Wednesday, 9 September 2009

009 SURAH AT TAUBAH

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani






009. SURAH AT - TAUBAH






Rengkasan terjemahan surah di bawah ini:










































Lagi rengkasan surah At Taubah di bawah ini:







009 SURAH AT-TAUBAH

RENGKASAN 129 AYATNYA

Perang dan Perkaitannya:

9001 # Pembatalan perjanjian dengan Musyrik Mekah.

9002 # Kaum musyrik bebas selama 4 bulan.

9003 # Selepas itu Perjanjian dengan orang musyrik dibatal dan terhapus.

9004 # Kecuali perjanjian setia sedia ada teruskan sampai tamat tempohnya.

9005 # Habislah tempuhnya bunuh, tawan dan kepong mereka. Kecuali mereka bertaubat.

9006 # Bantulah mereka belajar Islam jika mereka minta perlindungan dan pertolongan.

9007 # Mereka suka cabul perjanjian. Jika mereka lurus kamu pun naklah lurus.

9008 # Mereka senang bercakap sedang hati mereka menolak apa yang dikata.

9008 # Mereka tak akan berbaik dengan kamu jika mereka kuat boleh tewaskan kamu.

9013 # Perang mereka yang hendak dan pernah mengusir Rasulallah

9014 # Perangi mereka. Allah menyeksa mereka melalui tangan kamu.

9015 # Ianya juga akan menghapuskan kemarahan hati beriman.

9016 # Yang berjihad janganlah memberi rahsia kepada teman kecuali terpaksa.

9024 # Allah menangkan kamu orang Islam, dalam banyak perang terdahulu.

9024 # Tetapi Di Hunain, kamu megah sebab ramai tapi kamulah yang melarikan diri.

9026 # Sehingga Allah turunkan semangat tenang dan terseksalah orang kafir.

9027 # Allah juga menerima taubat mereka dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam.

9029 # Perangilah orang kafir hingga mereka bayar "Jizyah" dan taat tunduk.

9038 # Mengapa bila diarah berperang kamu merasa keberatan?

9038 # Adakah kehidupan dunia lebih baik berbanding di akhirat?

9039 # Jika kamu tidak berperang Allah akan seksa kamu dan menggantikan kaum kamu.

9040 # Allah telahpun menolong Nabi ketika kaum kafir mengusirnya dari Makkah.

9040 # Ketika di gua ia berkata: "Janganlah berdukacita, Allah ada bersama kita".

9041 # Berperang pada jalan Allah dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu.

9042 # Kalau berfaedah dan dekat munafik akan ikut. Mereka hanya berdusta.

9043 # Allah memaafkanmu kerana mengizinkan mereka tidak turut berperang.

9044 # Orang beriman tidak menolak untuk tidak turut berjihad (harta-jiwa).

9045 # Yang minta izin tak berperang hanya yang tidak beriman dan yang ragu.

9046 # Jika mahu turut tentulah mereka bersiap sedia. Mereka dilemahkan dek syaitan,

9047 # Jika ikut pun mereka akan menyusahkan kamu (merupa hasutan, fitnah).

9048 # Dah lama mereka lakukan fitnah mereka merancang berbagai tipu daya.

9049 # Munafik minta izin tidak pergi takutkan fitnah. Dalihan mereka itu juga fitnah.

9050 # Jika kamu beroleh kebaikan mereka sakit hati (Bencana mereka seronok).

9051 # Katakanlah: "Segalanya adalah ketetapan Allah dan kami tawakal padaNya ".

9052 # Katakanlah: "Kamu tunggu kami menang atau mati syahid. Kamu diazab.

9053 # Katakanlah: "Dermakanlah harta kamu tidak diterima kerana kamu fasik".

9054 # Tidak diterima derma mereka kerana mereka kufur dan membenci.

9055 # Janganlah kamu tertarik pada harta benda dan anak2 mereka. Mereka diazab.

9073 # Berjihadlah menentang kafir dan munafik. Bertindak keraslah terhadap mereka.

9081 # Munafik suka tak pergi perang & hasut orang lain jangan pergi.musim panas ini.

9081 # Katakanlah: "Api neraka lebih panas membakar".

9082 # Mereka ketawa sedikit di dunia tapi menangis banyak di akhirat kelak.

9083 # Katakanlah: "Kamu tidak akan keluar berperang bersamaku lagi selama2nya.

9086 # Bila turun surah menyuruh beriman/berjihad mereka minta kecualikan berperang.

9087 # Mereka suka tinggal bersama orang yang uzur. Hati mereka dah dimeterikan.

9090` # Orang "A'raab" juga memohon supaya mereka diizinkan tidak turut berperang.

