Friday, 6 November 2009

069 SURAH AL - HAQQA

HARI KIAMAT

069. SURAH AL - HAQQA














KLIK SINI UNTUK BACA
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/69-al-haqqa/








RENGKASAN SURAH:




























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



069. SURAH AL - HAQQA

Rengkasan




1. Saat yang tetap berlaku itu. Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? Saat itu ialah hari kiamat.

2. Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari kiamat yang menggempar dan mengharukan itu. Maka masing2 menerima azab dunianya. Adapun Thamud, kaum Nabi Soleh, mereka telah dibinasakan dengan petir yang melampau dahsyatnya.

3. Adapun Aad kaum Nabi Hud, mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang yang melampau kencangnya. Yang diarah menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus. Kalaulah engkau menyaksikannya maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati seolah mereka batang pohon kurma yang tumbang dan lompang.

4. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa2 mereka yang masih hidup?

5. Dan selain dari mereka datanglah Firaun dan orang2 yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri2 yang telah ditunggang balikkan dengan melakukan perkara2 yang salah. Iaitu masing2 menderhaka kepada Rasul yang diutuskan oleh Tuhan, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.

6. Sesungguhnya Kami, ketika air banjir melampaui hadnya serta menenggelamkan gunung-ganang, telah mengangkut serta menyelamatkan nenek moyang kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh yang bergerak laju pelayarannya. Kami lakukan yang demikian untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang2 yang mahu menerima pengajaran.

7. Kemudian ketahuilah bahawa apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup. Dan bumi serta gunung-ganang diangkat dari tempatnya lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur. Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit lalu menjadilah ia pada saat itu reput dan runtuh.

8. Sedang malaikat2 ditempatkan mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat2 yang mengawal itu.

9. Pada hari itu, kamu semua dihadapkan untuk hitungan amal; tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi kepada Allah dari perkara2 kamu yang tersembunyi.

10. Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya: “Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku pada hari yang ditentukan!”

11. Maka dengan itu tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan. Di dalam Syurga yang tinggi darjatnya. Buah2annya dekat untuk dipetik.

12. Masing2 dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan: “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab amal soleh yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu di dunia!”

13. Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata dengan sesalnya: “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku. Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi.

14. “Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun. Kuat kuasaku dan hujjah2ku membela diri, telah binasa dan hilang lenyap dariku”.

15. Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka: “Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia. Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim. Selain dari itu, masukkanlah dia dalam lingkaran rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, dengan membelitkannya ke badannya! Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,

16. “Dan dia juga tidak menggalakkan dirinya dan orang lain memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. “Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini seorangpun dari kaum kerabat serta sahabat handai yang dapat menolongnya. Dan tidak ada makanan baginya melainkan dari air danur. “Yang tidak memakannya melainkan orang2 yang melakukan perkara yang salah”.

17. Maka Aku bersumpah: Demi segala yang nyata yang kamu melihatnya. Dan segala yang ghaib yang kamu tidak melihatnya. Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah wahyu dari Kami yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.

18. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang! amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang! amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.

19. Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

20. Dan kalaulah Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu mengatakan atas nama Kami secara dusta sebarang kata2 rekaan. Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya supaya ia mati dengan serta-merta.

21. Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang tindakan Kami itu daripada menimpanya.

22. Dan sesungguhnya Al-Quran itu tetap menjadi peringatan bagi orang2 yang bertaqwa.

23. Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan Al-Quran, maka Kami akan membalasnya.

24. Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang2 yang kafir semasa mereka menerima balasan.


25. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini dengan seyakin2nya.

26. Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.



TAMAT


Tags: Al-Haqqa, Mekah

Ada

069. SURAH AL - HAQQA

No comments:

Post a Comment