BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
008 SURAH AL ANFAL
(HARTA RAMPASAN)KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/8-al-anfal/
Bacalah rengkasan surahnya di bawah ini.
008 SURAH AL – ANFAL
(Rengkasan Surah)
[1] Hak Allah dan rasulunya menentukan harta rampasan perang
[2] Orang beriman gementar bila nama Allah disebut, bertambah iman bila membaca kitabnya.
[3] Mereka sembahyang dan mendermakan harta mereka.
[4] Mereka beriman dan mendapat keampunan serta limpah kurnia di Syurga.
[5] Harta rampasan perang diagih dengan adil. Perang juga adil tap ada yang tak sukanya.
[6] Mereka membantah berjihad seolah2 mereka dihalau kepada kematian.
[7] Allah hendak menetapkan kebenaran ugama Islam & membinasakan kaum kafir.
[8] Supaya yang benar tertegak dan yang kufur syirik dihapuskan.
[9] Allah perkenankan doa kamu dengan bantuan seribu malaikat.
[10] Bantuan malaikat itu sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenteram.
[11] Kamu mengantuk supaya merasa aman dari kecemasan.
[12] Bila malaikat menolong, hati kamu tetap dan orang kafir merasa gerun.
[13] Ini adalah kerana mereka yang kafir menentang Allah dan RasulNya.
[14] Itulah azab dunia mereka. Di akhirat pula mereka menerima azab neraka.
[15] Apabila orang kafir menyerang, janganlah kamu undur tapi tentanglah mereka.
[16] Yang berundur kecuali muslihat, ianya dimurkaii Allah dan tempat kembalinya ialah neraka.
[17] Bukan kamu tapi Allah yang membunuh mereka. Bukan kamu tapi Allah yang binasakan mereka.
[18] Itu cara nikmat kurniaanNya untuk kamu. Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang kafir.
[19] Kemenangan dipohon orang musyrik itu dah datang jika mereka berhenti memusuhi Islam.
[20] Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling mendengar Al-Quran.
[21] Janganlah berkata: “Kami dengar”, padahal tidak mahu menerima dan mematuhinya.
[22] Sejahat makhluk ialah orang yang pekak lagi bisu, tak menggunaan akal fikiran.
[23] Kalaulah Allah tahu mereka ada kebaikan, tentulah mereka mahu mendengar & menerimanya.
[24] Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya supaya kamu akan hidup sempurna.
[25] Jagalah diri dari berdosa dimana bencananya meliputi semua makluk.
[26] Ketika kamu sedikit dan tertindas Kami kuatkan kamu dana kurniakan kamu rezeki.
[27] Janganlah khianati amanah Allah dan RasulNya dan juga amanah kamu sendiri.
[28] Harta benda dan anak pinak kamu itu adalah ujian bagi kamu.
[29] Jika kamu bertaqwa kepada Allah, kamu akan dapat petunjuk dosa kamu diampun.
[30] Tipu daya musyrik menahan, membunuh atau mengusirmu kamu digagalkan oleh Allah.
[31] Mereka berkata Al-Quran tidaklah lain hanya cerita dongeng orang dahulu kala.
[32] Kata musyrik “Jika Al-Quran benar, hujanilah kami dengan batu langit atau azabkan kami”.
[33] Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan kamu ada di antara mereka.
[34] Mereka berhak diseksa kerana menyekat orang Islam dari masjid Al-Haraam.
[35] Mereka tidak sembahyang di sisi Baitullah, hanya bersiul dan bertepuk tangan.
[36] Mereka belanjakan harta menghalangi manusia dari jalan Allah. Nerakalah tempat merela.
[37] Golongan engkar besatu padu untuk dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam.
[38] Orang kafir jika bertaubat akan diampuinkan dosa mereka. Jika kufur mereka akan diseksa.
[39] Perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah dan ugama bebas hanya bagi Allah.
[40] Jika mereka enggan beriman dan menceroboh maka Allah akan terus menjayakan kamu..
[41] Satu perlima rampasan perang adalah untuk Allah, RasulNya, anak yatim & orang miskin.
[42] Di dalam peperagan itu Allah memenangkan Islam dan binasakan musyrik.
[43] Kamu mimpi terdapat sedikit musuh supaya hatimu tenteram dan tidak gerun.
[44] Juga kerana Allah hendak memenangkan Islam.
[45] Apabila bertembung musuh hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya & ingatlah Allah.
[46] Taatlah Allah & Rasul & janganlah berbantah2 lemah semangat & hilang kekuatan.
[47] Janganlah berlagak sombong dan menunjuk2 kekuatan kamu mahukan kepujian.
[48] Apabila tentera Islam dan kafir bertembung syaitan pun lari kerana takutkan Allah.
[49] Sesiapa yang bertawakal kepada Allah akan ditolong Allah mengalahkan musuhnya.
[50] Malaikat memukul orang kafir ketika mengambil nyawanya dan berkata: “Rasalah azabnya”.
[51] Azab seksa disebabkan apa yang kamu lakukan oleh tangan kamu sendiri.
[52] Orang kafir itu seperti Firaun yang kufur ingkar, lalu Allah menyeksa mereka.
[53] Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.
[54] Keadaan mereka seperti Firaun yang mendustakan Tuhan, lalu dibinasakan mereka.
[55] Sejahat makhluk ialah orang kafir kekuf dan mereka tidak mahu beriman.
[56] Iaitu mereka yang mencabul perjanjian.
[57] Jika engkau menemui mereka dalam peperangan hapuskan mereka.
[58] Jika diketahui mereka khianat campakkanlah perjanjian kamu dengan terus terang dan adil.
[59] Orang kafir jangan menyangka mereka terlepas dari kekuasaan dan balasan Kami.
[60] Bersedialah menentang musuh dengan segala jenis kekuatanmu supaya mereka gerun.
[61] Jika musuh ingin berdamai, maka turutilah mereka serta bertawakalah.
[62] Tapi jika mereka bertujuan menipumu, maka cukuplah Allah menjaga dan melindungimu.
[63] Allahlah yang menyatukan hati orang beriman. Harta benda tak dapat berbuat demikian.
[64] Cukuplah Allah Penolongmu dan pengikutmu dari orang yang beriman itu.
[65] Galakkanlah orang beriman berperang. Mereka dapat mengalahkan berganda musuh kamu.
[66] 100 orang yang sabar dapat menewaskan 200 orang musuh (1,000 mengalahkan 2,000).
[67] Kamu mahukan harta dunia (tidak kekal) sedangkan Allah memberi kamu pahala akhirat.
[68] Oleh adanya ketetapan terdahulu mereka yang mengambil penebus tawanan dimaafkan.
[69] Makanlah yang terdapat di
[70] Beritahu tawanan kamu yang keampunan Allah lebih baik dari harta penebus diri.
[71] Tawanan kamu dah pun kianat Allah kerana kekufuran mereka lalu Allah kalahkan mereka.
[72] Orang yang berhijrah dan Ansar yang membela satu sama lain.
[73] Orang kafir juga membela antara mereka. Kamu elak fitnah dan kerosakan secara demikian.
[74] Orang yang berhijrah dan Ansar yang menolong adalah orang yang sebenarnya beriman.
[75] Dan yang berhijrah dan berjihad bersama kamu adalah dari golongan kamu.
TAMAT
No comments:
Post a Comment