062. SURAH AL - JUMU'AH
KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN DAN DENGAR SURAHNYA:
062. SURAH AL - JUMU'AH
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
062. SURAH AL-JUMU’AH
Rengkasan Surah
1. Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai sekalian alam, Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang2 Arab yang Ummiyyin, seorang Rasul Muhammad, dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat2 Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Juga membersihkan mereka dari iktiqad yang sesat, serta mengajarkan mereka Kitab Allah Al-Quran dan Hikmah pengetahuan yang mendalam mengenai hukum2 syarak. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
3. Dia juga telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada orang2 yang lain dari mereka, yang masih belum datang lagi dan tetap akan datang menghubungi mereka. Ingatlah, Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
4. Pengutusan Nabi Muhammad kepada umat manusia seluruhnya itu yang menjadi rahmat adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
5. Sifat2 Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang2 Yahudi tidak mempercayainya. Bandingan orang2 Yahudi yang dipertanggungjawab mengetahui dan melaksanakan hukum Kitab Taurat dengan kegagalan mereka menyempurnakan tanggungjawab tersebut adalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab2 besar sedang ia tidak mengetahui isi kandungannya. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat2 keterangan Allah. Ingatlah, Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
6. Katakanlah wahai Muhammad: “Wahai orang2 berugama Yahudi, kalau kamu anggap kamulah sahaja orang2 yang dikasihi Allah tidak termasuk umat2 manusia yang lain, maka bercita2lah hendakkan mati dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga, jika betul kamu orang2 yang benar!”. Sudah tentu mereka tidak akan bercita2 hendakkan mati itu selama2nya kerana dosa2 yang mereka telah lakukan. Allah sentiasa mengetahui akan orang2 yang zalim itu.
7. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu tetaplah ia akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan serta membalasnya”.
8. Wahai orang2 yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang jumaat dan tinggalkanlah berjual-beli pada saat itu. Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat sebenarnya.
9. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing2. Carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah. Ingatlah akan Allah banyak2 dalam segala keadaan, supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.
10. Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang2 dagangan yang baharu tiba atau mendengar sesuatu hiburan, mereka bersurai lalu pergi kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri di atas mimbar. berkhutbah. Katakanlah (wahai Muhammad): ”Pahala balasan yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dari hiburan dan barang2 dagangan itu. Allah adalah sebaik2 pemberi rezeki.
TAMAT
Pautan: Al-Jumu'ah, Madinah
No comments:
Post a Comment