Saturday, 7 November 2009

072 SURAH AL - JINN

GULUNGAN JIN
Satu kumpulan jin telah mendengar Nabi Muhammad SAW membaca Al Quran dan mengikuti bacaan tersebut dan kemudiannya beriman kepada Al Quran. Peristiwa ini diceritakan oleh mereka kepada kaumnya apabila pulang ke penempatan kampung mereka. Ianya pula diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui 28 ayat surah ini.


072. SURAH AL - JINN
















KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/72-al-jinn/



RENGKASAN SURAH:






























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


072. SURAH AL-JINN

Rengkasan



1. Katakanlah (Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahawa satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang aku bacakan. Lalu mereka menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran sebuah Kitab Suci yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami tidak sesekali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

2. `Ketahuilah wahai kaum kami! Bahawa tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. Dan dengan ajaran Al-Quran nyatalah bahawa ketua dri kalangan kita yang kurang akal pertimbangannya telah mengatakan terhadap Allah kata2 yang melampaui kebenaran.

3. `Dan bahawa nyatalah kesalahan kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali2 akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

4. `Dan bahawa adalah amat salah perbuatan beberapa orang dari manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua2 golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

5. `Dan bahawa tidaklah benar manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali2 mengutuskan sebarang Rasul atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat.

6. `Dan bahawa kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan dengan rejaman api yang menyala. Padahal kami dahulu biasa menduduki tempat perhentian di langit untuk mendengar percakapan penduduknya; maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

7. `Dan bahawa kami tidak mengetahui adakah dengan adanya kawalan langit yang demikian hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?

8. `Dan bahawa memang maklum ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing2 adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

9. `Dan bahawa kita sekarang mengetahui, bahawa kita tidak sekali2 akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah walau di mana sahaja kita berada di bumi dan kita juga tidak sekali2 akan dapat melarikan diri dari balasanNya walau ke langit sekalipun.

10. `Dan bahawa kami ketika mendengar petunjuk Al-Quran, kami beriman kepadanya dengan tidak bertangguh lagi; kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian mengenai amalnya yang baik dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

11. `Dan bahawa dengan datangnya Al-Quran, nyatalah ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang kufur derhaka dengan menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam dengan beriman dan taat, maka merekalah golongan yang bersungguh2 mencari dan menurut jalan yang benar,

12. `Adapun orang2 yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. ‘

13. Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi: “Dan bahawa Kalaulah mereka manusia dan jin itu berjalan betul di atas jalan Islam, sudah tentu Kami akan memberikan mereka sebab2 kemewahan, terutama menurunkan hujan lebat kepada mereka. Pemberian yang demikian untuk Kami menguji dan menzahirkan bawaan dan keadaan mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam. Ingatlah, sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, dengan berlaku ingkar derhaka, maka Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

14. “Dan bahawa masjid2 itu untuk ibadat kepada Allah semata2. Maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama Allah.

15. “Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir2 menindih satu sama lain mengerumuninya”.

16. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata2 dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun. Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

17. Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku, tidak sekali2 akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari azab Allah jika aku menderhaka kepadaNya, dan aku tidak sekali2 akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

18. “Aku diberi kuasa hanya menyampaikan wahyu dari Allah dan perintahNya yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya; dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama2nya”.

19. Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad, sehingga apabila mereka melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah yang lemah dan penolong2nya sedikit jumlah bilangannya.

20. Kalau ditanya bilakah azab itu, katakanlah: “Aku tidak mengetahui sama ada azab yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat atau Tuhan menentukan satu tempoh yang lanjut kedatangannya. Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib.

21. “Melainkan kepada mana2 Rasul yang di redaiNya untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya. Apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat yang menjaga dan mengawasnya sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan.

22. “Tuhan mengadakan malaikat itu supaya dengan jagaan mereka Rasul2 itu berjaya menyampaikan perutusan Tuhan mereka dengan sempurna. Pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung setiap sesuatu satu persatu”.


TAMAT

Tags: Al-Jinn, Mekah




No comments:

Post a Comment