048. SURAH AL-FAT-H
KLIK SINI
UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/48-al-fat-h/
RENGKASAN SURAH:
a
b
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
048. SURAH AL-FAT-H
Kemenangan
RENGKASAN SURAH
1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum2nya. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan untuk mencapai kejayaan dengan penuh dan sehandal2 pertolongan yang tidak ada bandingannya.
2. Tuhan membuka jalan kemenangan itu. Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang beriman semasa mereka meradang terhadap angkara musuh supaya mereka bertambah iman dan yakin kepada iman dan keyakinan mereka yang sedia ada. Pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi untuk menolong mereka. Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
3. Allah melakukan yang demikian supaya ia memasukkan orang beriman ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dengan keadaan kekal mereka di dalamnya. Serta menghapuskan dosa2 mereka dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar.
4. Dan supaya Ia menyeksa orang2 munafik dan musyrik yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk bahawa Allah akan mengecewakan RasulNya. Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman. Dan selain itu Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam. Sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk2 tempat kembali.
5. Allah menguasai tentera langit dan bumi untuk menyeksa orang2 yang derhaka dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
6. Sesungguhnya Kami telah mengutusmu sebagai Rasul yang menjadi saksi yang diterima keterangannya. Mereka sebagai pembawa berita gembira kepada orang beriman serta pemberi amaran kepada orang2 yang ingkar.
7. Kami mengutusmu wahai Muhammad supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
8. Sesungguhnya orang2 yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) untuk berjuang menentang musuh, mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah. Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri. Dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
9. Orang2 “A’raab” yang ketinggalan tidak turut bersama denganmu ke Hudaibiyah akan berkata kepadamu: “Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami”. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah: “Jika demikian sebab ketinggalan kamu maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu dan Ia akan membalasnya.
10. “Itu bukanlah sebabnya bahkan sebabnya; kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang2 yang beriman yang pergi berperang akan binasa semuanya dan tidak akan kembali lagi kepada akan isteri dan keluarga masing2 selama2nya. Sangkaan yang demikian itu diperelokkan oleh Syaitan di dalam hati dan kamu menerimanya. Dan lagi kamu telah menyangka berbagai2 sangkaan yang buruk terhadap ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya. Dan dengan itu menjadilah kamu kaum yang rosak binasa”.
11. Dan ingatlah bahawa sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang2 kafir itu api neraka yang menjulang2.
12. Dan ingatlah juga bahawa kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah hak kepunyaan Allah. Ia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Ia juga berkuasa menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
13. Orang2 munafik yang tidak turut berjuang bersama kamu akan berkata semasa kamu pergi mengepong musuh serta mendapat harta rampasan perang: “Biarkanlah kami turut serta dengan kamu!” Mereka dengan itu hendak mengubah janji Allah yang menentukan hanya orang2 yang turut hadir di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu. Katakanlah: “Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; demikianlah Allah menegaskan larangan itu semenjak dahulu lagi”. Mereka akan berkata pula: “Bukan Tuhan yang melarang bahkan kamu dengki kepada kami”. Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar. Bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja. Mreka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia semata2.
14. Katakanlah kepada orang2 yang tidak turut berjuang bersama dari kalangan kaum2 Arab Badwi: “Kamu akan diajak menentang satu kaum penceroboh yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka akan menurut perintah Islam secara damai. Jika kamu taat menjalankan perintah Allah ini, Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik di dunia dan akhirat, dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya”.
15. Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan orang tempang dan orang sakit tidak turut berperang, kerana masing2 ada uzurnya. Dan ingatlah, sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Dn sesiapa yang berpaling ingkar akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
16. Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang2 yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu di bawah naungan pohon yang termaklum di Hudaibiyah. Maka dengan itu ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang kebenaran iman dan taat setia yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;
17. Dan juga dengan banyak harta rampasan perang yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan ingatlah, Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
18. Sebagai memuliakan orang2 yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka. Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya.
19.
20. Dan sekiranya orang2 kafir dari penduduk Makkah itu memerangi kamu di Hudaibiyah tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan. Kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung atau memberikan pertolongan.
21. Kekalahan orang2 yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut “Sunnatullah” yang telah berlaku semenjak dahulu lagi. Dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.
22. Dia lah yang telah menahan tangan mereka yang musyrik daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah.
23. Mereka itulah orang2 kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haraam Makkah Al-Mukarramah serta menyebabkan binatang korban yang kamu bawa tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya. Kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, yang ada di antara orang2 kafir itu (yang kamu tidak mengetahui mereka beriman) yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu.
24. Tetapi tidak diizinkan kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya. Kalaulah mereka penduduk Makkah yang beriman dan yang musyrik itu berpisahan di antara satu puak dengan yang lain, tentulah Kami menyeksa orang2 yang kafir dari mereka dengan seksa di dunia yang tidak terperi sakitnya.
25. Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu ketika orang2 yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka terhadap kebenaran Islam - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu, lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang2 yang beriman sehingga tercapailah perdamaian, serta meminta mereka tetap berpegang kepada “Kalimah Taqwa”, sedang mereka di sisi Allah, adalah orang2 yang sangat berhak dengan “kalimah Taqwa” itu serta menjadi ahlinya. Dan ingatlah, Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
26. Sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar. Iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah pada masa yang ditentukanNya - dalam keadaan aman menyempurnakan ibadat umrah kamu dengan mencukur kepala kamu. Kalau tidak pun menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ. Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu kerana Ia mengetahui adanya feadah dalam penangguhan itu yang kamu tidak mengetahuinya.
27. Allah yang menyatakan Dia lah yang telah mengutus RasulNya Muhammad, s.a.w dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar, ugama Islam, supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain. Cukuplah Allah menjadi Saksi tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu.
28. Nabi Muhammad s.a.w ialah Rasul Allah; dan orang2 yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang2 kafir yang memusuhi Islam. Dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama umat Islam sendiri. Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia pahala dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka sebagai orang2 yang soleh terdapat muka mereka - dari kesan sujud dan ibadat mereka yang ikhlas.
29. Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: bahawa mereka diibaratkan sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas pangkal batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang2 yang menanamnya. Allah menjadikan sahabat2 Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut2 kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu kerana Ia hendak menjadikan orang2 kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. Dan selain itu Allah telah menjanjikan orang2 yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
TAMAT
d
No comments:
Post a Comment