunan mereka yang selamat itu

# - diberi kesenangan kehidupan dunia tetapi

# - kemudiannya mereka akan diazab.


Kisah Nabi Nuh adalah perkara ghaib yang tidak diketahui sebelum ini.

Oleh itu hendaklah kamu bersabar.

# - Kejayaan di dunia dan

# - kebahagiaan di akhirat adalah bagi orang yang bertaqwa.


NABI HUD:

Allah utuskan Nabi Hud kepada kaun Aad.

Nabi Hud menyuruh kaumnya

# - menyembah Allah,

# - tiada Tuhan selain dariNya.

Kaumnya ketika itu hanyalah orang yang

# - mengada2kan perkara yang dusta terhadap Allah.


Kata Nabi Hud: “Wahai kaumku!

# - Aku tak meminta upah bagi ajaran yang aku sampaikan ini.

# - Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku.

Mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal untuk mengetahui kebenaran?

Mintalah ampun kepada Tuhan dan

# - taat kepadaNya supaya Ia

# - menghantarkan hujan serta

# - menambahkan kamu kekuatanmu.

Janganlah kamu membelakangkan seruanku # - dengan terus melakukan dosa!”


Mereka menjawab: "Wahai Hud! Engkau tidak

# - membawa kepada kami sebarang keterangan yang

# - membuktikan kebenaranmu.

Kami tak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami.

Kami tidak percayamu.

Kami berkata bahawa tuhan-tuhan kami

# - telah mengenakanmu penyakit gila

# - disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami".

Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya

# - Allah menjadi saksi tentang kebenaranku dan

# - kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu.

Kamu menyembah yang lain dari Allah.

# - Rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku,

# - kemudian jalankannya,

# - janganlah kamu beri tempoh kepadaku

# - mempertahankan diri.

Aku berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu!

Allah menguasai semua makhluk di bumi.

Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus”.


Tambah Hud lagi bahawa jika mereka tak ikut seruannya

# - tak ada menjadi masaalah padanya kerana

# - dia telah menyampaikan apa yang telah diutus oleh Allah

# - untuk disampaikannya.

Ketahuilah Tuhan akan menggantikan kamu

# - dengan suatu kaum yang lain

# - setelah kamu dibinasakan nanti dan

# - kamu tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun.


Apabila datang azab Allah,

# - Allah selamatkan Nabi Hud beserta pengikutnya yang beriman.

Kaum Aad telah mengingkari ayat keterangan Tuhan mereka,

# - serta menderhakan rasulnya.

Mereka hanya menurut perintah ketua mereka yang bermaharajalela

# - lagi degil dalam keingkarannya. Mereka ditimpa

# - laknat tidak putus2 di dunia ini dan

# - pada hari kiamat nanti.

Kerana mereka kufur mereka telah dibinasakan.


NABI SOLEH:

Kepada kaum Thamud pula Allah utuskan Nabi Soleh yang berkata:

# - "Wahai kaumku! Sembahlah Allah tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.

Dia menjadikan kamu

# - dari bahan bumi, serta

# - menghendaki kamu memakmurkannya.

Mintalah ampunlah kepada Allah dari

# - perbuatan syirik,

# - kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.

Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat,

# - lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".


Mereka menjawab: "Wahai Soleh, sesungguhnya

# - engkau sebelum ini adalah orang yang diharap

# - menjadi memimpin kami.

Patutkah engkau melarang kami daripada

# - menyembah sembahan sejak datuk nenek kami?

Kami ragu yang runsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya".


Nabi Soleh menjawab: "Bagaimana jika aku berada

# - dalam kebenaran berdasarkan bukti mukjzat dari Tuhanku, dan

# - Ia kurniakan rahmat pangkat Nabi kepadaku.

Maka siapakah yang akan menolongku dari azab Allah

# - kalau aku menderhaka kepadaNya?

Dan ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu

# - sebagai mukjizat membuktikan kebenaranku.

Oleh itu, biarkanlah dia

# - mencari makan di bumi Allah dan

# - janganlah kamu menyakitinya,

# - bagi mengelak kamu ditimpa azab".

Kaumnya menyembelih unta tersebut.

