065. SURAH AT-TALLAQ
KLIK SINI UNTUK BACA DAN DENGAR:
http://www.alquran-melayu.com/65-at-tallaq/
a
b
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
065. SURAH AT-TALLAQ
Rengkasan
1. Apabila Nabi dan umatmu hendak menceraikan isteri kamu, maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya. Hitunglah masa idah itu dengan betul. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah kediamannya sehingga selesai idahnya. Janganlah pula dibenarkan mereka keluar dari situ, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.
2. Itulah aturan hukum Allah maka, janganlah kamu melanggarnya. Sesiapa yang melanggar aturan hukum Allah sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. Patuhilah hukum itu, kerana engkau tidak mengetahui mungkin Allah akan mengadakan sesudah itu, sesuatu perkara yang lain.
3. Kemudian, apabila mereka hampir habis tempoh idahnya, bolehlah kamu rujuk mereka atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Adakanlah dua orang saksi yang adil semasa kamu merujukkan atau melepaskannya. Saksinya pula hendaklah menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata2.
4. Hukum di atas memberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
5. Ingatlah bahawa sesiapa berserah diri bulat2 kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya untuk menolong dan menyelamatkannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.
6. Perempuan2 dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, tempoh idah mereka tiga bulan. Demikian juga idah perempuan2 yang tidak berhaid.
7. Perempuan yang mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Ingatlah, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
8. Peraturan yang demikian adalah hukum Allah. Ingatlah, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan2nya dan akan membesarkan pahala balasannya.
9. Tempatkanlah isteri yang dalam idahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu. Janganlah kamu menyakiti mereka di tempat tinggal itu dengan tujuan hendak menyusahkan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu.
10. Jika mereka sedang mengandung, berikanlah mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Kemudian, jika mereka menyusukan anak untuk kamu, berikanlah kepada mereka upahnya. Berundinglah di antara kamu dalam hal menyusunya dengan cara baik. Sebaliknya jika kamu mengalami kesulitan, bolehlah perempuan lain menyusukannya.
11. Hendaklah kamu memberi nafkah menurut kemampuan kamu. Sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya sekadar yang mampu. Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar kemampuan yang diberikan Allah kepadanya. Orang2 yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
12. Bukan sedikit negeri2 yang penduduknya menderhaka perintah Tuhan mereka dan Rasul2Nya, telah Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya. Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya. Akibat perbuatannya, mereka mengalami kerugian yang besar. Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat2nya.
13. Nabi Muhammad diutuskan membacakan ayat2 Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang2 yang beriman dan beramal soleh dari gelap-gelita kesesatan kepada cahaya hidayah petunjuk. Dan ingatlah, sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah dan tinggal kekal di dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada mereka sebaik2 pemberian.
14. Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi seperti itu. Perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. Berlakunya yang demikian supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan setiap sesuatu.
TAMAT
No comments:
Post a Comment