Sunday, 11 October 2009

029 SURAH ANGKABUT










029. SURAH AL-'ANKABUT






KLIK SINI UNTUK BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/29-al-ankabut/






RENGKASAN SURAH:



















RENGKASAN PENDEK:




























BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Rengkasan Surah


Alif, Laam, Miim.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?

Kami telah menguji orang terdahulu, maka diketahui Allah mereka yang sebenarnya beriman dan mereka yang berdusta.

Patutkah mereka yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk sangkaan mereka itu.

Masa menerima balasan ditetapkan oleh Allah itu akan pasti tiba tanpa syak lagi. Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dan sesiapa yang berjuang menegakkan Islam ianya sabenarnya berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri. Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhlukNya.

Bagi orang yang beriman serta beramal soleh Kami akan hapuskan kesalahan mereka dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik2 balasan.

Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya mempersekutukan Daku dalam ibadatmu, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya. Di sana Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Dan mereka yang beriman serta beramal soleh sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang yang soleh dengan mendapat sebaik2 balasan.

Ada manusia berkata: “Kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu atau disakiti lalu ia taatkan manusia. Jika datang pertolongan Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama2 kamu”. Mengapa mereka berdusta? Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?

Sesungguhnya Allah mengetahui mereka yang beriman dan mereka yang bersifat munafik.

Berkata pula mereka yang kufur ingkar kepada orang yang beriman: “Ikutlah jalan ugama kami, Lami sedia menanggung kesalahan2 kamu”. Sesungguhnya mereka adalah berdusta.

Sesungguhnya mereka akan menanggung beban dosa mereka dan beban dosa orang yang mereka sesatkan; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada2kan secara dusta itu.

Kami utuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan kerana meraka zalim dengan kufur derhaka.

Kami selamatkan dia dan pengikut2nya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf kepada sekalian makhluk.

Nabi Ibrahim: Disebutkan peristiwa Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Sembahlah Allah dan bertaqwalah kepadaNya Yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu membezakan yang baik dari yang buruk. Kamu hanyalah menyembah berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala2nya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah itu tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu. oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah dan sembahlah Dia, serta bersyukurlah kepadaNya. Ingatlah, kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan”.

“Dan jika kamu terus-menerus mendustakan ajaran ugama Allah yang aku sampaikan kepada kamu ini, maka sesungguhnya umat yang sebelum kamu telah juga mendustakan Rasul mereka. Ingatlah, tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata”.

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya hidup semula sesudah matinya? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.

Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula pada hari akhirat dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

Allah menyeksa orang yang engkar dan Ia memberi rahmat kepada orang beriman dan kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan untuk menerima balasan.

Kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari kekuasaan Allah di bumi dan juga di langit dan kamu tidak akan mendapat sebarang pelindung dan penolong selainNya.

Mereka yang kufur ingkar kepada ayat keterangan Allah dan pertemuan denganNya tetaplah akan menjadi orang yang putus dari rahmatKu dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya melainkan dia diarah untuk dibakar. Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api tersebut. Sesungguhnya peristiwa yang demikian membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu beriman.

Ibrahim berkata pula kepada kaumnya: “Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala itu hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing2 dalam kehidupan dunia ini. Pada hari kiamat kelak kamu akan membantah antara satu sama lain. Kesudahannya tempat kembali kamu ialah neraka tanpa beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan”.

Setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: “Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Dan Kami kurniakan Ibrahim: Ishak dan Yaakub; dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang2 yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab ugama. Kami berikan balasannya yang baik di dunia dan sesungguhnya adalah ia pada hari akhirat, dari orang2 yang soleh.

Nabi Lut:
Dan ingatkanlah peristiwa Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu. Patutkah kamu mendatangi orang lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang untuk tujuan jahat kamu? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat perhimpunan kamu?”

Kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata secara mengejek: “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah yang engkau janjikan itu jika betul engkau dari orang yang benar”.

Nabi Lut berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan menderhaka”.

Ketika datang malaikat utusan kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang mengembirakan, mereka berkata: “Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini, sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim”.

Nabi Ibrahim berkata: “Sebenarnya Lut ada di bandar itu”. Mereka menjawab: “Kami mengetahui akan orang yang tinggal di situ. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya serta pengikutnya, kecuali isterinya, ia adalah dari orang yang dibinasakan”.

Ketika datang utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka dari gangguan kaumnya. Melihatkan halnya yang demikian utusan itu berkata: “Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita. Sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu serta pengikutmu, kecuali isterimu, ia adalah dari orang yang dibinasakan. Sesungguhnya kami diutuskan untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan kufur dan maksiat”.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah binasakan bandar itu hanya ditinggalkan adalah bekasnya sebagai satu tanda iktibar bagi orang yang mahu memahaminya.

Nabi Shuaib: Kepada penduduk Madyan Kami utuskan Nabi Syuaib yang berkata: “Wahai kaumku, sembahlah Allah dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi”.

Maka mereka mendustakannya, lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi serta menjadilah mereka mayat2 yang tersungkur di tempat tinggal masing2.

