047. SURAH MUHAMMAD
KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENDAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/47-muhammad/
RENGKASAN SURAH:
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
047. SURAH MUHAMMAD
Rengkasan Surah
1. Orang kafir yang menghalang dirinya dan orang lain dari jalan Allah akan disia2kan Allah segala amal mereka. Sebaliknya orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w), maka Allah mengampunkan dosa2 mereka, dan menjayakan keadaan mereka di dunia dan di akhirat.
2 Berlakunya yang demikian, kerana orang mereka menurut perkara yang salah sementara orang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing2.
3. Dengan demikian, jika kamu berjuang menentang orang kafir dalam peperangan jihad maka pancunglah lehernya, sehingga kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya, serta kamu mengalahkan mereka.
4. Tawanlah mereka yang hidup dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran maka terserahlah kepada kamu sama ada hendak membebasan orang2 tawanan itu dengan tiada sebarang tebusan atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. Bertindak secara demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh sehingga tamatnya peperangan jihad itu , dan lenyapnya sebab2 yang memimbulkannya. Demikianlah diperintahkan kamu melakukannya dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka dengan tidak payah kamu memeranginya.
5. Allah akan memimpin mereka yang berjuang ke jalan mendapat sebaik2 balasan dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna di dunia dan di akhirat. Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifatnya kepada mereka.
6. Wahai orang beriman, kalau kamu membela ugama Allah nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Sebaliknya orang2 yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka. Dan Allah mensia2kan amalan mereka.
7. Berlakunya yang demikian, kerana mereka tidak suka apa yang diturunkan oleh Allah mengenai ajaran tauhid dan hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran, lalu Allah menggugurkan amal2 mereka.
8. Tidakkah mereka mengembara serta perhatikan kesan peningallan orang kafir terdahulu yang Allah telah hancurkan? Orang2 kafir yang menurut jejak mereka akan beroleh akibat buruk yang sama seperti itu juga.
9. Balasan yang demikian adalah kerana Allah menjadi Pelindung orang2 yang beriman dan orang2 yang kafir itu tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.
10. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang beriman serta mengerjakan amal2 soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
11. Sebaliknya orang2 yang kafir menikmati kesenangan di dunia makan minum sebagaimana binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
12. Bukan sedikit penduduk negeri2 yang lebih kuat dari penduduk negerimu (yang memaksamu keluar berhijrah) Kami telah binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka.
13. Dengan yang demikian, adakah orang beriman dan taat (yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya) sama seperti orang2 yang ingkar derhaka (yang telah diperhiaskan kepadanya oleh Syaitan akan kejahatan amalnya sehingga dipandangnya baik, dan yang telah menurut hawa nafsunya)? Sudah tentu tidak sama!
14. Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa ialah seperti berikut: ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di
15. Di antara mereka yang hadir di majlismu Muhammad, ialah orang2 munafik yang mendengar ajaranmu dengan sambil lewa. Apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka secara mengejek kepada orang2 yang diberi ilmu dari kalangan sahabat2mu yang setia: “Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?” Mereka yang munafik itu ialah orang2 yang telah dimeteraikan Allah hati mereka, dan mereka adalah orang2 yang menurut hawa nafsunya.
16, Sebaliknya orang2 yang menerima petunjuk ke jalan yang benar, akan ditambah Allah dengan hidayah petunjuk serta memberi kepada mereka dorongan untuk mereka bertaqwa.
17. Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang secara mengejut, kerana tanda2 kedatangannya telah lahir. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
18. Oleh itu, tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa2 orang yang beriman. Ingatlah, Allah mengetahui keadaan gerak-geri kamu di dunia dan keadaan penetapan kamu di akhirat.
19. Dan kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam, orang2 beriman berkata: “Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang?” Maka apabila diturunkan satu surah dari Al-Quran yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum2 yang mewajibkan perang Jihad menentang pencerobohan musuh, sudah tentu engkau akan melihat orang2 yang ada penyakit kufur dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati. Dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
20. Mereka selalu berkata: “Pendirian kami mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik yang diredhai Allah”. Dalam pada itu, apabila perkara peperangan Jihad itu ditetapkan wajibnya, mereka tidak menyukainya. Kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah dengan mematuhi perintahNya, tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.
21. Kalau kamu tidak mematuhi perintah maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa. Kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
22. Orang yang melakukan perkara yang tersebut akan dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya
23. Setelah diterangkan yang demikian maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
24. Sesungguhnya orang2 yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk yang dikemukakan kepadanya, Syaitanlah yang memperdayakan mereka berlaku demikian, serta memanjangkan angan2 mereka.
25. Berlakunya yang demikian ialah kerana mereka berkata kepada orang2 yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: “Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya itu”; sedang Allah mengetahui segala perkataan dan perbuatan yang mereka sembunyikan.
26. Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka maka bagaimanakah mereka dapat menolak azab seksa apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?
27. Kematian mereka dalam keadaan yang buruk itu, kerana mereka menurut serta melakukan perkara2 yang menyebabkan kemurkaan Allah dan mereka pula membenci perkara2 yang diredhaiNya. Oleh itu, Allah gugurkan amal baik mereka yang pernah mereka lakukan.
28. Patutkah orang2 munafik yang ada penyakit syak dan ragu dalam hatinya menyangka bahawa Allah tidak akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya?
29. Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu wahai Muhammad, lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda2 yang menjadi sifat mereka. Demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari
30. Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu wahai orang2 yang mengaku beriman, sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang2 yang berjuang dari kalangan kamu dan orang2 yang sabar dalam menjalankan perintah Kami. Sehingga Kami dapat mengesahkan benar atau tidaknya berita2 tentang keadaan kamu.
31. Sesungguhnya orang2 yang kafir dan menghalang dirinya dan orang lain dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk yang dibawanya, mereka tidak sesekali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Sebaliknya, Allah akan menghampakan perbuatan dan amal mereka.
32. Wahai orang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan janganlah kamu batalkan amal kamu!
33. Sesungguhnya orang2 yang kafir dan menghalangi dirinya dan orang lain dari jalan Allah, dan mereka mati dengan keadaan kafirnya, maka Allah tidak sesekali akan mengampunkan mereka.
34. Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang2 kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah maka janganlah kamu wahai orang beriman, merasa lemah dan mengajak musuh yang menceroboh untuk berdamai, padahal kamulah orang yang tertinggi keadaannya. Lagi pula Allah bersama kamu untuk membela kamu bagi mencapai kemenangan. Dan Ia tidak sesekali akan mengurangi pahala amal kamu.
35. Ingatlah bahawa kehidupan dunia yang tidak berdasarkan iman dan taqwa hanyalah ibarat permainan dan hiburan. Jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu. Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya.
36. Tabiat kamu wahai manusia, jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.
37. Ingatlah, kamu ini adalah orang2 yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan ingatlah, Allah Maha kaya tidak berhajat kepada sesuatupun, sedang kamu semua orang2 miskin yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal. Dan jika kamu berpaling daripada beriman, bertaqwa dan berderma Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
TAMAT
http://video.vivanews.com/read/6033-pameran_pedang_nabi_muhammad_saw
BARANGAN PENINGALAN NABI
http://blogs.indra-purbo.web.id/?p=810
2KD
No comments:
Post a Comment