Friday, 30 October 2009

051 SURAH AZ ZARIYAT




051. SURAH AZ - ZARIYAT










KLIK SINI UNTUK

BACA TERJEMAHAN

DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/51-az-zariyat/





BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


051. SURAH AZ-ZARIYAT

Angin yang Menerbangkan


1. `Demi angin yang menerbang dan menaburkan debu, biji benih dan lainnya dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh2. Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya ke tempat yang dikehendaki. Dan kapal2 yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya. Dan malaikat2 yang membahagi2kan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya.

2. Sumpah demi sumpah bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu mengenai hari akhirat tetap benar. Dan bahawa sesungguhnya balasan amal tetap berlaku.

3. Demi langit yang mempunyai jalan2 yang berbagai bentuk keadaannya. Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w. Dipalingkan daripada perselisihan itu orang2 yang telah dipalingkan Allah dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran.

4. Binasalah orang2 yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak2 sahaja. Iaitu orang2 yang tenggelam alam kejahilan serta lalaikan hari pembalasan. Mereka bertanya secara mengejek: “Bilakah datangnya hari pembalasan itu?”

5. Jawabnya: hari itu ialah hari mereka diseksa dengan dibakar atas api neraka. Sambil dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu. Inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya”.

6. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair2 terpancar padanya. Keadaan mereka di sana sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang2 yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam sebelum fajar pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun.

7. Dan pada harta2 mereka, ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri dari meminta.

8. Dan pada bumi ada tanda2 membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah bagi orang2 yang mahu mencapai pengetahuan yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan dalil2 dan bukti itu? Dan di langit pula terdapat sebab2 rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah ditakdirkan dan dijanjikan kepada kamu.

9. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya apa yang tersebut itu tetap benar, tidak patut diragu2kan sebagaimana tidak sepatutnya diragukan benarnya kamu dapat berkata2.

10. Sudahkah sampai kepadamu wahai Muhammad, perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!” Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! “. Sambil berkata dalam hati: mereka ini orang2 yang tidak dikenal. Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk yang dipanggang. Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silalah makan”.

11. Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu, maka ia merasa takut dari keadaan mereka. Melihat kecemasannya, mereka berkata: “Janganlah engkau takut wahai Ibrahim”. Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. Mendengarkan berita yang mengembirakan itu, maka datanglah isterinya sambil menjerit kehairanan lalu menepuk mukanya sambil berkata: “Aku sudah tua, lagi mandul, bagaimana aku boleh mendapat anak?”

12. Mereka berkata: “Demikianlah Tuhanmu berfirman, kami hanya menyampaikan sahaja. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui”. Nabi Ibrahim bertanya: “Selain dari itu apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?”

13. Mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa untuk membinasakan mereka. “Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu2 dari tanah yang dibakar. “Batu2 itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang2 yang melampaui batas dalam keingkarannya”.

14. Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu, Kami perintahkan mereka mengeluarkan orang2 yang beriman yang tinggal di situ. Sesudah dipereksa maka utusan Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang Islam yang beriman kepada Nabi Lut.

15. Dan Kami tinggalkan di negeri itu timbunan batu2 yang telah menghujani dan membinasakan mereka, sebagai tanda yang mendatangkan keinsafan bagi orang2 yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

16. Dan juga pada kisah Nabi Musa terdapat dalil2 yang memberi keinsafan, - ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata. Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: “Musa itu adalah seorang ahli sihir atau seorang gila!” Lalu Kami adakan jalan mengambil Firaun bersama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.

17. Dan juga pada kisah kaum Aad terdapat perkara2 yang menjadi iktibar - ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan. Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya hancur seperti debu.

18. Dan juga pada kisah kaum Thamud terdapat perkara2 yang menjadi pelajaran - ketika dikatakan kepada mereka: “Bersenanglah kamu hingga ke suatu waktu yang termaklum!” Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir dengan tidak dapat melarikan diri, sedang mereka melihatnya. Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.

19. Dan kaum Nuh Kami juga telah binasakan sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.

20. Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami dalam bentuk binaan yang kukuh rapi. Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. Dan bumi pula Kami hamparkan untuk kemudahan kamu mendiaminya. maka Kamilah sebaik2 yang menghamparkannya.

21. Dan setiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami.

22. Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka: “Segeralah kamu kembali kepada Allah dengan bertaubat dan taat, sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah dalam kepercayaan kamu, sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata”.

23. Demikianlah keadaan setiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum2yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: “Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila”.

24. Adakah mereka semua telah berpesan2 dan mencapai kata sepakat untuk melemparkan tuduhan itu ? Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian, bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas dalam keingkarannya.

25. Oleh itu, berpalinglah wahai Muhammad daripada mereka yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan, kerana engkau tidak akan disalahkan setelah engkau memberi amaran kepada mereka. Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang2 yang beriman.

26. Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

27. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.

28. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

29. Setelah ternyata hakikat yang demikian, maka sesungguhnya bagi orang2 yang zalim yang menentang ajaran Nabi Muhammad itu ada bahagiannya dari azab seksa seperti bahagian rakan2 mereka kaum kafir yang telah lalu. Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.

30. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.


TAMAT




No comments:

Post a Comment