_________________________________________________________
_________________________________________________________
039. SURAH AZ-ZUMAR
KLIK SINI
UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/39-az-zumar/
RENGKASAN PENDEK:
Allah/Al Quran
Yang Taat
Yang Kufur
Panduan
Kiamat
RENGKASAN PANJANG:
>
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
39. Az-Zumar
(Rombongan)
RENGKASAN SURAH:
1. Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana menurunkan Kitab Al-Quran. Ianya membawa kebenaran. Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
2. Ingatlah! Hak yang wajib dipersembahkan kepada Allah ialah ibadat dan bawaan yang suci bersih dari segala rupa syirik. Orang musyrik mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong sambil berkata: “Kami tidak menyembah atau memujanya. Ianya hanyalah makluk mendampingkan kami kepada Allah sehampir2nya”.
3. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang tetap berdusta mengatakan yang bukan2 dan sentiasa kufur dengan melakukan syirik.
4. Maha Suci Allah dari menghendaki anak sapertimana yang kamu nyatakan. Jika Allah hendak mempunyai anak tentulah Ia memilih mana2 yang dikehendakiNya dari makhluk yang diciptakanNya. Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala2nya.
5. Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya. Ia menjadikan malam melingkari siang dengan gelapnya, dan menjadikan siang melingkari malam dengan cahayanya. Dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, setiap satunya beredar mengikut masa yang ditetapkanNya. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
6. Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), menjadikan isterinya (Hawa) dan mengadakan untuk kamu binatang ternak delapan ekor: empat pasangan jantan dan betina. Di ciptanya kamu dalam kandungan ibu kamu berperingkat2 dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Itulah kekuasaanNya Allah Tuhan kamu. BagiNyalah kekuasaan yang mutlak. Tiada Tuhan melainkan Dia. Oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan dari mematuhi perintahNya?
7. Ketahuilah bahawa Allah tidak berhajatkan kepada iman dan kesyukuran kamu untuk kesempurnaanNya, walaupun jika kamu kufur ingkar tidak bersyukur akan nikmatNya.
8. Manusia apabila ia disentuh oleh bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat sebagai kurnia daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya dan orang lain dari jalan Allah. Katakanlah kepadanya: “Bersenanglah engkau dengan kekufuranmu itu buat sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.
9. “Adakah engkau itu yang lebih baik atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan azab hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?” Katakanlah lagi: “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.
10. Katakanlah akan firmanKu ini, kepada orang yang berakal sempurna itu: “Wahai hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. Ingatlah orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan yang sebenar di akhirat. Dan ingatlah bumi Allah ini luas untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas. Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.
11. Katakanlah lagi: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya. Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar soal jawabnya. Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.
12. Katakanlah lagi: “Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik dan kamu masih juga berdegil maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki selain dari Allah itu. Kamu akan mengetahui akibatnya. Sesungguhnya orang yang rugi ialah orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikutnya pada hari kiamat dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan. Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.”
13. Bagi mereka yang kafir disediakan lapisan api menyerkup di atas dan di bawah mereka. Dengan azab yang demikian, Allah menakutkan hambaNya: “Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba2Ku!”
14. Orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka taat bulat2 kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan sebaik sahaja mereka meninggal dunia. Oleh itu gembirakanlah hamba2Ku. Yang berusaha mendengar apa yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaiknya pada segi hukum ugama mereka. Merekalah orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang yang berakal sempurna.
15. Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab kerana kekufurannya sama seperti orang yang dijanjikan bergembira dengan balasan imannya? Sudah tentu tidak ! Oleh itu adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang ditetapkan kekal dalam neraka?
16. Tetapi sebaliknya orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya, dibina untuk mereka di dalam Syurga mahligai yang tinggi bertingkat2, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah. Allah tidak sesekali akan mengubah janjiNya.
17. Tidakkah engkau perhatikan bahawa Allah menurunkan hujan, dialirkanNya menjadi matair di bumi bagi menumbuhkan tanaman berbagai jenis dan warna menjadi segar hingga ke suatu masa yang tertentu apabila engkau melihat ianya menjadi kuning, kemudian hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang yang berakal sempurna.
