033. SURAH AL-AHZAB
033. SURAH AL-AHZAB
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/33-al-ahzab/
RENGKASAN PANJANG :
RENGKASAN PENDEK :
INTISARI KANDUNGAN SURAH 033 – AL AHZAB
(mengikut tajuk)Allah dan Kuasanya:
1. Allah memberi rahmat kepada kamu dan mengeluarkan kamu dari kegelapan kufur kepada cahaya iman yang terang benderang. Bersyukurlah.
2. Sambutan penghormatan Tuhan masa menemuiNya di akhirat nanti adalah ucapan “Salam” Selamat sejahtera.
3. Awasilah keadaan dan kegiatan kamu kerana Allah sentiasa Mengetahui akan segala apa yang kamu lakukan dan juga isi hati kamu.
4. Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat dan Ia akan mengazab mereka yang membuat perkara kegiatang uang tidak diredaiNya.
5. Mereka yang menentan Islam di Madinah tatkala itu tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, tangkap dan dibunuh habis2an.
6. Itulah “Sunnatullah” undang2 peraturan Allah sejak dahulu dan tak akan berubah.
7. Allah telah melaknat orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menyala.
8. Kekallah mereka di dalamnya selama2nya tanpa adanya pelindung atau penolong.
9. Allah menerima taubat yang beriman. Memang Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Nabi:
10. Nabi itu lebih kepada menolong dan menjaga kebaikan orang yang beriman daripada diri mereka sendiri.
11. Rasulullah itu adalah contoh yang baik. Beliau mengharap kepada keredaan Allah, menyebut dan mengingati Allah sepanjang masa tatkala susah dan senang.
12. Isteri2 nabi: Jika mahukan dunia yang mewah dan perhiasannya nabi boleh lepaskannya.
13. Jika mahukan keredaan Allah serta nikmat akhirat maka Allah menyediakannya.
14. Isteri2 Nabi: Jika melakukan perbuatan keji akan digandakan azab seksa dua kali ganda.
15. Isteri yang taatkan Allah dan RasulNya serta beramal soleh akan mendapat pahala dua kali ganda.
16. Isteri2 Nabi tak sama perempuan lain. Janganlah hendaknya mereka berkata manja dengan lelaki asing kerana ianya berkemungkinan akan membawa niat lain pada lelaki tersebut..
17. Isteri Nabi: Diamlah di rumah kamu dan jangan mendedahkan diri seperti orang Jahiliyah dhulu kala.
18. Dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.
19. Amalkan membaca di rumah kamu ayat2 Allah dan hikmah pengetahuan (hadis).
20. Allah menyediakan bagi mereka yang beriman beramal soleh keampunan dan pahala besar.
21. Peristiwa Zaid melepaskan Zainab yang kemudiannya berkahwin dengan Rasulallah.
22. Tidaklah ada sebarang keberatan bagi Nabi dalam melaksanakan perintah Allah.
23. Nabi2 terdahulu takut melanggar perintah Allah. Mereka pula tidak takut kepada makluk lain.
24. Bukanlah Nabi Muhammad dengan sebab ada anak angkatnya menjadi bapa yang sebenar.
25. Nabi sebagai saksi terhadap umatnya. Baginda membawa berita gembira kepada mereka tant taat dan memberi amaran kemurkaan Allah kepada mereka yang kufur menentang Allah dan nabiNya..
26. Nabi juga menyeru manusia kepada ugama Allah sebagai lampu yang menerangi.
27. Mereka yang dihalalkan untuk menjadi isteri nabi. . . . . . . .
28. Mereka yang tidak dihalalkan untuk menjadi isteri nabi. . . . . . . .
Peperangan:
29. Ingatkan nikmat Allah semasa dihantarkan ribut kencang menghalau musuh kamu yang mengepong kamu serta menghantar psukan malaikat bagi membantu kamu.
30. Semasa tentera musuh mengepong kamu, pemandangan kamu tak berketentuan arah.
31. Dan kamu masing2 pula menyangka2 terhadap Allah dengan berbagai sangkaan.
32. Ketika itu orang beriman diuji dengan goncangan perasaan dan pendiriannya yang amat dahsyat.
33. Dan orang munafik dan tak kuat iman berkata: “Allah dan RasulNya memperdayakan sahaja”.
34.
