KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:
http://www.alquran-melayu.com/27-an-naml/
RENGKASAN SURAH
Ayat 1 hingga 23
Ayat 24 hingga 44
Ayat 45 hingga 62
Ayat 62 hingga 84
Ayat 85 hingga 93
27. An-Naml
(Semut)
Rengkasan Surah
Taa, siin.
Ini ialah ayat2 dari Al-Quran, Kitab yang jelas nyata kandungan dan kebenarannya. Kitab ini menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira kepada orang yang beriman; orang yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.
Sesungguhnya mereka yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka. Dengan itu, tinggallah mereka meraba2 dalam kesesatan. Mereka beroleh azab seksa yang buruk di dunia dan pada hari akhirat adalah orang yang paling rugi.
Nabi Musa:
Ingatkanlah peristiwa Nabi Musa nampak api di Gunung Tursina dalam perjalanan mereka dari Madyan ke Mesir. Ia berkata kepada isterinya:
“Sesungguhnya aku ada melihat api. Aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu atau aku akan bawakan colok api daripadanya supaya kamu dapat memanaskan diri”.
Apabila ia sampai ke tempat api itu, kedengaran ianya diseru:
“Berkat yang melimpah2 kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada di daerah sekelilingnya. Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam. Wahai Musa! Sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Sekarang campakkanlah tongkatmu”.
Maka apabila ia melihat tongkatnya itu menjadi seekor ular besar bergerak cepat tangkas, saperti seekor ular kecil, berpalinglah Nusa melarikan diri dan tidak menoleh lagi. Lalu ia diseru:
”Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul2 itu semasa mengadapKu menerima wahyuKu, tidak sepatutnya merasa takut”.
“Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
“Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar2 dengan tidak ada cacat. Ini ialah di antara sembilan mukjizat yang membuktikan kebenaranmu, untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya. Sungguhnya mereka adalah kaum yang fasik derhaka”.
Ketika keterangan2 mukjizat Kami sampai kepada Firaun dan kaumnya, berkatalah mereka:
”Ini adalah sihir yang terang nyata!”
Mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan mereka yang melakukan kerosakan.
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman
Dan Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata:
“Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba2Nya yang beriman”.
Nabi Sulaiman telah mewarisi pangkat kenabian dan kerajaan Nabi Daud dan setelah itu Nabi Sulaiman berkata:
“Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari setiap sesuatu yang diperlukan. Sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia Allah yang jelas nyata”.
Berhimpunlah bala tentera Nabi Sulaiman, dari kumpulan jin dan manusia serta burung lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing2.
Maralah angkatan itu hingga sampai ke “Waadin-Naml”. Berkatalah seekor semut:
“Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang masing2, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedarinya”.
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata2 semut itu, dan berdoalah dia:
”Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku, dengan limpah rahmatMu, ke dalam kumpulan hambaMu yang soleh”.
Setelah itu Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata:
“Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang berat atau aku akan menyembelihnya kecuali ia bawa kepadaku alasan yang terang nyata membuktikan sebab ia tidak hadir”.
Burung belatuk itu kemudiannya datang sambil berkata:
“Aku datang kepadamu dari negeri
“Oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk. Mereka dihalangi oleh Syaitan supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar”.
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus2nya, adakah benar apa yang engkau katakan itu ataupun engkau dari golongan yang berdusta. Pergilah bawa suratku ini serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dan perhatikanlah apa tindak balas mereka”.
Setelah membaca
“Wahai ketua2 kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk
`Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah‘ ”.
Raja perempuan itu berkata:
“Berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara ini. Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu memberi pendapat dan mempersetujuinya”.
Mereka menjawab:
“Kita adalah orang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan. Walau bagaimanapun terserahlah kepadamu. Fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
Raja perempuan itu berkata:
“Apabila raja masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina, dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan kita”
Apabila utusan pembawa hadiah itu datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman:
“Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; Aku tak pandang pemberian hadiah itu tapi kamulah yang bergembira megah dengan kekayaan yang ada pada kamu. Kembalilah. jika mereka tidak mahu beriman maka kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri
Nabi Sulaiman berkata pula kepada golongan bijak pandainya:
“Siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?”
Ifrit dari golongan jin, berkata ia boleh membawanya kepada Nabi Sulaiman sebelum baginda bangun dari tempat duduknya. Sesungguhnya Ifrit amatlah kuat gagah untuk membawanya, juga amanah.
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah:
“Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!”
Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia:
“Ini ialah limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur maka tidaklah menjadi hal kepada Allah, kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.
Nabi Sulaiman berkata pula:
“Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar mengenal singgahsananya itu, atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian”.
Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya:
“Serupa inikah singahsanamu?”
Ia menjawab:
“Boleh jadi inilah dia dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya mukjizat ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri menjunjung perintah Allah”.
Dan ia dihalangi daripada memeluk Islam pada masa yang lalu. Sesungguhnya adalah ia pada masa itu dari puak yang kafir.
Setelah itu dikatakan kepadanya:
“Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.”
Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata:
“Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca”.
Mendengar yang demikian, Balqis berdoa:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan sekarang aku menegaskan bahawa aku berserah diri memeluk Islam bersama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam“.
Nabi Soleh:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh yang menyeru mereka dengan berkata:
“Sembahlah kamu akan Allah!”
Maka tiba2 mereka menjadi dua puak mukmin dan kafir, yang berbalah.