9091 # Yang lemah, sakit dan tanpa belanja, tidak berdosa jika tak turut berperang.

9092 # Juga tak berdosa orang yang tiada kenderaan untuk pergi berperang.

9093 # Yang bersalah dan diseksa adalah orang yang kaya dan mampu.

9094 # Jangan percaya kepada mereka lagi. Mereka akan dapat balasan Allah.

9095 # Jangan hiraukan mereka lagi. Mereka itu kotor dan bakal ke neraka.

9096 # Mereka bersumpah supaya kamu reda akan mereka. Tapi Allah tak redo.kaum fasik.

9106 # Keputusan pehak lain yang tak pergi berperang akan ditentukan olah Allah.

9123 # Perangilah orang kafir musyrik. Biarlah mereka rasai sikap hati kamu.



Gulungan yang Taat:

9018 # Layak makmurkan masjid Allah ialah orang beriman, sembahyang, zakat dan taqwa.

9020 # Beriman, berhijrah dan berjihad lebih baik dari memberi minuman orang Haji.

9021 # Mereka dapat rahmat Tuhan dan beroleh Syurga yang kekal.

9022 # Mereka kekal di Syurga. Allah menyediakan di sisiNya pahala yang besar.

9071 # Orang beriman buat baik dan larang kejahatan, sembahyang, zakat & taat.

9072 # Allah menjanjikan orang beriman itu akan kekal di Syurga.

9088 # Orang beriman berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Mereka berjaya,

9089 # Allah sediakan untuk mereka Syurga dan mereka kekal di dalamnya.

9099 # Orang A'raab yang beriman memandang dermakan sebagai amal bakti.

9100 # Muhajirin dan Ansar di redoi Allah juga disediakan syurga yang kekal.

9109 # Ada membangunkan masjid atas dasar taqwa dan mencari keredaan Allah.

9111 # Allah memberi balasan Syurga pada yang beriman.

9111 # Taurat dan Injil serta Al-Quran menyatakan demiukian.

9112 # Mereka bertaubat, beribadat, memuji Allah, menuntut ilmu bangunkan Islam

9112 # Mereka rukuk, sujud, menyuruh buat baik, melarang kejahatan, jaga batas larangan.

9128 # Telah datang kepada kamu Rasul dari golongan kamu (Muhammad s.a.w).



Gulungan yang Kufur:

9009 # Mereka menukarkan ayat Allah. Mereka halang berugama Islam.

9010 # Mereka tidak menghormati pertalian kerabat, perjanjian dan suka ceroboh.

9011 # Jika mereka bertubat, sembahyang, zakat mereka jadi saudara seugama.

9012 # Perangi mereka jika mereka cabuli perjanjian dan cela ugama kamu.

9017 # Orang kafir tak memakmurkan masjid. Amalan mereka rosak *neraka).

9037 # Perbuatan mengundurkan bulan2 menambah kekufuran mereka (sesat).

9037 # Mereka halalkan pada satu tahun dan haramkan pada tahung lain.

9037 # Mereka halalkan apa yang diharamkan Allah. (dihias indah oleh Syaitan).

9056 # Munafik bersumpah mereka golongan kamu padahal mereka adalah pengecut.

9057 # Kalau mereka dapat tempat perlindungan mereka segera memasukinya.

9058 # Mereka pertikaikan cara pembahagian sedekah (zakat).

9059 # Lebih baik jika mereka ikut saja: "Cukuplah Allah bagi kami dari limpah kurniaNya".

9061 # Munafik kata: "Nabi dengar dan percaya yang didengarnya".

9061 # Katakanlah: "Dia mendengar dan percaya yang baik.

9062 # Mereka bersumpah minta keredoanmu. Sepatutnya dapatkan keredoan Allah.

9063 # Tak tahukah mereka penentang Allah akan masuk dan kekal di neraka.

9064 # Munafik takut diturunkan surah mengenai pendedahan hati mereka.

9065 # Bila ditanya mereka berkata hanya bergurau. (perolok dan mengejek Allah?)

9066 # Jangan berdalih kerana kamu adalah kufur. Dimaafkan jika kamu bertaubat.

9067 # Munafik menyuruh perbuatan jahat, melarang buat baik. Mereka pula bakhil.

9068 # Allah menjanjikan orang munafik dan kafir akan kekal di neraka Jahannam.

9069 # Munafik samalah dengan orang terdahu yang telah dibinasakan.

9070 # Mereka tahu cerita kaum yang dimusnahkan dahulu kerena dustakan Allah/rasul..

9074 # Mereka bersumpah buat baik tapi mereka kufur dan nak bunuh nabi.

