034. SURAH SABA'
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Lihat dan
Dengar Surahnya:
http://www.dailymotion.com/video/x1s8yl_mishary-rashid-alfassy-surah-saba_family?from=rss
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/34-saba/
RENGKASAN SURAH:
Rengkasan Surah:
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1. Segala puji bagi Allah yang memiliki dan menguasai langit dan di bumi. Ia mengetahui apa yang masuk-keluar di bumi dan yang turun-naik di langit.
Gulungan Kafir:
2. Orang kafir berkata Hari kiamat itu tidak akan datang kepadanya. Katakanlah yang ia tetap datang. Hari kiamat itu akan datang kepada kamu. Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu pun dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.
3. Hari kiamat itu untuk Tuhan membalas orang yang beriman dan beramal soleh dengan keampunan dan limpah kurnia yang mulia. Sebaliknya orang menentang dan membatalkan ayat keterangan Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri dari hukuman Kami, mereka itu akan diazab dengan seksa yang tidak terperi sakitnya.
4. Orang yang diberi ilmu pengetahuan yakin keterangan mengenai hari kiamat dan lainnya dari Allah itulah adalah yang benar.
5. Orang kafir pula mengejek mengatakan ada seorang lelaki yang memberitakan bahawa apabila kamu dihancurkan sesudah mati kamu akan dihidupkan semula dalam bentuk kejadian yang baru? Adakah ia berdusta terhadap Allah atau ia kena penyakit gila? Orang yang tidak percaya kepada hari akhirat tetap
6. Tidakkah mereka melihat apa di hadapan dan di belakang mereka dan dapatkah mereka melarikan diri? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi atau Kami gugurkan atas mereka ketul serpihan dari langit yang membinasakan mereka.
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman:
7. Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami sambil Kami berfirman: “Hai gunung-ganang, ulang2ilah mengucap tasbih bersama Nabi Daud. Dan wahai burung2 bertasbihlah bersama dengannya!” Nabi Daud juga telah melembutkan besi baginya;
8. Kami wahyukan kepadanya membuat baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki. Dan kerjakanlah bersama umatmu amal soleh kerana Allah melihat..
9. Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya. Sepagi perjalanannya atau sepetang perjalanan bersamaan sebulan perjalanan biasa. Kami mudahkan puak jin untuk bekerja di hadapannya. Mana2 jin yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan azabkan mereka dengan api neraka.
10. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman bangunan yang tinggi, patung2, pinggan hidangan sebesar kolam, serta periuk besar di atas tukunya. Kami perintahkan ia bersyukur dengan keluarganya.
11. Kematian Nabi Sulaiman tidak disedari sehingga anai2 memakan tongkatnya menyebabkan beliau tumbang. Ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka ketahui keadaan tersebut sudah tentu mereka tak meneruskan kerja berat yang disuruh Nabi Sulaiman.
Negeri Saba’ dan Yaman;
12. Bagi penduduk negeri
13. Maka mereka berpaling ingkar lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan. Dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka yang subur itu dengan dua kumpulan kebun pohon2nya pahit buahnya dan jarang berbuah, serta sedikit pohon bidara.
14. Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka.
15. Dan di antara tempat tinggal mereka di Yaman dengan bandar2 di negeri Syam Kami limpahkan berkat kemakmuran. Kami adakan beberapa bandar sepanjang jalan antara dua negeri itu, jarak perjalanan di antaranya sekadar yang dapat dijadikan tempat persinggahan. Dikatakan kepada mereka: ”Berjalanlah kamu di bandar2 itu pada bila2 masa yang kamu suka dalam keadaan aman”.
16. Kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami di antara sebuah bandar dengan yang lain”. Dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, lalu Kami jadikan kisah perbuatan derhaka mereka menjadi buah mulut orang ramai, serta kami pecah belahkan mereka berkecai. Kisah mereka tersebut mengandungi tanda besar pengajarannya bagi setiap seorang mukmin yang sentiasa bersikap sabar lagi sentiasa bersyukur.
17. Iblis telah mendapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang yang beriman yang tidak terpedaya kepada hasutannya.
18. Sememangnya Iblis itu tiada sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian Kami tentang siapakah yang sebenar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu terhadapnya. Dan ingatlah Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi setiap sesuatu.
___________________________________
19. Katakanlah kepada kaum musyrik: “Serukanlah makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain Allah itu. Mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian dengan Allah dalam mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka”.
20. Tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah. Orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka dengan pemberian izin itu bersukarialah mereka dengan bertanya sesama sendiri: “Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?” Sebahagian di antara mereka menjawab: “Tuhan telah menitahkan kebenaran”; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.
21. Bertanyalah kepada orang musyrik itu: “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah”. Sesungguhnya setiap satu golongan, sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan ahli syirik tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan: yaitu keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan.