Nabi Soleh berkata kepada puak kafir:
“Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu, tidak mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat.”
Mereka menjawab:
“Kami merasa nahas dan
Nabi Soleh berkata:
“Perkara yang menyebabkan baik dan
Di bandar tempat tinggal kaum Thamud itu terdapat sembilan orang yang sebtiasa melakukan kerosakan di bumi dengan berbagai2 maksiat dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun.
Mereka berkata sesama sendiri: “Hendaklah kamu masing2 bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikut2 secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: ` Kami tidak hadir di tempat pembunuhan Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh pengikut2nya dan sesungguhnya kami adalah berkata benar ‘. ”
Dan dengan demikian mereka telah merancangkan rancangan jahat dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk2 balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.
Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.
Kesudahannya, rumah2 mereka itu runtuh ranap dengan sebab mereka berlaku zalim. Sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mahu mengetahui akan sebab dan musababnya.
Dan Kami selamatkan kumpulan mereka yang beriman serta yang selalu bertaqwa.
Nabi Lut:
Dan bagi kaum Nabi Lut juga Kami utuskan beliau sebagai rasul yang berkata kepada kaumnya:
“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Perbuatan kamu itu amatlah keji bahkan kamu kaum jahil yang tidak mengetahui akan akibatnya”.
Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata:
“Usirlah Lut dan pengikut2nya dari bandar kamu ini. Sesungguhnya mereka adalah orang yang mendakwakan dirinya bersih suci “.
Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut2nya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.
Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa mereka yang telah diberi amaran.
Penerangan, Panduan dan Arahan:
Katakanlah Muhammad:
“Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hamba2Nya (Nabi-nabi) yang dipilihNya.
Manakah yang lebih baik? Allah yang demikian kekuasaanNya atau benda2 yang mereka jadikan sekutu bagiNya?
Siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang menghijau subur dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkannya. Adakah tuhan yang lain bersama Allah?
Tidak! bahkan mereka yang musyrik itu adalah kaum yang telah menyeleweng dari kebenaran tauhid.
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan menjadikan sungai di antara bahagiannya dan menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetap padanya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut yang masin dan yang tawar, sekatan semula jadi yang memisah kedua air tersebut? Adakah tuhan lain bersama Allah?
Tidak! bahkan kebanyakan mereka yang musyrik itu tidak mengetahui.
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita yang berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti umat yang telah lalu mendiami dan menguasai bumi?
Adakah sebarang tuhan lain bersama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati nikmat Allah itu.
Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita di darat dan di laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan lain bersama Allah?
Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia menghidup semula mereka sesudah matinya. Dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah?
Katakanlah:
“Bawalah kemari keterangan2 kamu, jika betul kamu orang yang benar “.
Katakanlah lagi:
“Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing2 akan dibangkitkan hidup semula sesudah mati.
Bahkan mereka yang kafir telah berkali2 mengetahui tentang hari akhirat tetapi mereka tidak meyakininya, bahkan mereka berada dalam syak mengenainya. Matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.
Mereka yang kafir berkata:
“Adakah sesudah kami dan juga datuk nenek kami setelah menjadi tanah, akan dikeluarkan dari kubur hidup semula? Demi sesungguhnya, kami dan juga datuk nenek kami telah dijanjikan dengan perkara ini. Ianya hanyalah cerita dongeng orang dahulu kala”.
Katakanlah Muhammad:
“Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan mereka yang berdosa itu”.
Dan janganlah engkau berdukacita terhadap keingkaran mereka yang kafir itu, dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
Dan mereka bertanya:
“Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang yang benar?”
Katakanlah Muhammad:
“Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu”.
Dan sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan dengan tutur kata dan perbuatan.
Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.
Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail perkara yang sebenar2nya mengenai kebanyakan hal2 ugama yang mereka berselisihan padanya.
Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi mereka yang beriman.
Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya, dan Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata.
Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang yang mati hati itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang yang pekak itu mendengar seruanmu (disebabkan keingkarannya).
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan seruanmu itu melainkan kepada orang yang sanggup beriman akan ayat keterangan Kami, kerana mereka adalah orang yang berserah diri dengan ikhlas.
Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat keterangan dan pengajaran Kami.
Ingatlah hari Kami himpunkan dari setiap umat sekumpulan besar mereka yang mendustakan ayat2 keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing2.
Apabila mereka sampai ke tempat pengadilan, Allah Taala berfirman:
“Adakah kamu mendustakan ayat2 keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?”
Dan jatuhlah hukuman atas mereka dengan azab disebabkan kezaliman mereka berlaku kufur ingkar, lalu mereka diam membisu.
Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman.
Ingatkanlah pada hari di tiup sangkakala, lalu terkejut gerun gementarlah makhluk2 di langit dan di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah. Kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; Demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat setiap sesuatu dengan serapi2 dan sebaik2nya. Sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan kerjanya maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya. Mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat yang telah dikerjakannya, maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, sambil dikatakan kepada mereka: “Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan”.
Katakanlah Muhammad:
“Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri Makkah ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segala2nya. Dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang Islam yang menyerah diri bulat2 kepadaNya. Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran”.
Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk Al-Quran dan beramal dengannya maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya:
“Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran”.
Dan katakanlah Muhammad:
“Segala puji tertentu bagi Allah yang melimpahkan nikmatNya yang tidak terhitung, Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya dengan jelas nyata”. Tuhanmu tidaklah kepada segala yang kamu lakukan.
No comments:
Post a Comment