Nabi Soleh berkata kepada mereka supaya bersenang2lah mereka

# - selama tiga hari.

Selepas itu Allah datangkan azab dan

# - diselamatkan Nabi Soleh beserta umatnya yang beriman.

Mereka dibinasakan oleh suara yang

# - menggempakan bumi dan

# - jadilah mereka mayat2 yang tersungkur.

Mereka punah saperti tidak pernah mereka tinggal hidup di situ (kesan kesudahannya).

Kebinasaanlah bagi kaum Thamud.


NABI IBRAHIM:

Pula datang malaikat utusan Allah kepada Nabi Ibrahim

# - membawa berita yang mengembirakan.

Mereka memberi salam kepada Nabi Ibrahim dan dijawabnya salam tersebut.

Dan Ibrahim membawa jamuan seekor anak lembu dipanggang

# - yang tidak dijamah oleh mereka.

Ibrahim merasa pelik dan cemas dan

# - ketika melihat keadaan itu malaikat tersebut berkata:

# - "Janganlah engkau takut,

# - sebenarnya kami diutus membinasakan kaum Lut".


Isterinya Sarah, ketawa apabila hilang perasaan takutnya.

Ibrahim diberitahu oleh malaikat yang ia akan mendapat

# - seorang anak, Ishak dan

# - sesudah itu akan mendapat seorang cucu, Yaakub.


Sarah berkata: "Sungguh ajaib padahal aku dan suamiku dah tua. Ini menghairankan".

Malaikat menjawab bahawa Sarah tak patut hairan dengan ketetapan Allah.

Juga Rahmat Allah dan berkatNya melimpah2 kepada ahli rumah Ibrahim ini.


Nabi Ibrahim kemudian mulailah

# - membantah tentang azab yang akan menimpa kaum saudaranya, Nabi Lut.

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah penyabar,

# - lembut hati bertimbang rasa lagi suka

# - kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.


Malaikat membalas bahawa Ibrahim tak perlu menghiraukan perkara tersebut.

Perkara itu adalah perintah Allah

# - menghukum mereka dan azab tersebut

# - tidak akan dapat ditolak oleh bantahan atau doa permohonan.


NABI LUT:

Apabila utusan Kami menemui Nabi Lut,

# - Lut merasa dukacita dan merasa

# - tidak terdaya untuk mengawal tetamunya itu

# - dari gangguan kaumnya, sambil ia berkata:

"Ini adalah hari yang amat mencemaskan".


Kaumnya pun datang meluru kepadanya

# - bertujuan mengganggu tetamunya.

Nabi Lut berkata bahawa beliau ada

# - anak2 perempuan yang mereka boleh kahwin dengannya.

Takutlah kamu kepada Allah dan

# - janganlah kamu memberi malu kepadaku.

Tidakkah ada di antara kamu lelaki yang bijak dapat memberi nasihat?"


Mereka menjawab: "Sesungguhnya

# - engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat

# - kepada anak perempuanmu dan

# - sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."


Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku

# - ada kekuatan menentang kamu atau

# - aku dapat bertahan dengan penyokong2ku,

tentulah aku akan membinasakan kamu".


Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata:

# - "Wahai Lut! kami adalah malaikat utusan Tuhanmu.

Kaum engkau yang jahat itu

# - tidak sesekali akan dapat melakukan sebarang bencana.

Pergilah berundur dari sini

# - bersama keluargamu pada tengah malam ini, dan

# - janganlah kamu menoleh ke belakang.

(kecuali isterimu yang akan tinggal untuk diazab

# - kerana memihak kepada mereka).

Azab akan ditimpakan di waktu subuh, # - dah dekat pun masanya”.


Allah kemudian jadikan negeri kaum Lut itu

# - diterbalik tertimbus dan

# - dihujaninya dengan batu2 tanah yang dibakar,

# - menimpa mereka bertalu2.

Batu2 itu ditandakan untuk membinasakan mereka.



