026. SURAH ASY-SYURAA' (Para Penyair)
KLIK UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR BACAANNYA:
http://www.alquran-melayu.com/26-asy-syuaraa/
ngga 277
Terjemahan Surah:
Ayat 1 hingga 34Ayat 34 hingga 72
Ayat 73 hingga 116
Ayat 117 hingga 154
Ayat 155 hingga 191
Ayat 192 hingga 227
INTISARINYA:
Rengkasan Surah
Taa, Siin, Miim. Ini ialah ayat2 Kitab Al-Quran yang jelas nyata. Janganlah engkau dukacita kerana mereka tidak mahu jadi orang beriman. Kalau Kami hendak tentulah Kami turunkan mukjizat menjadikan mereka tunduk kepadamu.
Mereka tetap berpaling engkar bila datang peringatan serta pengajaran kepada mereka. Disebabkan mereka mendustakan Al-Quran, maka didatang kepada mereka berita2 azab mengenai perkara mereka ejekkan itu.
Mereka tidak perhatikan bumi yang Kami tumbuhkan berbagai jenis tanaman, yang memberi banyak manfaat. Pada yang demikian itu terdapat bukti kuasa dan rahmat Allah tapi ramai mereka tidak juga beriman.
Sungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Kesah Nabi Musa:
Ingatlah ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa supaya mendatangi Firaun yang zalim dan dimurkai Allah. Nabi Musa merayu kepadaNya menyatakan yang dia takut gulungan Firaun akan mendustakannya. Sempit pula dadanya serta tidak begitu lancer lidahnya. Beliau memohon supaya diutuskan Harun bersamanya.
Lagipun Kaum Firaun masih ada tuduhan jenayah terhadapnya. Jadi Musa takut ianya akan dibunuh oleh Firaun.
Allah berfirman supaya Nabi Musa tak perlu bimbang kerana Allah sentiasa berada bersamanya dan mendengarnya. Pergilah kepadanya dan katakan kepadanya “Kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”.
Firaun menjawab bahawa merekalah yang memelihara Musa semasa kecilnya sebelum ia meninggalkan Mesir tatkala mudanya. Dinyatakan jyga bahawa Nabi Musa pernah melakukan perbuatan jenayah membunuh di Mesir.
Nabi Musa berkata bahawa tatkala itu beliau belum lagi mendapat petunjuk. Lalu ia melarikan diri kerana takutkan pemerentah Mesir. Kemudian Tuhan telah mengurniakanya ilmu pengetahuan ugama dan menjadikannya seorang Rasul.
Firaun bertanya dengan sombongnya maksud yang dikatakan Nabi Musa: “Tuhan sekalian alam”
Nabi Musa menerangkan bahawa Tuhanlah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara manusia termasuk datuk nenek mereka yang telah lalu. (Firaun mencelah berkata bahawa Musa ini sungguh gila). Nabi Musa menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan berkata bahada Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya”.
Firaun mencelah, berkata: “Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku sudah tentu aku akan penjarakan engkau”.
Nabi Musa menjawab: “Adakah engkau akan memenjarakan daku juga walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?”
Firaun berkata: “Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang yang benar”.
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang tiba2 menjadi seekor ular. Ia mengeluarkan tangannya yang menjadi putih bersinar.
Firaun berkata: “Sesungguhnya orang ini seorang ahli sihir yang mahir. Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya. Apakah syor kamu?”
Mereka mencadangkan supaya Nabi Musa berlawan sihir dengan ahli sihir Mesri. Lalu dikumpulkanlah ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan dengan harapan ahli sihir Mesir akan menang.
Bila ditanya Firaun berjanji memberi upah kepada ahli sihirnya jika mereka menang
Mereka mencampakkan tali dan tongkat masing2. Tetapi tongkah Musa (yang menjadi ular juga) telah menelan kesemua ular jemaan ahli sihir tersebut menjadikan ahli sihir itu segera merebahkan diri dan sujud sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun”.
Firaun murka dan mengertak hendak memotong-silang kaki dan tangan ahli sihirnya yang berpaling tadah itu. Ahli sihirnya menjawab yang mereka tak gentar kerana mereka sekarang lebih takut kepada Allah tempat kembalinya mereka nanti dan mereka berharap supaya Allah mengampunkan dosa mereka yang lalu.
Allah kemudian wahyukan kepada Nabi Musa membawa kaummu keluar pada waktu malam dari negeri Mesir. “Sesungguhnya Musa akan dikejar oleh Firaun dan tenteranya”.
Firaun mengempul tenteranya untuk mengejar Musa dan pengukutnya, sambil ia kepada mereka: “Sesungguhnya orang2 Musa itu adalah segulungan kecil sahaja dan mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah”.
Terpaksalah Firaun dan tenteranya keluar meninggalkan kebun dan mata air dan khazanah kekayaan serta tempat tinggal mereka yang mulia.
