040. SURAH GHAFFIR
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURANYA:
http://www.alquran-melayu.com/40-ghaffir/
RENGKASAN TAJUK:
ALLAH DAN MALAIKAT
NABI MUSA & GULUNGAN KUFUR
AKHIRAT & PANDUAN
RENGKASAN PANJANG:
aaa
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
040. SURAH GHAFFIR
Haa Miim
ALLAH: SIFAT DAN KUASANYA
Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui menurunlan Al-Quran ini.
Dia Mengampunkan dosa, Menerima taubat, Berat azabNya, Melimpah kurniaNya. Tiada Tuhan melainkan Dia dan kepadaNyalah tempat kembali.
Dia memperlihatkan kepada kamu tanda keesaanNya dan kekuasaanNya untuk kehidupan rohani kamu. Dia menurunkan untuk jasmani kamu rezeki dari langit. Hanya orang yang sentiasa bertumpu kepada Allah mengambil pelajaran dari yang demikian.
Dia Maha tinggi darjat kebesaranNya. Yang mempunyai Arasy melambangkan keagungan dan kekuasaanNya. Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba2Nya yang terpilih menjadi RasulNya untuk memberi amaran kepada manusia tentang hari pertemuan. Iaitu hari mereka keluar dari kubur masing2.
Tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. Pada saat itu Allah berfirman: “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? Allah sendiri menjawab: “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala2nya!
Allah mengetahui pengkhianatan, penyelewengan dan ketiadaan jujur pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.
Dan Allah memutuskan hukum dengan adil, sedangkan makluk yang mereka sembah selain Allah itu tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul2 Kami dan orang beriman, dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi2 pada hari kiamat.
Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi dari tiada kepada ada lebih besar dan lebih menakjubkan daripada mencipta manusia dan menghidupkannya semula sesudah matinya. Akan tetapi kebanyakan manusia yang mengingkari hari kiamat tidak mengetahui.
Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat dan menjadikan siang terang-benderang supaya kamu berusaha. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya. Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
Yang bersifat demikian ialah Allah, Tuhan kamu; yang menciptakan setiap sesuatu dari tiada kepada ada. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Maka bagaimana kamu dapat dipalingkan daripada menyembahNya?
Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya. Ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu serta dikurniakan kepada kamu dari benda2 yang baik lagi halal. Yang demikian kekuasaanNya dan kemurahanNya ialah Allah Tuhan kamu. Maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam.
Dia lah Yang Tetap Hidup. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata2. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging.
Dia lah yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu apabila Ia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.
Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu. Sebahagian di antaranya untuk kamu menunggangnya dan sebahagian lagi untuk kamu makan.
Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternak itu, dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu. Dan di atas binatang2 ternak itu serta di atas kapal, kamu diangkut.
Dan Ia memperlihatkan kepada kamu tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya melalui Rasul2Nya dan pada makhluk2 yang dijadikanNya. Maka di antara tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari?
MALAIKAT:
Malaikat yang memikul Arasy dan yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya. Mereka memohon ampun bagi orang beriman dengan berdoa merayu: “Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segalanya. Maka berilah ampun kepada orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab neraka.
“Wahai Tuhan kami! Masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka. Dan masukkanlah bersama mereka orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
“Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan yang mereka lakukan. Dan sebenarnya sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena balasan kejahatan yang dilakukannya, maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya. Dan yang demikian itulah kemenangan yang besar nilainya”.
NABI MUSA
Kami telah mengutuskan Nabi Musa membawa ayat2 Kami dan bukti mukjizat yang jelas nyata Kepada Firaun dan Haman serta Qarun. Mereka menuduhnya dengan berkata: “Ia seorang ahli sihir, lagi pendusta!”
Setelah Nabi Musa datang kepada mereka dengan membawa kebenaran, mereka berkata dengan marahnya: “Bunuhlah anak2 lelaki orang yang beriman yang mengikutnya dan biarkan hidup anak2 perempuan mereka”. Tetapi usaha dan tipu daya orang kafir itu hanya menyebabkan mereka tenggelam dalam kesesatan dan kebinasaan sahaja.
Dan berkatalah Firaun kepada orang2nya: “Biarkanlah aku membunuh Musa dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya meminta pertolongan! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar ugama kamu atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi”.
Dan setelah mendengar ancaman itu Nabi Musa berkata: “Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu dari angkara orang yang sombong takbur, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal!”