18. Jika demikian, adakah sama orang yang dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan tetap berada dalam cahaya hidayah petunjuk Tuhannya itu dengan orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan? Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah sesat.
19. Allah telah menurunkan sebaik2 penerangan dari Al-Quran yang benar dan indah dan yang dinyatakan berulang2 dengan berbagai cara. Ketika mendengar atau membacanya kulit badan orang yang takut kepada Tuhan menjadi seram, kemudian menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah. Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran kepada sesiapa yang dikehendakiNya menurut undang2 peraturanNya. Ingatlah, sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
20. Maka adakah orang yang menahan azab yang buruk pada hari kiamat sama dengan orang yang terselamat? Tatkala itu dikatakan kepada orang yang zalim: “Rasalah balasan apa yang kamu usahakan dahulu”.
21. Ingatlah! Orang terdahulu juga telah mendustakan Rasul2 yang diutuskan kepada mereka, lalu mereka didatangi azab yang mereka tidak menyedarinya.
22. Allah merasakan mereka kehinaan hidup di dunia dengan berbagai bala bencana. Dan azab seksa hari akhirat yang disediakan untuk mereka adalah lebih besar. Kalaulah mereka mengetahui hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan Rasul.
23. Sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. Ianya berbahasa Arab dan tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong, supaya mereka bertaqwa.
24. Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya. Dan seorang lagi hamba yang hanya dimilik oleh seorang sahaja. Adakah kedua2 hamba itu sama keadaannya? Tentulah tidak sama. Ucaplah: “Alhamdulillah” sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu. Bahkan kebanyakan mereka yang musyrik tidak mengetahui hakikat tauhid.
25. Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan mereka juga akan mati. Kemudian, kamu semua pada hari kiamat akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu. Apabila ini berlaku, nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka2 perkara yang dusta terhadap Allah, dan yang mendustakan kebenaran yang disampaikan kepada mereka. Bukankah telah diketahui bahawa dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang yang kafir?
26. Nyatalah bahawa mereka yang membawa kebenaran tauhid dan hukum ugama serta pengikut2nya yang mengakui kebenarannya dan mematuhi hukumnya itu adalah orang yang bertaqwa. Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki. Demikianlah balasan orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.
27. Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang yang bertaqwa kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) amal perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
28. Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya yang bertaqwa? Dan ingatlah sesiapa yang disesatkan oleh Allah dengan pilihan mereka yang salah, maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dengan sebab pilihannya yang benar, maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa kepada golongan yang bersalah?
29. Jika engkau tanya kepada mereka yang musyrik: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah kepada mereka: “Kalau demikian, bagaimana pula kamu sembah selain dari Allah? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu. Atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahannya?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliharaku. KepadaNyalah hendaknya berserah orang yang mahu berserah diri”.
30. Katakanlah: “Wahai kaumku yang masih berdegil dalam kekufurannya! Buatlah sedaya upaya kamu untuk menentang ugama Islam yang aku sampaikan itu, sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh untuk mengembangkannya. Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah yang akan didatangi azab seksa yang berkekalan”.
31. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran untuk menjadi panduan hidup manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk beramal menurutnya, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat tidak berpandu kepadanya, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa pada dirinya sendiri. Dan engkau hanyalah penyampai bukanlah menjadi wakil yang menguasai keadaan dan bawaan mereka.
32. Allah Menguasai Segalanya. Ia mengambil dan memisahkan satu2 jiwa dari badannya. Jiwa orang yang sampai ajal matinya, juga jiwa orang yang belum mati masih dalam masa tidurnya.
33. Patutkah mereka yang musyrik mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah kepada mereka: “Dapatkah yang selain Allah itu memberi syafaat padahal mereka semuanya tidak pula mengerti sebarang apa pun?”
34. Katakanlah: “Syafaat itu semuanya adalah hak kepunyaan Allah. Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi. Kamu pula akan dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan”.