Setelah kedua2 kumpulan itu hamper bertembung, berkatalah orang2 Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”. Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir akan berlaku yang demikian! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku dengan pemeliharaan dan pertolonganNya. Ia akan menunjuk jalan kepadaku”.
Lalu Allah wahyukan Nabi Musa: “Pukulah laut itu dengan tongkatmu”.
Setelah dipukul maka terbelahlah laut itu kepada beberapa lorong supaya pengikutnya boleh menyeberangi laut tersebut. Dan Allah selamatkan Nabi Musa serta pengikutnya dan ditenggelamkan golongan Firaun dan tenteranya.
Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat bukti kekuasaan Allah. Dalam pada itu kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.
Sesungguhnya Tuhanmu lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Kesah Nabi Ibrahim:
Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apa yang kamu sembah?” Mereka menjawab yang mereka menyembah berhala. Kemuliaannya menyebabkan mereka berkekalan menyembahnya.
Nabi Ibrahim bertanya: “Adakah berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?”
Mereka menjawab: “Tidak satupun! Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian”.
Nabi Ibrahim berkata: “Sudahkah kamu berfikir apa gunanya benda yang sekian lama disembah oleh kamu dan datuk nenek kamu itu? Aku bertanya demikian kerana sesungguhnya berhala itu ialah musuhku, aku tidak menyembah melainkan Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan yang menciptakan daku dari tiada kepada ada. Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum. Apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku. Dan Dia lah yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; Dan Dia lah yang aku harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat”.
“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang2 yang soleh. Dan jadikanlah bagiku sebutan nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah daku dari orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim. Dan ampunkanlah bapaku kerana sesungguhnya ia adalah dari orang yang sesat. Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali harta benda dan anak-pinak orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syirik dan penyakit munafik. Dan pada hari itu didekatkan Syurga bagi mereka yang bertaqwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada mereka yang sesat”.
Serta dikatakan kepada mereka: “Mana dia benda yang kamu sembah selain dari Allah dahulu? dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri?”
Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang2 Termasuk juga bala tentera iblis semuanya. Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka. Demi Allah! Sesungguhnya kami di dunia dahulu adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata. Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam.
Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan. Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. Maka alangkah baiknya kalau kami dapat kembali ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang yang beriman.
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat bukti keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
Kaum Nabi Nuh:
Demikian juga kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul yang diutus kepada mereka. Ketika Nabi Nuh berkata kepada mereka: ”Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu kepada kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah menyampaikannya. Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku”.
Mereka menjawab: “Patutkah kami percaya kepadamu sedang engkau semata2 diikut oleh orang yang rendah pangkatnya dan hina pekerjaannya?”
Nabi Nuh berkata: “Apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan pangkat dan pekerjaan mereka? Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku. Kalaulah kamu menyedari dan memahaminya kamu tidak berkata demikian. Dan aku tidak akan menghalau orang beriman daripada bercampur-gaul denganku. Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada semua, tidak kira yang hina atau yang mulia”.
Mereka mengugut supaya Nabi Nuh berhenti dari menyiarkan ugamanya. Jika tidak ia akan direjam.
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. Oleh itu, hukumkanlah dengan hukuman tegas menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah Serta selamatkanlah daku dan orang beriman yang bersama denganku”
Maka Kami selamatkan dia dan pengikutnya dalam bahtera yang penuh sarat dengan berbagai makhluk. Dan Kami tenggelamkan golongan kafir yang tidak turut bersama dalam bahtera tersebut.
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat bukti kuasa Allah. Dalam pada itu kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Kaum Aad:
Demikian juga kaum Aad telah mendustakan rasul mereka. Nabi Hud berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Aku ini seorang Rasul utusan kepada kamu. Takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah, balasanku terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
“Patutkah kamu mendirikan pada setiap tempat yang tinggi bangunan yang tersergam padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana dan benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selamanya?”
“Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam?”
“Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya. Diberinya kamu binatang ternak yang biak serta anak-pinak yang ramai. Dan taman2 yang indah permai serta mata air yang mengalir. Sesungguhnya aku takut, kamu akan ditimpa azab seksa pada hari yang besar huru-haranya”.
Mereka menjawab: “Sama sahajalah bagi kami, sama ada engkau beri nasihat atau tidak. Segala apa yang engkau katakan ini, hanyalah adat kebiasaan orang dahulu-kala. Dan kami pula tidak akan diseksa”.
Mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian terdapat tanda kuasa Allah. Dalam pada itu, ramai mereka tidak juga mahu beriman.
Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Kaum Thamud:
Demikian juga kaum Thamud Kaum Nabi Soleh. Mereka mendustakan rasul mereka. Nabi Soleh berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Aku ini Rasul utusan Allah kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah, dan taatlah kepadaku. Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah bagi apa yang aku sampaikan, balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam”.