NABI SHUAIB:

Bagi penduduk "Madyan" pula Allah

# - utuskan Nabi Syuaib (mertua Nabi Musa) yang berkata:

"Wahai kaumku!

# - Sembahlah kamu akan Allah!

# - Tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan

# - janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan.

Aku melihat kamu berada dalam kemewahan dan

# - aku bimbang kamu akan ditimpa azab.

Dan wahai kaumku!

# - Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan

# - janganlah kamu kurangkan manusia akan benda yang menjadi haknya, dan

# - janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.

Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik daripada yang

# - kamu ambil secara haram itu jika betul kamu orang beriman.

Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu".


Mereka berkata: "Wahai Syuaib!

# - Adakah sembahyangmu menyuruhmu perintahkan kami

# - meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau

# - supaya kami jangan lakukannya apa kesukaan kami

# - dalam menguruskan harta kami?

Engkau Syuaib adalah seorang penyabar lagi bijak, maka

# - bagaimana pula engkau menyuruh kami

# - melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami?"


Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu,

# - jika aku ini berdasarkan bukti dari Tuhanku yang

# - mengurniakan pangkat nabi kepadaku dariNya,

# - patutkah aku berdiam diri dari

# - melarang kamu berbuat perkara salah yang kamu lakukan?

Wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku

# - menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana

# - yang telah menimpa # - kaum Nabi Nuh, atau

# - kaum Nabi Hud, atau # - kaum Nabi Soleh.

Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu dan # - kembalilah taat kepadaNya”.


Mereka berkata: "Kami tidak mengerti apa yang engkau katakan itu dan

# - kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan

# - kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah

# - kami telah melemparmu dengan batu hingga mati.

Engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia!"


Nabi Syuaib berkata: "Mengapa kamu bersikap demikian?

Patutkah kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia dari pada Allah.

Dan kamu jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan dilupakan?

Wahai kaumku,

# - buatlah seupaya kamu menentang ugama yang aku sampaikan itu,

# - Aku pula tetap berusaha mengembangkannya.

Kamu tahu siapakah yang berdusta dan akan diazab. Sama2lah kita menunggu".


Dan ketika datang azab Allah,

# - Allah selamatkan Nabi Syuaib beserta mereka yang beriman dan

# - mereka yang zalim itu dibinasakan oleh suara yang menggempakan bumi,

# - menjadilah mereka mayat2 yang tersungkur.

Mereka punah-ranah seolah tidak pernah tinggal di situ.

Binasalah akhirnya penduduk Madyan.



Nabi Musa:

Kami pula mengutuskan Nabi Musa dengan

# - ayat keterangan Kami dan

# - mukjizatnya kepada Firaun dan kaumnya.

Pemerintah Firaun bukanlah pemerentah yang betul.

Pada hari kiamat nanti Firaun akan

# - mengetuai kaumnya masuk ke neraka,

# - terburuk tempat dimasuki.

Mereka dilaknat tidak putus2 di dunia dan juga pada hari kiamat.

Laknat adalah seburuk2 pemberian.

___________________________________


Demikianlah sebahagian berita penduduk negeri yang telah dibinasakan.

# - Ada yang masih wujud sisanya dan dapat disaksikan, dan

# - ada pula yang telah hancur lebur dan hilang lenyap.


Kami tidak menganiaya mereka tetapi

# - merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Berhala2 yang mereka sembah

# - tidak dapat menolong mereka sedikitpun

# - pada masa datangnya azab Tuhanmu.

Ianya hanya menambahkan kerugian mereka.