Dan pada saat itu berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang2 Firaun yang menyembunyikan imannya: “Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: Tuhanku ialah Allah? Sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan dari Tuhan kamu? Kalau ia seorang yang berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau ia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa azab yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.
“Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi Mesir dan sekitarnya. Tetapi kiranya keadaan bertukar maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?” Firaun berkata: ”Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang elok dijalankan, dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar”.
Dan berkatalah pula orang yang beriman itu: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa kebinasaan sebagaimana yang telah menimpa kaum2 yang bergabung menentang Rasul2ya!
“Iaitu seperti keadaan kaum Nabi Nuh, Aad (kaum Nabi Hud), Thamud (kaum Nabi Soleh) serta orang2 yang datang kemudian daripada mereka seperti kaum Nabi Lut. Dan ingatlah Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba2Nya.
“Dan, wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari kiamat yang padanya masing2 menjerit memanggil memohon pertolongan.
“Iaitu hari kamu berpaling undur melarikan diri. Padahal semasa itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah. Dan ingatlah sesiapa yang disesatkan Allah disebabkan pilihannya yang salah, maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
“Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan membuktikan kerasulannya. Kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila ia mati, kamu berkata: “Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya. Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu2 kepercayaannya terhadap balasan Tuhannya”-
“Iaitu orang2 yang membantah mengenai maksud ayat2 Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka dari pihak yang diakui benarnya. Bantahan yang demikian besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang2 yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati setiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!”
Firaun pula berkata: “Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan yang aku hendak menujunya
“Iaitu ke pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa. Sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” Demikianlah diperhiaskan oleh Syaitan kepada Firaun perbuatannya buruknya itu dipandangnya baik, serta ia dihalangi ke jalan yang benar. Tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.
Dan berkatalah pula orang beriman itu: “Wahai kaumku! Turutlah nasihatku, aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar”.
“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan untuk sementara waktu sahaja, dan hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal”.
“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding. Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, beroleh rezeki dengan tidak terhitung.
“Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?
“Kamu mengajakku supaya aku kufur tidak percayakan keesaan Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?
“Tidak syak lagi, bahawa makhluk2 yang kamu ajak aku menyembahnya itu tidak dapat menyahut sebarang seruan atau memberi sebarang pertolongan di dunia atau di akhirat. Sesungguhnya tempat kembali kita semua ialah kepada Allah. Sebenarnya orang yang melampau kejahatannya itu adalah ahli neraka.
“Kiranya kamu tetap berdegil sekarang maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu. Aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah untuk memeliharaku. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2Nya”.
Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka. Firaun bersama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk2nya,
Dj Baerzakh, mereka akan didedahkan kepada bahang api neraka pagi dan petang. Pada hari berlakunya kiamat diperintahkan kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan pengikut2nya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat2nya!”
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayah petunjuk dan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat. Sebagai hidayah petunjuk dan peringatan bagi orang yang berakal sempurna.
Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya maka bersabarlah dalam perjuangan menegakkan Islam. Sesungguhnya janji Allah untuk menjayakanmu adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.
GULUNGAN YANG KUFUR:
Tidak ada yang membantah ayat Allah melainkan mereka yang kafir. Oleh itu janganlah engkau diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak2 yang bergabung sesudah kaum Nabi Nuh itu telah mendustakan Rasul mereka. Mereka membuat rancangan jahat terhadap Rasul2 mereka untuk menawan dan membinasakannya. Mereka membantah dan
Demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap mereka yang kafir, kerana sesungguhnya mereka ialah ahli neraka.
Pada hari kiamat orang kafir akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka: “Demi sesungguhnya! Kebencian Allah kepada kamu lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri kamu sendiri, sebabnya, kerana semasa kamu diseru dan diajak beriman di dunia dahulu, kamu enggan dan menolak, lalu kamu terus berkeadaan kufur”.
Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami sekarang mengakui akan dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk kami keluar dari neraka?”
Lalu dikatakan kepada mereka: “Azab yang kamu berada sekarang adalah kerana keadaan kamu dahulu yang apabila diseru menyembah hanya Allah Yang Maha Esa, kamu kufur dan menolak cara bertauhid itu. Dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya dan menerima bawaan syirik itu. Kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi dari apa yang dipersekutukan, lagi Yang Maha Besar pemerintahanNya”.
Kebinasaan mereka ialah kerana tatkala mereka didatangi Rasul2 yang diutuskan membawa keterangan hukum2 dan mukjizat yang jelas nyata, mereka kufur ingkar. Lalu Allah menyeksa mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat lagi Maha berat azab seksaNya.
