Saturday, 24 October 2009

042 SURAH ASY-SYURAA



042. SURAH ASY-SYURA





KLIK UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/42-asy-syura/





RENGKASAN PENDEK/TAJUK:


ALLAH DAN AL QURAN

GULUNGAN TAAT / KUFUR

ARAHAN DAN PANDUAN













RENGKASAN SURAH:
























RENGKASAN MENGIKUT TAJUK AYAT

ALLAH DAN KUASANYA:
1. Allah lah yang mempunyai dan menguasai segalanya di langit dan yang ada di bumi. Dan Dia lah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.

2. Alam langit nyaris2 pecah kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar. Malaikat pula bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk2 yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

3. Jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat bersatu dalam ugama Allah yang satu. Tetapi Allah tidak merancang sedemikian bahkan Ia akan memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya dan bagi orang2 yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.

4. Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu selain Allah sebagai pelindung yang disembah dan dipuja kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar. Dia lah yang menghidupkan makhluk yang mati. Dan ingatlah, Ia Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

5. Dia lah yang mencipta langit dan bumi. Ia menjadikan bagi kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang ternak juga berpasangan, dengan jalan yang demikian kembanglah zuriat keturunan. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan ZatNya, sifatNya, dan pentadbiranNya. Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

6. Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi. Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

7. Allah telah menerangkan kepada kamu perkara2 ugama yang Ia tetapkan hukumnya. Perkara yang diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, yang diwahyukan kepadamu Muhammad, dan yang diperintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, ialah: “Tegakkanlah pendirian ugama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang musyrik untuk menerima ugama tauhid yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya dengan taat.

8. Allah yang menurunkan Kitab Suci yang membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir masa datangnya.

9. Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah kebaikan dan belas kasihanNya kepada hamba2Nya. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

10. Orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad, bahkan mereka mengatakan: “Ia telah mereka2 perkara dusta terhadap Allah” Tidak patut mereka berkata demikian kerana Allah berkuasa jika Ia menghendaki, menutup hatimu dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian. Bahkan Ia memberi kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan adalah benar belaka. Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah wahyuNya dan keputusanNya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di dalam dada.

11. Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat hambaNya serta memaafkan kejahatan yang mereka lakukan. Dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.

12. Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya selain dari yang mereka pohonkan. Dan sebaliknya orang2 yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat2nya.

13. Kalaulah Allah memewahkan rezeki hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi dengan perbuatan liar durjana. Allah menurunkan rezekiNya itu menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.

14. Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata2. Dan ingatlah Dia lah pengawal yang melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Terpuji.

15. Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk2 yang melata. Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendakiNya.

16. Kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja di muka bumi atau di langit. Dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.

17. Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah kapal2 yang besar tinggi seperti gunung, belayar laju merempuh lautan. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal itu terapung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda yang besar pengajarannya bagi setiap seorang mukmin yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. Atau jika Ia kehendaki Ia binasakan kapal itu disebabkan dosa yang dilakukan oleh orang2nya, lalu setengahnya dibiarkan mati lemas dan setengahnya diselamatkan dengan jalan Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa2 mereka.

18. Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong selain Allah, yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah disebabkan pilihannya yang salah maka tidak ada baginya sebarang jalan untuk mendapat hidayah petunjuk.

19. Bagi Allah jualah hak milik segala di langit dan di bumi. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Ia mengurniakan anak2 perempuan atau anak2 lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

20. Atau Ia mengurniakan mereka kedua2nya, lelaki dan perempuan. Dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

21. Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.

22. Limpah kurnia itulah yang mengembirakan hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh.

AL QURAN:
23. Kandungan surah ini dan lain2 surah adalah diwahyukan kepadamu dan kepada Rasul terdahulu oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

24. Sebagai penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada penduduk “Ummul-Qura” dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (kiamat) yang tidak ada syak tentang masa datangnya. Pada hari itu sepuak akan masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.

GULUNGAN YANG KUFUR:

25. Orang2 yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta secara mengejek, supaya disegerakan kedatangannya. Sebaliknya orang beriman merasa takut ngeri kepadanya kerana mereka mengetahui dengan yakin bahawa ianya adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang2 yang membantah mengenai hari kiamat itu tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.

26. Pada hari kiamat engkau akan melihat orang2 yang zalim takut ngeri akan balasan buruk kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang beriman serta beramal soleh bersenang-lenang dalam taman Syurga. Mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka.