22. Oleh itu katakanlah: “Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan”.
23. Katakanlah lagi: “Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua pada hari kiamat, kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil2nya, lagi Yang Maha Mengetahui segala2nya”.
24. Katakanlah lagi: “Tunjukkanlah kepadaku sifat ketuhanan yang ada pada makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutuNya. Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
25. Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira kepada orang yang beriman dan pemberi amaran kepada orang yang ingkar. Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu.
26. Dan mereka yang ingkar bertanya bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang yang benar? Jawablah: “Untuk kamu disediakan satu hari yang kamu tidak dapat melambatkannya sesaat pun dan tidak pula kamu dapat menyegerakannya”.
27. Dan orang yang kafir berkata bahawa mereka tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran dan tidak juga kepada Kitab ugama yang terdahulu. Sungguh ngeri kalau engkau melihat ketika orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka untuk dihisab. Masing2 tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang yang tertindas berkata kepada orang yang sombong takbur yang menjadi ketuanya: “Kalaulah tidak kerana kamu menindas dan memperdayakan kami, tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman”.
28, Orang yang sombong takbur itu pula menyangkal tuduhan tersebut dan menyatakan bukan mereka yang menghalang bahkan yang tertindaslah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang yang berdosa”.
29. Dan berkata pula orang yang tertindas kepada orang yang sombong takbur itu: “Tidak! Bahkan yang menghalang kami daripada beriman ialah perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu bagiNya. Akhirnya masing2 diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu pada leher mereka. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.
30. Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: “Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”. Mereka berkata lagi: “Kami lebih banyak harta benda dan anak pinak, dan kami pula tidak akan diseksa”.
31. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu.
32. Bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan. Mereka pula ditempatkan dalam mahligai di Syurga dengan aman sentosa.
33. Dan orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat keterangan Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri dari hukuman Kami, mereka itu akan berada di dalam azab seksa.
34. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki dan Ia juga yang menyempitkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hambaNya. Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya. Dia lah jua sebaik2 Pemberi rezeki”.
35. Dan ingatkanlah masa Allah menghimpunkan mereka semua pada hari kiamat, kemudian Ia bertanya kepada malaikat: “Adakah orang ini, kamu setujui menyembah kamu dahulu?” Malaikat menjawab: “Maha Suci Engkau dari adanya sebarang sekutu denganMu. Engkaulah yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan Pelindung kami bukan mereka. Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami, bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi”.
36. Maka pada hari ini, masing2 di antara kamu tidak berkuasa memberi sebarang manfaat kepada kawannya dan tidak pula dapat menolak sesuatu bahaya daripadanya. Dan Kami katakan kepada orang yang zalim yang berlaku syirik itu: “Rasalah azab neraka yang kamu dahulu mendustakannya”.
37. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat keterangan Kami, berkatalah mereka sesama sendiri: “Muhammad ini tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu”; dan mereka berkata lagi: “Al-Quran ini tidak lain hanyalah kata dusta yang direka”. Dan berkatalah orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: “ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata”.
38. Dan tidak ada sebarang alasan bagi dakwaan mereka, kerana Kami tidak pernah memberi kepada mereka Kitab untuk mereka membaca dan mengkajinya dan Kami juga tidak pernah mengutus kepada mereka sebelummu seseorang Rasul pemberi amaran melarang mereka menerima ajaranmu.
.
39. Dan ketahuilah bahawa umat yang terdahulu telah juga mendustakan Raul2nya, sedang mereka yang mendustakanmu itu tidak mencapai satu persepuluh dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan yang Kami beri kepada umat terdahulu itu. Setelah umat itu mendustakan Rasul2Ku mereka pun dibinasakan. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu menimpa mereka.
40. Katakanlah: “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata2, sama ada dengan cara berdua atau seorang diri. Kemudian hendaklah kamu berfikir sematangnya untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu”. Sebenarnya tidak ada pada Muhammad itu sebarang penyakit gila sebagaimana yang dituduh. Ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat di akhirat.
41. Katakanlah: “Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu. Balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan setiap sesuatu”. Katakanlah lagi: “Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu kepada Nabi2 pilihanNya dengan perkara yang benar. Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib”.
42. Katakanlah lagi: “Telah datang kebenaran Al-Quran yang memberi segala kebaikan. Perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat”.
43. Katakanlah lagi: “Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat”.
44. Sungguh ngeri jika engkau melihat keadaan orang yang bersalah itu ketika mereka gelisah takut menyaksikan azabnya serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya, dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada untuk dibawa ke tempat azab.
45. Dan pada ketika itu mereka berkata: “Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w”; Apa jalannya dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman dari tempat yang jauh?
46. Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu, dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh?
47. Dan disekatlah di antara mereka dengan iman yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu. Sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.
TAMAT
dd
No comments:
Post a Comment