35. Kalaulah kediaman mereka diserang dan diajak berpaling sudah tentu mereka sydah berpaling.
36. Pada hal mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu tidak akan berpaling undur mempertahankan Madinah.
37. Katakanlah kepada mereka yang perbuatan melarikan diri dari peperangan adalah tak berfaedah. Kamu tidak merasa senang kecuali sekejab sahaja.
38. Siapakah yang akan dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah atau menahan kemurahan Allah?
39. Allah tahu munafik yang berkata: “Marilah bersatu dengan kami”. Mereka ini tak pergi berperang tapi mengawal dan meneliti dari jauh perjalan perang tersebut.
40. Mereka bersikap bakhil terhadap kamu tak mahu menolong kamu tapi mencela kamu bila mendapat peluang berbuat demikian.
41. Mereka sangka tentera “Al-Ahzaab” belum pergi. Mereka lebih suka berada jauh di desa memerhati dengan tidak terlibat secara langsung.
44. Orang yang beriman tatkala melihat adanya angkatan musuh bertambah lagilah iman mereka.
45
46. Ini kerana Allah membalas orang yang benar dan menyeksa orang munafik.
47. Allah menghalau angkatan tentera kafir dengan keadaan mereka geram marah kerana gagal.
48. Kaum Yahudi yang membantu mereka menyerah diri, diadili dan dihukum bunuh dan tawan.
49. Dan kamu mewarisi harta benda mereka termasuk yang di negeri lain yang belum dijejaki.
Arahan dan Panduan
50. Bertaqwa pada Allah. Jangan turutkan kehendak orang kafir dan munafik
51. Turutlah wahyu dan panduan Allah dan jangan turutkan adat Jahiliah
52. Berserahlah diri sepenuhnya kepada Allah bukan berserah kepada makluk lain
53. Diperintahkan demikian kerana manusia tak mempunyai dua hati. Isteri kamu bukan ibu kamu. Anak angkat bukan anak kamu sendiri.
54. Panggillah dan kaitlah nama anak angkat kamu dengan di "binkan" nama bapanya. Panggillah ia saudara seugama kamu atau "maula2" jika tak tahu siapa bapanya.
55, Kesilapan yang tak disengaja oleh kamu terdahulu tidaklah dikira dosa.
56. Teruslah kamu bertaqwa kepada Allah
57. Tuhan berbuat demikian bagi membezakan yang beriman dengan kafir untuk memberi balasan yang setimpal dan saksama.
58. Apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan orang beriman akan terus ikut tanpa membuat pilihan.
59. Bersyukur kepada Allah. Ingat serta sebutlah nama Allah sebanyak2nya.
60. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
61. Sampaikan berita kepada orang beriman yang mereka beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.
62, Janganlah menurut kehendak orang kafir dan munafik. Pedulikan usikan dan celaan mereka.
63. Jika kamu ceraikan isteri kamu sebelum menyentuhnya, berilah “mut’ah” pemberian sagu hati.
64. Tatacara memasuki dan berada di rumah nabi. Jangan masuk tanpa jemputan dan jangan duduk lama di rumahnya. Habis makan atau urusan baliklah.
65. Aurat wanita dan apa yang dimaksudkan saudara terdekat mereka.
66. Allah dan malaikatNya berselawat ke atas nabi. Kamu pun hendaklah berbuat demikian.
66. Mengganggu serta menyakiti orang beriman dengan tuduhan dusta adalah salah dan berdosa.
68. Suruhlah perempuan beriman melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya.
69. Jika orang munafik dan kafir Madinah tak henti menyebarkan berita dusta perangilah mereka.
70. Mereka tanya tentang bilakah berlakunya hari kiamat. Katakanlah: “Ini adahal hal Allah. Mungkin tak lama lagi".
71. Janganlah menjadi seperti orang Yahudi yang mencaci Nabi Musa. Lalu Allah membersihkannya.
72. Bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat benar dalam segala perkara.
73. Langit dan bumi serta gunung tak upaya memikul amanah Allah. Manusialah yang sanggup.
Dengan kesanggupan itu akibatnya Allah menyeksa mereka yang munafik dan musyrik.
Gulungan Kufur
74.Tatkalan di akhirat mereka merasa kesal dan berkata: “Alangkah baiknya kalau kami di dunia dulu taat kepada Allah dan rasul".
75."Kami patuh kepada kehendak ketua dan orang besar kami, lalu kami disesatkan dari jalan yang benar”.
76.“Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara berkali ganda dan laknatkanlah mereka.
No comments:
Post a Comment