Tuesday, 27 October 2009

046 SURAH Al AHQAF




046. SURAH - AHQAF









KLIK SINI
UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/46-al-ahqaf/




RENGKASAN SURAH:


Gulungan yang Taat

Gulungan yang Kufur
Kesah Nabi & Panduan























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


046. SURAH AL-AHQAF (Bukit2 Pasir)

Rengkasan Surah

(mengikut tajuk ayatnya):


Haa, Miim.



A. Gulungan yang Taat:
Orang yang yakin dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian tetap teguh dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu tidak ada bimbang pada sesuatu yang tidak baik terhadap mereka, dan mereka tidak berdukacita. Mereka adalah ahli Syurga, tetap kekalah di dalamnya, Inilah balasan kepadaamalan soleh yang mereka telah kerjakan.


Ingatlah peristiwa semasa satu rombongan jin datang kepadamu untuk mendengar Al-Quran. Setelah menghadiri bacaannya, berkatalah setengahnya kepada yang lain: “Diamlah kamu dan dengar dengan teliti!” Setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya menyiarkan ajaran Al-Quran itu untuk memberi peringatan dan amaran.

Mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab Al-Quran yang diturunkan oleh Allah sesudah Nabi Musa. Ia menegaskan kebenaran Kitab2 Suci yang terdahulu daripadanya. Juga memandu kepada kebenaran tauhid dan ke jalan yang lurus ugama Islam.

“Wahai kaum kami! Sahutlah seruan Rasul Nabi Muhammad yang mengajak ke jalan Allah serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan dosa2 kamu. Dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



B. Gulungan yang Kufur:
Katakanlah kepada orang musyrik yang menentangmu: “Sudahkah kamu pastikan kekuasaan dan kelayakan makhluk2 yang kamu seru dan sembah selain dari Allah itu? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka ciptakan? Atau adakah mereka verkongsi dengan Allah mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab selain Al-Quran atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu peninggalan orang2 terdahulu kalau betul kamu orang yang benar dalam dakwaan kamu itu!”

Tidaklah lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu selain Allah.Malkuk itu tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya di dunia hinggalah ke hari kiamat dan tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka.


Apabila manusia dihimpunkan untuk dihitung amalnya pada hari akhirat, menjadilah segala yang disembahnya itu musuh kepada orang2 yang menyembahnya. Dan segala yang disembah itu juga tidak mengakui serta mendustakan penyembahan mereka kepadanya.

Apabila dibacakan kepada mereka yang kafir itu ayat2 Quran berkatalah mereka terhadap kebenaran Al-Quran: “Ini ialah sihir yang nyata!”.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Muhammad telah merekakan Al-Quran itu”. Katakanlah: “Kalau aku mereka Al-Quran itu maka tentulah aku tidak terlepas dari azab pun kesalahan itu kerana kamu dan sesiapa pun, tidak berkuasa memberikan daku perlindungan dari azab Allah. Allah ketahui bahawa tuduhan itu tidak berasas. Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Katakanlah lagi: “Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul2 yang telah lalu, dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata”

Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu jika Al-Quran ini yang datangnya dari Allah dan kamu mengingkarinya, pada hal ada seorang saksi dari Bani Israil memberi keterangan mengakui sahnya Kitab yang sama seperti Al-Quran ini. Lalu ia percayakan Al-Quran ini dari Allah, sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya? Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim? Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang2 yang zalim yang degil dalam kekufurannya”.


Dan kerana sombong angkuhnya orang2 kafir itu mereka berkata tentang kepercayaan orang2 yang beriman: “Kalaulah apa yang dibawa oleh Muhammad itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan!” Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, mereka memusuhinya lalu mereka mencacinya dengan berkata: “Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama”.

Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama? Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat kepada umatnya. Dan Al-Quran pula sebuah Kitab yang mengesahkan kebenaran kitab2 yang telah lalu, diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang2 yang zalim dan memberi berita gembira bagi orang2 yang berbuat kebaikan.

Dan ingatlah, semasa orang2 kafir didedahkan kepada neraka serta dikatakan kepada mereka: “Kamu telah habiskan nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang2 menikmatinya. Maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar. Dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik”

Maka sepatutnya mereka dibela oleh makluk yang mereka sembah selain dari Allah itu sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi tidak, bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka. Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada2kan.