Sesungguhnya orang2 yang membantah mengenai maksud ayat2 Tuhanmu dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka dari pihak yang diakui benarnya, tidak ada dalam dada mereka melainkan perasaan mahukan kebesaran untuk mengatasimu, kemahuan yang mereka tidak sesekali akan dapat mencapainya. Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah dari angkara mereka. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Sebagaimana terpalingnya mereka itu daripada menyembah Allah, terpaling juga orang2 yang mengingkari keterangan2 Allah.
Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang2 yang membantah mengenai maksud ayat2 Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan dari kebenaran?
Iaitu orang2 yang mendustakan Al-Quran dan segala yang dibawa oleh Rasul2 Kami yang telah Kami utus. Mereka akan mengetahui kelak. Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka sambil mereka diseret ke dalam air panas yang menggelegak. Kemudian mereka dibakar dalam api neraka;
Akhirnya dikatakan kepada mereka: “Mana dia berhala2 yang kamu dahulu sekutukan dengan menyembahnya atau memujanya selain Allah?” Mereka menjawab: “Benda2 itu telah hilang lenyap dari kami. Bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun dengan Allah”. Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat, demikian pula Allah menyesatkan orang yang kufur ingkar menentang maksud ayat2Nya.
Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa: “Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah pada hukum Tuhan. Dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah2 dengan berleluasa dalam maksiat.
“Masukilah pintu2 neraka Jahannam kekalah kamu di dalamnya. Seburuk2 tempat bagi orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam”.
Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul2 yang diutus kepada mereka membawa keterangan untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek dan mereka hanya bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (hal keduniaan semata2). Dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek dahulu.
Maka ketika mereka melihat azab Kami, mereka berkata: “Kami beriman kepada Allah semata2 dan kami kufur ingkar kepada benda2 yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik”.
Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami tidak berguna lagi kepada mereka. Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” yang telah berlaku kepada hamba2Nya. Dan pada saat itu rugilah orang yang kufur ingkar.
KIAMAT DAN ALAM AKHIRAT:
“Pada hari ini, setiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya. Tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
Dan berilah amaran kepada mereka tentang hari kiamat yang dekat masa datangnya. Tatkala itu hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing2 menahan perasaannya. Pada saat itu orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.
Ingatlah perkara yang berlaku semasa orang2 kafir dan yang menderhaka berbantah2 dalam neraka; iaitu orang2 yang lemah (pengikut) berkata kepada pemimpin2nya yang sombong takbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut2 kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini?”
Orang2 yang sombong angkuh itu menjawab: “Sebenarnya kita semua menderita bersama dalam neraka dan tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri. Kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumanNya di antara sekalian hambaNya”.
Dan berkatalah pula orang2 di dalam neraka kepada malaikat penjaganya: “Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari”.
Malaikat itu menjawab: “Bukankah kamu telah didatangi Rasul kamu dengan membawa keterangan menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang”. Malaikat itu berkata: “Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri. Doa permohonan orang2 yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja”.
Iaitu pada hari yang tidak berguna bagi orang2 yang zalim dalihan mereka untuk melepaskan diri, dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk2 tempat tinggal.
PANDUAN DAN ARAHAN:
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya dan menjauhi bawaan syirik, sekalipun orang kafir tidak menyukai amalan kamu yang demikian.
Tidakkah mereka berjalan mengembara di muka bumi? Tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang terdahulu? Mereka lebih kuat tenaganya dan usaha pembangunan mereka. Sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi sedikit sangat kamu beringat dan insaf.
Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman akan hakikat itu.
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Katakanlah: “Sesungguhnya aku dilarang menyembah benda yang kamu sembah selain dari Allah setelah datang kepadaku keterangan2 yang jelas nyata dari Tuhanku. Dan aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat2 kepada perintah Tuhan sekalian alam”.
Maka bersabarlah (Muhammad), sesungguhnya janji Allah menyeksa musuh2mu itu adalah benar. Oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan kepada mereka ataupun Kami wafatkanmu sebelum itu, maka tetaplah mereka akan menerima balasan azab kerana kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu. Di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu dan ada pula yang tidak Kami ceritakan. Tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul kerana apabila datang perintah Allah menimpakan azab diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang2 terdahulu dari mereka telah dibinasakan dengan sebab dosanya? Orang2 itu lebih ramai dan lebih kuat tenaga mereka, dan tentang kesan usaha pembangunan mereka di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh mereka tidak dapat menolong sedikitpun.
TAMAT/SELESAI
ccc
No comments:
Post a Comment