9075 # Mereka berjanji bersedekah dan soleh jika Allah beri limpah kurniaNya

9076 # Bila dah dapat mereka bakhil serta membelakangkan janjinya.

9077 # Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik di hati mereka.

9078 # Tidakkah mereka tahu Allah mengetahui apa yang dirahsiakan dan dibisikkan?

9079 # Munafik mencela yang memberi sedekah juga yang tak berupaya memberinya.

9080 # Tak guna minta ampun untuk mereka kerana Allah tak akan ampunkan.

9084 # Jika munafik mati jangan kamu sembahyangkan selama2nya.

9085 # Janganlah tertarik kepada harta & anak mereka. Itu seksa Allah pada mereka.

9097 # Orang A'raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya.

9098 # Orang A'raab yang munafik memandang belanjakan pada jalan Allah itu berat.

9101 # A'raab munafik dan munafir Madinah akan diazab berulang-ulang.

9102 # Ada yang mengakui dosa mereka tapi mencampur amal baik dengan buruk.

9107 # Ada munafik membina masjid bertujuan tak baik

9108 # Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama2nya (Qubaa' dah ada).

9110 # Penyakit syak dan keluh-kesah dalam hati mereka menghancurkan mesjid itu.

9124 # Munafik mengejek siapa yang bertambah iman dengan surah yang baru turun.

9124 # Orang beriman bergumbira dengannya dan ianya menambahkan iman mereka.

9125 # Bagi yang kufur surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufurnya.

9126 # Mereka degil dan tidak tahu mereka sentuasa diduga setiap tahun.

9127 # Bila surah mendedahkan keburukan mereka mereka meninggalkan majlis Nabi.

9127 # Allah memalingkan hati mereka kerana mereka tak mahu mengerti.



Ahlil Kitab:

9030 # Yahudi kata Uzair ialah anak Allah. Nasrani kata Al-Masih anak Allah.

9031 # Mereka hanya diperintah menyembah Tuhan yang Esa.

9032 # Mereka cuba padamkan cahaya Islam.

9034 # Pendita Yahudi dan Nasrani banyak memakan harta umum dengan cara yang salah.



Panduan dan Nasihat:

9019 # Memberi minum orang Haji bukan perbuatan memakmurkan Masjid Al-Haraam.

9023 # Jangan damping bapa/saudara yang kufur. Zalim nerbuat demikian.

9024 # Jika keluarga dan harta benda lebih kamu cinta daripada Allah, Rasul dan jihad,

9024 # Maka tunggulah azab seksaNya.

9028 # Orang kafir itu najis. Jangan benar mereka hampiri Masjid Al-Haraam.

9033 # Allahlah yang mengutus Muhammad membawa petunjuk dan ugama Islam.

9035 # Di neraka emas perak dan harta dibakar dan diselar pada badan mereka.

9036 # Terdapat 12 bulan diciptakan Allah. Janganlah langgar laranganNya.

9060 # Zakat untuk fakir miskin, amilnya, muallaf, hamba, seberhutang, musafir.

9103 # Ambilah sebahagian harta mereka menjadi zakat membersihkan mereka.

9104 # Tidakkah mereka tahu Allah menerima taubat hambaNya. Juga zakatnya.

9105 # Suruhlah mereka beramal menurut yang perintahkan.

9113 # Nabi dan orang beriman tidak dibenarkan meminta ampun bagi orang musyrik.

9114 # Istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya dibuat kerana adanya janjinya.

9115 # Allah tidak menjadikan sesuatu kaum itu sesat sebelum diberi panduanNya.

9116 # Allah menguasai langit dan bumi, menghidupkan dan mematikan.

9117 # Allah telah menerima taubat Nabi dan orang Muhajirin dan Ansar

9118 # Allah menerima pula taubat tiga orang yang taubat mereka ditangguhkan.

9119 # Bertaqwalah kepada Allah dan beradalah bersama orang yang benar.

9120 # Tidaklah patut penduduk Madinah dan orang di sekeliling tidak berperang.

9120 # Tidaklah patut mereka hanya mengasihi diri mereka sendiri.

9120 # Akan ditulis pahala pejuang merasai payah berperang dan menderita.

9121 # Juga dituliskan pahala mereka membelanjakan untuk berperang.

9121 # Allah membalas dengan balasan lebih baik dari yang mereka telah kerjakan.

9122 # Jangan semua pergi berperang. Kena ada tang tinggal belajar ilmu Allah.

9129 # Pada yang engkar, katakan: "cukuplah bagiku Allah menolong dan memeliharaku”.

9129 # “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia”.

9129 # “KepadaNya aku berserah. Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar”.



Rengkasan berbentuk jadual di bawah ini (3 jadual):


No comments:

Post a Comment