Saturday, 31 October 2009

055 SURAH AR - RAHMAN

055. SURAH AR - RAHMAN



KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENDAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/55-ar-rahman/
tt


KLIK SINI UNTUK
DENGAR BACAANNYA

hp://www.youtube.com/watch?v=riW4W66ptqI&feature=fvw




RENGKASAN SURAH:























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


055. SURAH AR-RAHMAN

Yang Maha Pemurah


1. Tuhan Yang Maha Pemurah serta melimpah2 rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia. Dia lah yang telah membolehkan manusia bertutur memberi dan menerima kenyataan.

2. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh2 yang melata serta pohon2 kayu-kayan, masing2 tunduk menurut peraturanNya. Dan langit dijadikannya bumbung tinggi.

3. Serta Ia mengadakan undang2 dan peraturan neraca keadilan. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

4. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk2Nya yang lain. Terdapat padanya berbagai jenis buah2an dan pohon2 kurma yang ada kelopak2 mayang. Demikian juga terdapat biji2an yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga2an yang harum;

5. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan wahai umat manusia dan jin?

6. Ia menciptakan manusia dari tanah liat kering seperti tembikar. Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

7. Dia lah Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

8. Ia biarkan air dua laut yang masin dan yang tawar mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

9. Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

10. Dan Dia lah yang menguasai kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

11. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

12. Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Setiap masa Ia di dalam urusan mencipta dan mentadbirkan makhluk2Nya! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

13. Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja pada hari kiamat, wahai manusia dan jin! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

14. Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan langit dan bumi untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

15. Kamu wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia, akan ditimpakan dengan api yang menjulang dan leburan tembaga cair yang membakar. Dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri dari azab seksa itu. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

16. Selain itu sungguh ngeri ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

18. Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya kerana masing2 dapat dikenal menurut keadaannya. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

19. Orang2 yang berdosa dapat dikenal dari tanda2nya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya serta diseret ke neraka. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

20. Lalu dikatakan kepada mereka: “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang2 yang berdosa mendustakannya“. Mereka terus diseksa berulang2 di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

21. Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya untuk dihitung amalnya, disediakan baginya dua Syurga. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

22. Dua Syurga yang ada berjenis pohon dan buah2an. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

23. Pada kedua2 Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

24. Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari setiap jenis buah2an yang biasa dan yang luar biasa. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

25. Mereka bersenang2 di tempat masing2 dalam Syurga itu dengan berbaring di atas hamparan, yang lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam; dan buah2an kedua2 Syurga itu dekat kepada mereka untuk dipetik. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

26. Di dalam Syurga itu terdapat bidadari yang pandangannya tertumpu kepada mereka semata2, yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

27. Bidadari itu cantik berseri seperti permata delima dan marjan. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

28. Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga? Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

29. Selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

30. Kedua2nya menghijau subur tanamannya. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

31. Dalam kedua2 Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

32. Pada keduanya juga terdapat buah2an, serta pohon2 kurma dan delima. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

33. Dalam kedua2 Syurga itu juga terdapat teman2 yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. Maka yang mana satu di antara nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

34. Ia itu bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing2. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

35. Bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

36. Penduduk Syurga itu bersenang2 di dalamnya dengan berbaring di atas bantal dan cadar yang hijau warnanya serta permaidani yang sangat indah. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

37. Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.



TAMAT



2KD

No comments:

Post a Comment