“Dan sesiapa tidak menyahut seruan Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri di bumi. Dan ia tidak akan beroleh sesiapapun selain dari Allah sebagai pelindung2 yang membelanya. Mereka sedemikian sifatnya adalah dalam kesesatan yang nyata”.

Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya, adalah juga berkuasa menghidupkan makhluk2 yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

Dan ingatlah hari orang2 yang kafir didedahkan kepada neraka, lalu dikatakan kepada mereka: “Bukankah azab neraka ini benar?” Mereka menjawab: “Ya, benar, demi Tuhan kami!” Setelah itu dikatakan lagi kepada mereka: “Maka sekarang rasalah azab seksa dengan sebab kamu kufur ingkar di dunia dahulu. ”



C. Kesah Nabi (Hud):
Dan ingatlah peristiwa Nabi Hud saudara kaum Aad, ketika ia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah “Al-Ahqaaf”. Amarannya itu adalah sama seperti amaran2 yang telah diberikan oleh Rasul2 yang terdahulu daripadanya dan juga Rasul2 yang datang sesudahnya, dengan berkata: “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar huru-haranya”.

Mereka menjawab: “Adakah engkau datang kepada kami untuk memesongkan kami dari menyembah tuhan2 kami? Maka bawalah azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau dari orang2 yang benar!”

Nabi Hud berkata: “Sesungguhnya ilmu pengetahuan tentang kedatangan azab itu hanya ada di sisi Allah. Tugasku hanya menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutuskan membawanya. Tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil tentang tugas Rasul!”

Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah2 mereka, mereka berkata: “Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!” Mendengarkan kata2 yang demikian, Nabi Hud berkata: “Tidak! Bahkan itulah azab yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Yang menghancur leburkan segala2nya dengan izin Tuhannya”.

Setelah azab itu menimpa mereka maka menjadilah mereka punah ranah tidak ada yang kelihatan melainkan tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dengan kekuasaan dan kemewahan yang tidak Kami berikan kamu menguasainya wahai kaum musyrik Makkah. Dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati. Dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat2 keterangan Allah. Dan dengan yang demikian mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek2 itu.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri2 yang ada di sekeliling negeri kamu wahai kaum musyrik Makkah dan Kami telah menerangkan tanda2 kekuasaan Kami dengan berbagai cara, supaya mereka kembali bertaubat.



D. Arahan dan Panduabn:

Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai. Dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam yang tunduk patuh kepadamu”.

Mereka yang bersifat dengan sifat yang terpuji seperti itu ialah orang2 yang Kami terima amalan baik yang mereka kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan2nya. Mereka akan dimasukkan dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.

Dan sebaliknya amatlah derhakanya orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya ketika mereka mengajaknya beriman: “Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu masih lagi belum kembali?” Sambil mendengar kata2nya itu ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah menyelamatkan anak mereka serta berkata kepada anaknya yang ingkar itu: “Selamatkanlah dirimu! Berimanlah tentang hidup semula menerima balasan amal! Sesungguhnya janji Allah tetap benar”. Lalu ia menjawab dengan angkuhnya: “Semuanya itu hanyalah cerita dongeng orang dahulu kala!”

Mereka yang ingkar derhaka seperti itu ialah orang2 yang tetap menerima hukuman azab bersama dengan umat2 yang terdahulu daripada mereka, dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang yang rugi.

Dan bagi mereka masing2 dari puak jin dan manusia yang berbuat baik dan juga yang berbuat jahat disediakan berbagai peringkat balasan yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan. Ketetapan yang demikian ialah supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal2 mereka, sedang mereka tidak dirugikan sedikitpun.

Diturunkan Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ingatlah, tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu yang padanya dijalankan pembalasan. Orang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.


Jika demikian akibat orang2 kafir yang menentangmu wahai Muhammad maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul “Ulil-Azmi” yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati dari kalangan Rasul2 terdahulu. Janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka yang menentangmu itu. Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah2 mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Penerangan yang demikian cukuplah menjadi pelajaran bagi orang2 yang mahu insaf. Maka ingatlah tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik derhaka.


TAMAT

http://www.alquran-melayu.com/46-al-ahqaf/

Pautan: Kisah Para Nabi (Nabi Hud As)


2KD

No comments:

Post a Comment