27. Katakanlah: “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu. Yang aku minta hanyalah kasih mesra kamu terhadapku disebabkan pertalian kerabat yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti”. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya dengan menggandakan pahala kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaiknya akan orang yang bersyukur kepadaNya.

28. Dan sebaliknya orang2 yang menjadikan sesuatu selain Allah sebagai pelindung yang disembah dan diharapkan pertolongannya. Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka serta akan membalasnya. Engkau Muhammad, hanyalah penyampai bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal bawaan dan amalan mereka.

29. Patutkah mereka mempunyai sekutu2 yang menentukan mana2 bahagian dari ugama mereka, undang2 yang tidak diizinkan oleh Allah? Kalaulah tidak kerana penangguhan hukum hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka. Sesungguhnya orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


30. Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan sambil memandang ke neraka itu hanya dengan mengerling kerana gerun takut. Dan orang2 beriman pula berkata: “Sesungguhnya orang2 yang rugi sebenarnya ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut2nya pada hari kiamat dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia. Ingatlah! Sesungguhnya orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal”.


31. Dan orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia2 belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan dari Allah serta mereka beroleh azab seksa yang seberat2nya.

ARAHAN DAN PANDUAN:
32.`Katakanlah kepada pengikut2mu: “Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah. Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku. KepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali dalam segala keadaan”.

33, Umat setiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan dalam menjalankan ugama Allah melainkan bila sampai kepada mereka ajaran yang memberi mereka mengetahui apa yang disuruh dan apa yang dilarang. Berlakunya perselisihan sedemikian semata2 kerana hasad dengki sesama sendiri. Kalaulah tidak kerana telah ketetapan Tuhanmu menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

34. Oleh kerana itu, serulah mereka kepada berugama dengan betul, serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu. Janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kita kerana kebenaran telah jelas nyata. Allah akan menghimpunkan kita bersama pada hari kiamat, dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya untuk dihakimi dan diberi balasan”.

35. Apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan atau bala bencana ianya adalah disebabkan kelakuan dan perbuatan salah dan berdosa kamu. Dan dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa2 kamu.

36. Apa jua yang diberikan kepada kamu, ianya hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja. Sebaliknya apa yang ada di sisi Allah dari pahala hari akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang beriman dan yang berserah bulat2 kepada Tuhannya.

37. Juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yang menjauhi dosa2 besar serta perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah kerana perbuatan tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya;

38. Juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka, dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.

39. Juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri sepadan dan tidak melampaui batas.

40. Jika kamu hendak membalas maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya. Dalam pada itu sesiapa yang memaafkan kejahatan orang dengan berbuat baik kepadanya, maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah dengan diberi balasan yang sebaiknya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim.

41. Sesungguhnya orang yang bertindak membela diri ketika ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

42. Sesungguhnya jalan untuk menyalahkan hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

43. Dalam pada itu ingatlah, orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya adalah dari perkara2 yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

44. Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu yang mengajak kamu beriman sebelum datangnya hari yang tidak dapat ditolak. Pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung dari azabNya dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan kesalahan yang kamu telah lakukan.

45. Sesiapa yang menghendaki dengan amal usahanya untuk mendapat faedah akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki dengan amal usahanya kebaikan di dunia semata2, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia sekadar yang Kami tentukan, dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

46. Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu sebagai pengawas terhadap mereka. Tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan apa yang diperintahkan kepadamu. Dan ingatlah, sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya. Dan sebaliknya jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa2 mereka, maka mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya. Kerana sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat Tuhannya.

47. Tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata2 dengannya kecuali dengan jalan wahyu dengan diberi ilham atau mimpi, atau dari sebalik dinding (mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

48. Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh yang menghidupkan hati perintah Kami. Engkau tidak pernah mengetahui sebelum diwahyukan kepadamu apakah Kitab Al-Quran itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu. Akan tetapi Kami jadikan Al-Quran cahaya yang menerangi. Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba2 Kami. Dan sesungguhnya engkau wahai Muhammad, adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

49. Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami dan supaya orang2 yang membantah ayat2 keterangan Kami mengetahui bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri dari azab seksa.

50. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang2 yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (hari kiamat) berkata: “Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?”

TAMAT

http://www.alquran-melayu.com/42-asy-syura/



No comments:

Post a Comment