“Adakah kamu fikir bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang lenang dalam nikmat yang ada di dunia ini? Di dalam taman2 yang indah permai, dan mata air yang mengalir. Dan kebun tanaman serta pohon tamar yang buah mayangnya halus lembut? Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal, dengan bijak dan bersungguh2?”
“Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Dan janganlah kamu taati perintah orang yang melampaui batas, yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan”.
Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir! Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda mukjizat jika betul engkau dari orang yang benar”.
Nabi Soleh berkata: “Ini adalah seekor unta betina, di antara cara hidupnya ialah air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari dan bahagian kamu sehari secara bergilir2. Dan janganlah kamu menyakitinya; jika kamu menyakitinya maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar huru-haranya”.
Akhirnya mereka menikam mati unta itu tetapi mula menyesal setelah melihat kedatangan bala bencana. Mereka ditimpa azab yang membinasakan.
Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi bukti kekuasaan Allah. Dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Nabi Lut:
Demikian juga kaum Nabi Lut telah mendustakan rasul mereka. Nabi Lut berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini Rasul diutus Allah kepada kamu. Takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah, balasanku hanyalah terserah kepada Allah.
“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Kamu tinggalkan apa yang diciptakan Tuhan kamu untuk kamu melakukan hubungan yang halal dari badan isteri kamu? Kamu orang bersalah bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas!”
Mereka menjawab: “Jika engkau tidak berhenti wahai Lut daripada mencaci dan menyalahkan kami, nescaya engkau akan diusir keluar!”
Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.
Nabi Lut berdoa: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan jahat itu”. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikutnya, kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu. Kemudian Kami hancurkan yang lainnya.
Kami hujani mereka dengan hujan azab yang membinasakan; maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian membuktikan kuasa Allah, namun kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Nabi Syuaib:
Demikian juga penduduk “Aikah” telah mendustakan rasul mereka. Ketika Nabi Syuaib berkata: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Aku ini Rasul utusan Allah kepada kamu. Takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah, balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya. Dan janganlah kamu mengurangi hak orang ramai dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi. Sebaliknya berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat terdahulu”.
Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau ini hai Syuaib hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang yang dusta. Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul2 yang membinasakan dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!”
Nabi Syuaib berkata: “Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan”.
Maka mereka tetap juga mendustakannya lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar huru-haranya. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi bukti kekuasaan Allah dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Al Quran dan Penutup:
Sesungguhnya Al-Quran yang menyatakan kisah2 tersebut diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam melalui malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau Muhammad, menjadi seorang dari pemberi ajaran dan amaran kepada umat manusia.
Ia diturunkan dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
Dan Al-Quran juga menyatakan perihalnya dan sebahagian dari pengajaran di dalam Kitab ugama terdahulu. Tidakkah mereka yang musyrik sedar kebenaran itu dan tidakkah mereka tahu bahawa pendita Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab, Kemudian ia dikurniakan Tuhan dapat membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
Demikianlah Kami masukkan perasaan kufur ingkar itu ke dalam hati orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran. Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehinggalah mereka melihat sendiri azab yang tidak terperi sakitnya itu. Azab tersebut datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya. Maka pada saat itu mereka akan berkata dengan menyesal: “Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?”
Kalaulah demikian keadaan mereka maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
Bagaimana fikiranmu Muhammad? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun2. Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka. Tentulah kesenangan yang mereka nikmati bertahun2 itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
Dan tiadalah Kami membinasakan mana2 negeri terdahulu itu melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu rasul pemberi amaran. Memperingatkan mereka dan Kami tidak sekali2 berlaku zalim.
Dan Al-Quran itu pula tidak sekali2 dibawa turun oleh Syaitan. Tidak layak bagi Syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak berupaya melakukannya. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
Maka janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikutmu dari orang beriman.
Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu maka katakanlah: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!”
Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Yang melihatmu semasa engkau berdiri mengerjakan sembahyang. Dan melihat gerak-gerimu di antara orangyang sujud.
Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada setiap pendusta yang berdosa. Yang mendengar bersungguh2 apa yang disampaikan oleh Syaitan, sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Dan ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau2 dengan tidak berketentuan hala dalam setiap lembah khayal dan angan2 kosong?
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Kecuali orang beriman dan beramal soleh dari kalangan penyair itu, dan mereka pula mengingati Allah banyak2 serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan ingatlah, orang yang melakukan sebarang kezaliman akan mengetahui kelak ke tempat mana mereka akan kembali.
TAMAT
bagi mendapatkan ilmu yang lebih luas lagi mendalam"
ALHAMDULILLAH. 2KD . . . .
No comments:
Post a Comment