35. Di antara keburukan orang yang melakukan syirik ialah apabila disebut nama Allah di dalam doa atau sebagainya, segan serta liarlah hati mereka. Dan apabila disebut nama2 benda yang mereka sembah dan puja yang selain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.
36. Ucapkanlah: “Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba2Mu mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya”.
37. Sekiranya orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada menerima azab seksa yang buruk yang menimpa mereka di hari kiamat. Sudah tentu tatkala itu, akan nyata kepada mereka keburukan apa yang mereka usahakan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek itu.
38. Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami. Kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat sebagai kurnia dari Kami, berkatalah ia dengan sombongnya: “Aku mendapat nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian sama ada ia bersyukur atau sebaliknya. Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikatnya.
39. Sebenarnya orang yang terdahulu telah juga mengatakan sedemikian. Segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan jahat yang mereka lakukan.
40. Mengapa mereka mendakwa demikian? Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Ialah juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan jelas bagi orang yang percayakan ilmu dan kebijaksanaan Allah.
41. Katakanlah wahai Muhammad: “Wahai hambaKu yang telah melampaui batas dengan perbuatan maksiat, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat2 kepadaNya sebelum kamu didatangi azab. Kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.
42. “Dan turutlah Al-Quran sebaik2 panduan hidup yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
43. “Diperintahkan demikian supaya jangan mereka menyesal dengan berkata: `Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang yang sungguh memperolokkan ugama Allah dan penganutnya)!’ Atau berkata: `Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang yang bertaqwa !‘ Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang yang mengerjakan kebaikan!”
44. Kata2 tersebut akan ditolak Allah dengan firmanNya: “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat petunjukKu melalui RasulKu, maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya. Dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang yang kufur ingkar!”
45. Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang yang berdusta terhadap Allah dan yang menyatakan kesedihan itu mukanya hitam legam. Bukankah telah diketahui bahawa dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang yang sombong takbur?
46. Dan sebaliknya Allah akan menyelamatkan orang yang bertaqwa yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat dengan mereka mendapat kemenangan besar keredaan Allah mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk dan tidak akan berdukacita.
47. Allah Yang Menciptakan setiap sesuatu dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segalanya.
48. Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi. Orang yang percayakan yang demikian beruntunglah dan orang yang kufur ingkar akan ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu mereka itulah orang yang paling rugi.
49. Katakanlah kepada orang musyrik itu: “Sesudah jelas dalil keesaan Allah yang demikian, patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang yang jahil?”
50. Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi2 yang terdahulu: “Demi sesungguhnya! jika engkau dan pengikutmu mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah tentulah akan gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi dari orang yang rugi.
51. “Janganlah menyembah selain dari Allah bahkan hendaklah engkau menyembah Allah semata2 dan hendaklah engkau menjadi dari orang yang bersyukur”.
52. Dan mereka yang musyrik tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat, adalah dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha
53. Ketika ditiup sangkakala, matilah makhluk yang ada di langit dan di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (kemudian matinya). Kemudian ditiup sangkakala sekali lagi maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu kesudahan mereka masing2.
54. Bersinar terang-benderanglah bumi akhirat dengan cahaya Tuhannya. Akan diserahkan Kitab suratan amal untuk dibicarakan dan dibawa Nabi2 serta saksi2 untuk dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. Akan disempurnakan bagi setiap orang balasan apa yang telah dikerjakannya. Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.
55. Orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk. Apabila mereka sampai, dibukakan pintunya dan berkatalah penjaganya: “Bukankah telah datang kepada kamu Rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang yang kafir.
56. Setelah itu dikatakan kepada mereka: “Masukilah pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya. Seburuk tempat bagi orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.
57. Orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka pula akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk. Apabila mereka sampai, pintunya sedia terbuka dan penjaganya mengalukan mereka dengan kata2: ”Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya”. Mereka pun masuk serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas2nya. Kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik2 balasan bagi orang yang beramal”.
58. Dan pada hari itu engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil. Dan masing2 bersyukur akan keputusan itu dengan mengucapkan:
“Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!”
TAMAT/SELESAI
No comments:
Post a Comment