Monday, 26 October 2009

045 SURAH AL-JATHIYAH



045. SURAH AL-JATHIYAH








KLIK SINI UNTUK
BACA TERJEMAHAN
DAN DENGAR SURAHNYA:

http://www.alquran-melayu.com/45-al-jathiyah/




RENGKASAN SURAH






aa






















BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


045. SURAH AL - JATHIYA (Yang Berlutut)

Tajuk Surah "Berlutut" mengambil sempena manusia berlutut (ayat 28) di akhirat nanti menunggu kitab suratan amal dan keputusan Allah terhadap apa yang mereka lakukan di dunia ini.

Haa, Miim.


Allah dan Kuasanya:
1. Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri serta pada kejadian segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi orang yang meyakininya.

2. Dan pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga pada rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh2an di bumi sesudah matinya, serta pada peredaran angin, semuanya itu mengandungi tanda yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

3. Itulah ayat2 penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu kerana menegakkan kebenaran. Maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda2 kekuasaanNya mereka tidak mahu memahami dan menelitinya?

4. Allah memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

5. Dan Ia memudahkan untuk faedah dan kegunaan kamu, segala yang ada di langit dan yang di bumi, sebagai rahmat pemberian daripadaNya. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda2 yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

6. Dan ingatlah, Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya, dan supaya setiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan baik atau jahat, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

7. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi. Dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang2 yang berpegang kepada perkara yang salah.

Al Quran:
8. Turunnya Al-Quran ini, adalah dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Ianya ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap. Orang yang kufur ingkar akan ayat2 penerangan Tuhannya. Mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

9. Al-Quran ini menjadi panduan yang membuka matahati manusia dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini kebenarannya.

Gulungan yang Taat:
10. Katakanlah kepada orang beriman: hendaklah mereka memaafkan kejahatan dan gangguan orang2 yang tidak menaruh ingatan kepada hari2 pembalasan Allah. Disuruh berbuat demikian kerana Allah akan memberi kepada satu2 puak itu balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.

11. Adapun orang2 yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

Gulungan yang Kufur:
12. Kecelakaanlah bagi setiap pendusta yang berdosa. Yang mendengar ayat2 penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong enggan menerimanya, seolah2 ia tidak mendengarnya. Oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

13. Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat2 penerangan Kami, ia menjadikannya ejekan. Mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.

14. Di hadapan mereka di akhirat kelak, ada neraka Jahannam yang disediakan untuk mereka. Apa jua yang mereka usahakan tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun. Demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan. Kesudahannya mereka akan beroleh azab seksa yang besar.

15. Mereka tidak akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari azab Allah kalau engkau menurut mereka. Sesungguhnya orang2 yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain dalam perkara yang salah. Sebaliknya Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang2 yang bertaqwa yang engkaulah pemimpinnya.

16. Patutkah orang2 yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang2 yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan mereka semua semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.

17. Dan mereka berkata bahawa tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup silih berganti; dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata2.

18. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2 keterangan Kami yang jelas nyata mengenai soal hidup semula sesudah mati, tidaklah ada hujah mereka untuk menolak kebenarannya selain daripada berkata: “Bawakanlah datuk nenek kami hidup semula kalau betul kami orang yang benar!”

19. Katakanlah: “Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu dalam keadaan hidup semula pada hari kiamat, hari yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya. Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui ketetapan itu”.

20. Dan apabila dikatakan kepada kamu: “Sesungguhnya janji Allah membalas amal kamu adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya”. Kamu berkata: “Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu. Kami hanya mengira kemungkinannya sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sesekali meyakininya”.

21. Dan pada hari kiamat engkau akan melihat setiap umat berlutut dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan. Setiap umat akan diseru untuk menerima kitab suratan amalnya serta dikatakan kepada mereka: “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!

22. Adapun orang2 yang kafir, mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka: “Bukankah ayat2Ku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur mengingkarinya, serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan? Dan pada ketika itu ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek itu!

23. Dan dikatakan kepada mereka: “Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu menderita di dalam azab seksa sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini. Tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

24. “Balasan buruk yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat2 keterangan Allah sebagai ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia”. Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka. Dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat memperbaiki kesalahannya.


Arahan dan Panduan:
25. Setiap balasan berdasarkan kaedah: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.

26. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian. Kami telah kurniakan mereka benda2 yang baik, serta Kami lebihkan nenek moyang mereka di atas orang2 yang ada pada zamannya.

27. Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan2 yang jelas nyata mengenai perkara ugama. Mereka tidak berselisihan dalam perkara ugama itu melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran2 yang memberi mereka mengetahui apa yang baik dan yang sebaliknya. Berlakunya yang demikian kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

28. Kesudahannya Kami jadikan engkau (Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat yang cukup lengkap dari hukum2 ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang2 yang tidak mengetahui perkara yang benar.

29. Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya bahawa ia tetap kufur ingkar dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah menjadikan dia berkeadaan demikian? Oleh itu, mengapa kamu wahai orang2 yang ingkar tidak ingat dan insaf?

30. Inilah surat tulisan malaikat Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah perintahkan malaikat menulis segala yang kamu telah lakukan di dunia dahulu!

31. Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, - Tuhan sekalian alam.

32. Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



TAMAT

http://www.alquran-melayu.com/45-al-jathiyah/

2KD
cc


No comments:

Post a Comment