Azab yang menimpa itu tidaklah terperi sakitnya,

# - lagi amat keras serangannya.


Kejadian sedemikian harus menjadi

# - iktibar bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu

# - hari dihimpunkan manusia dan

# - hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.

Tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu

# - melainkan untuk suatu tempoh yang tertentu.


Semasa datangnya hari kiamat itu,

# - tiadalah seorangpun dapat berkata2 membela dirinya atau

# - memohon pertolongan tanpa dengan izin Allah. Di antara mereka

# - ada yang celaka dan

# - ada pula yang berbahagia.


Yang celaka itu disebabkan

# - keingkaran dan

# - maksiat mereka dan di dalam nerakalah ditempatkan mereka,

# - mendengar hanyalah suara

# - memekik2 dan

# - mendayu2 seperti suara keldai.

Mereka kekal di dalamnya # - kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu.


Mereka yang berbahagia, disebabkan

# - iman dan

# - taatnya pula ditempatkan di dalam Syurga,

# - kekal di dalamnya # - kecuali jika dikehendaki Tuhanmu.

Pemberian nikmatNya tidak putus2.


Maka janganlah engkau ragu2 tentang

# - sia2nya apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu.

Mereka tidak menyembah melainkan

# - sembahan datuk nenek mereka yang juga musyrik dahulu kala.


Janganlah engkau bimbang keingkaran kaummu kerana Kami dahulu

# - ketika memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, beliau juga

# - ditentang oleh kaumnya.

Kalau tidaklah kerana ketetapan Kami menangguhkan hukuman

(hingga ke suatu masa yang tertentu),

# - sudah tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta ke atas mereka.


Dan sesungguhnya setiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka.

Oleh itu, sentiasalah engkau tetap teguh di jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan,

dan hendaklah orang yang merujuk kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian.

Janganlah kamu melampaui batas hukum Allah.

Allah Melihat apa yang kamu kerjakan.


Janganlah kamu cenderung kepada mereka yang zalim

# - kerana api neraka akan membakar kamu,

# - sedangkan ketika itu kamu tidak ada penolong selain Allah

(Allah pula tak menolong kamu kerana cenderongan kamu itu).


Dirikanlah sembahyang,

# - pada dua bahagian siang, dan

# - pada waktu2 berhampiran dengannya dari waktu malam.

Amal kebajikan, terutamanya sembahyang itu menghapuskan kejahatan.


Bersabarlah dalam mengerjakan suruhan Allah,

# - kerana Allah tidak akan menghilangkan pahala mereka yang berbuat kebaikan.


Sepatutnya ada di antara umat yang dibinasakan terdahulu itu,

# - mereka yang berakal yang melarang kaumnya dari

# - perbuatan jahat di muka bumi. Tetapi sayang!

Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu

# - mereka yang Allah telah selamatkan.

Mereka yang tidak melarang hanya

# - menitik beratkan kemewahan dan

# - menjadilah mereka orang yang berdosa.


Tuhanmu tidak sesekali mahu membinasakan mana2 negeri

# - dengan sebab kezaliman penduduknya,

# - selagi ada mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.


Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki,
# -

tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu.

Tetapi Ia tidak berbuat demikian dan

# - kerana itulah manusia terus menerus berselisihan.


Tetapi mereka yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu,

# - bersatu dalam ugama Allah.

Akan tetapi manusia tetap berselisih.

Dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhan yang berfirman:

"Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan

# - sekalian jin dan manusia yang berdosa".


Setiap berita Rasul-rasul yang di ceritakan kepadamu adalah

# - untuk menguatkan hatimu dengannya.

Dan telah datang kepadamu dalam berita ini

# - kebenaran dan

# - pengajaran serta

# - peringatan bagi orang yang beriman.


Katakanlah kepada mereka yang tidak beriman:

# - "Buatlah perbuatan ingkar yang kamu sanggup melakukannya itu.

# - Kami juga tetap memberi nasihat pengajaran yang Tuhan perturunkan kepada kami”.


“Dan tunggulah akibat buruk yang akan menimpa kamu!

Kami juga menunggu

# - kemenangan dan

# - kejayaan kami yang dijanjikan oleh Allah kepada kami".


Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan

# - kepadaNyalah dikembalikan segala urusan.

Oleh itu sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya.

Ingatlah, Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.




- TAMAT -



No comments:

Post a Comment