BUKIT
052. SUAR AT- TUR
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/52-at-tur/
RENGKASAN SURAH:
aa
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
052. SURAH AT-TUR
Rengkasan Surah
1. Demi Gunung Tursina. Demi Kitab yang tertulis dengan rapi, pada lembaran
2. Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku. Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya. Pada hari itu langit dan segala isinya bergegar dengan sekuat2nya. Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
3. Apabila berlaku yang demikian, maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang2 yang mendustakan kebenaran. Iaitu orang2 yang leka bermain2 dalam kesesatan. Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar2nya,
4. Dan dikatakan kepada mereka: “Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya. Maka adakah ini sihir juga sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul Kami dahulu? Atau kamu tidak nampak kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami?
5. “Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar menderita azabnya atau tidak bersabar, sama sahaja tidak ada faedahnya kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan”.
6. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman2 Syurga dan nikmat kesenangan yang tidak ada taranya. Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka. Dan dikatakan kepada mereka: “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.
7. Mereka duduk berbaring di atas pelamin2 yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari2 yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
8. Dan orang2 yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka di dalam Syurga; dan Kami dengan itu tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
9. Penduduk Syurga itu Kami tambahi mereka dari semasa ke semasa, dengan buah2an dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
10. Mereka di dalam Syurga itu kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain: berebut2 mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul dari peminumnya perkara yang sia2 dan tidak pula menyebabkan peminumnya menanggung dosa. Dan mereka dilayani oleh anak2 muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, yang cantik parasnya seolah2 anak2 muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik2nya.
11. Dan dengan berada dalam nikmat itu mereka berhadap satu sama lain sambil bertanya2. Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut daripada berlaku derhaka kepada Allah. Maka Allah mengurniakan kami rahmat dan taufiqNya, serta memelihara kami dari azab neraka.
12. “Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya dan memohon pertolonganNya. Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani”.
13. Maka hendaklah engkau (Muhammad) tetap tekun memberi peringatan dengan ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar, kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu yang dilimpahkanNya kepadamu itu bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
14. Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan2, bahkan mereka mengatakan: “Muhammad itu seorang penyair yang kami tunggu2 saat kebinasaannya”.
15. Katakanlah: “Tunggulah kamu akan apa yang kamu tuduh itu, maka sesungguhnya aku juga dari orang2 yang menunggu bersama kamu akan apa yang dijanjikan oleh Allah Taala”.
16. Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan2 yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas dalam keingkaran dan kedegilannya?
17. Bukan sahaja mereka ingkar dan degil bahkan mereka berkata: “Dia Muhammad telah mereka2 Al-Quran itu”. Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman! Kalau tidak maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata2 yang fasih dan indah seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang2 yang benar dakwaannya.
18. Mengapa mereka tidak beriman? Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? Sudah tentu tidak! Bahkan mereka adalah orang2 yang tidak meyakini kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya.
19. Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat, atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala2nya?
20. Adakah mereka mempunyai tangga untuk naik ke langit, yang dengannya mereka dapat mendengar apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah? Jika ada maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang menyatakan kebenarannya.
21. Adilkah kamu sediakan bagi Allah anak2 perempuan yang kamu benci, dan untuk kamu anak2 lelaki yang kamu sukai?
22. Pernahkah engkau meminta sebarang bayaran kepada mereka mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan, lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu?
23. Adakah pada sisi mereka Lauh Mahfuz yang mengandungi perkara2 yang ghaib, lalu mereka menyalin daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu?
24. Mereka tidak cukup dengan kata2 dan tuduhan2 yang buruk sahaja bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya kerana orang2 yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya. Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka adakah bagi mereka Tuhan yang dapat menyelamatkan mereka selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.
25. Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur untuk menimpa mereka, mereka akan berkata: “Itu adalah awan yang bertompok – berlapis2!”
26. Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali maka biarkanlah mereka wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa. Iaitu hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.
27. Sesungguhnya orang2 yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.
28. Dan dengan yang demikian bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu memberi tempoh kepada mereka, kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.
29. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang tenggelam pada waktu subuh.
TAMAT
bbcc
No comments:
Post a Comment