Wednesday 11 November 2009

085. SURAH AL - BURUJ


GUGUSAN BINTANG



085. SURAH AL-BURUJ


(GUGUSAN BINTANG)





















KLIK SINI UNTUK BACA DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/85-al-buruj/




RENGKASAN SURAH


a



















b












85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85 85


BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



085. SURAH AL- BURUJ (Gugusan Bintang)


1. Demi langit yang mempunyai tempat2 peredaran bintang2.
2. Dan hari pembalasan yang dijanjikan.
3. Dan makhluk2 yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.
4. Celakalah kaum yang menggali parit.
5. Parit api yang penuh dengan bahan bakaran.
6. Mereka dilaknat ketika mereka duduk di kelilingnya.
7. Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang2 yang beriman.
8. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang2 yang beriman itu melainkan kerana orang2 itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
9. Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan ingatlah, Allah sentiasa menyaksikan setiap sesuatu.
10. Sesungguhnya orang2 yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang2 lelaki yang beriman dan orang2 perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam kerana perbuatan buruk itu, dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar kerana mereka tidak bertaubat.
11. Sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
12. Sesungguhnya azab Tuhanmu terhadap orang2 yang kufur ingkar amatlah berat.
13. Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk pada mulanya, dan yang mengembalikannya hidup semula sesudah mati.
14. Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
15. Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya.
16. Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
17. Sudahkah sampai kepadamu wahai Muhammad, perihal kebinasaan yang telah menimpa kaum2 yang menentang Rasul2 yang diutuskan kepada mereka?
18. Mereka itu ialah kaum Firaun, dan Thamud kaum Nabi Soleh.
19. Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu, bahkan orang2 yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.
20. Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka dengan kekuasaanNya!
21. Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir, bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya.
22. Lagi yang terpelihara dengan sebaiknya pada Lauh Mahfuz.


TAMAT

Dipetik dan diolah dari: 085. SURAH AL-BURUJ

Tags: Al-Buruj, Mekah


Ada . . . .

No comments:

Post a Comment