Wednesday, 11 November 2009

90. Al-Balad

NEGERI

090. SURAH AL- BALAD












090. SURAH AL- BALAD













BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

090. SURAH AL- BALAD

(Negeri)


1. Aku bersumpah dengan negeri Makkah ini.

2. Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini sentiasa ditindas.

3. Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya.

4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran jasmani dan rohaninya.

5. Patutkah manusia yang demikian keadaannya terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya dan menyeksakannya?

6. Manusia yang demikian keadaannya tidaklah patut ia bermegah dengan kekayaannya dan berkata: “Aku telah habiskan harta benda yang banyak dalam usaha menegakkan nama dan bangsa.

7. Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?

8. Mengapa manusia terpedaya dan bermegah2? Tidakkah Kami telah menjadikan baginya dua mata untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?

9. Dan lidah serta dua bibir untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajatnya?

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi?

11. Dalam pada itu manusia tidak memilih jalan kebaikan merempuh masuk mengerjakan amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan.

12. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

13. Di antara amal2 itu bagi orang yang mampu ialah memerdekakan hamba abdi.

14. Atau memberi makan pada hari kelaparan.

15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat.

16. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

17. Selain dari tidak mengerjakan amal2 itu, ia tidak pula menjadi dari orang yang beriman dan berpesan dengan sabar serta berpesan dengan kasih sayang.

18. Ketahuilah! Bahawa orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal2 yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan, merekalah golongan pihak kanan yang akan beroleh Syurga.

19. Dan sebaliknya orang yang kufur ingkar akan ayat2 keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.

20. Mereka ditimpakan azab seksa neraka yang ditutup rapat supaya kuat bakarannya.

90. Al-Balad

Tags: Al-Balad

No comments:

Post a Comment