Nabi Hud dan Nabi Soleh: Juga ingatkanlah peristiwa kebinasaan Aad, kaum nabi Hud dan Thamud, kaum Nabi Soleh dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas tempat kediaman mereka. Kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka amal mereka yang jahat itu, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah. Padahal mereka adalah orang2 yang bijak pandai dan berakal yang dapat membezakan yang benar dengan yang salah.

Qarun dan Firaun serta Haman: Dan ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan Qarun dan Firaun serta Haman. Dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan mukjizat yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi mendustakannya, padahal mereka tidak dapat melepaskan diri dari azab Allah.

Maka masing2 Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Igatlah, Allah tidak sesekali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

___________________________

Misal bandingan mereka yang menjadikan benda2 selain Allah sebagai pelindung yang diharapkan pertolongannya adalah seperti labah2 yang membuat sarang untuk menjadi tempat perlindungannya; padahal sesungguhnya sarang yang paling reput ialah sarang labah2.

Sesungguhnya Allah mengetahui kepalsuan apa jua yang mereka sembah yang lain daripadaNya, dan Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dan misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang yang berilmu yang dapat memahaminya.

Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmah. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi bukti kebijaksanaan Allah bagi orang yang beriman.


Bacalah serta ikutlah apa yang diwahyukan kepadamu dalam Al-Quran. Juga dirikanlah sembahyang dengan tekun, sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar faedah dan kesannya. Ingatlah Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang yang berlaku zalim di antara mereka. Katakanlah kepada mereka: “Kami beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada kami dan kepada Taurat dan Injil yang diturunkan kepada kamu. Dan Tuhan kami juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah kami patuh dengan berserah diri.”

Kami turunkan kepadamu Kitab Al-Quran sebagaimana Kami menurunkan Kitab ugama kepada Rasul terdahulu. Ada orang yang Kami berikan Kitab Taurat dan Injil yang beriman kepada Al-Quran, dan juga sebahagian dari orang Makkah beriman kepadanya. Tiadalah yang mengingkari ayat keterangan Kami melainkan orang yang degil dalam kekufurannya.

Dan engkau (Muhammad) tidak pernah tahu membaca sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulis. Kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis tentulah ada alasan bagi orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu2 tentang kebenaranmu.

Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi bahkan ia ayat2 keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang yang berilmu. Tiadalah yang mengingkari ayat2 keterangan Kami melainkan orang yang zalim.

Dan mereka berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada Muhammad mukjizat dari Tuhannya?” Jawablah: “Sesungguhnya urusan menurunkan mukjizat itu adalah urusan Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran”.

Patutkah mereka meminta mukjizat yang lain? Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang yang beriman.

Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi yang mengetahui perkara yang berbangkit antaraku dengan kamu; Ia mengetahui segala yang di langit dan di bumi. Dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah adalah orang yang rugi.

Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab yang dijanjikan. Kalau tidaklah kerana adanya tempoh yang telah ditetapkan, tentulah azab itu akan datang menimpa mereka. Ianya datang menimpa mereka secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya.

Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal neraka Jahannam tetap akan meliputi mereka yang kafir. Pada hari azab itu menyelubungi mereka dari sebelah atas mereka dan dari bawah kaki mereka; dan malaikat bertugas akan berkata kepada mereka: “Rasalah kamu balasan apa yang kamu telah kerjakan”.

Wahai hamba2Ku yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas untuk kamu bebas beribadat. Oleh itu, di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

Setiap diri sudah tetap akan merasai mati. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami untuk menerima balasan.

Dan orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik2nya bagi orang yang beramal soleh, iaitu mereka yang sabar dan berserah diri bulat2 kepada Tuhannya.

Ingatlah berapa banyak binatang yang hidup tidak membawa rezekinya bersama. Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu. Dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka yang musyrik itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan untuk faedah makhluk2Nya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya?

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyempitkan rezeki itu baginya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka yang musyrik itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit lalu Ia hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya? ”Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah: “Alhamdulillah” sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian, bahkan kebanyakan mereka tidak memahami hakikat tauhid dan pengertian syirik.

Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan. Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar2nya. Kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat.

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera lalu menemui sesuatu bahaya di laut, mereka memohon pertolongan Allah dengan doa yang tulus ikhlas. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka naik ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

Akibat syirik itu menjadilah mereka orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya. Mereka menjadi orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.

Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan Makkah, negeri mereka, tanah suci yang dihormati, lagi aman, Sedang orang ramai yang tinggal di daerah2 di sekeliling mereka sentiasa diculik-tawan atau dibunuh? Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan kufur ingkar akan nikmat Allah?

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka2 perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran yang disampaikan kepadanya. Bukankah telah diketahui bahawa dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang yang kafir?

Dan orang yang berusaha dengan bersungguh2 kerana memenuhi kehendak ugama Kami, Kami akan pimpin mereka ke jalan Kami yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan. Sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.

TAMAT


2KD

No comments:

Post a Comment